Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Showing posts with label Brownies. Show all posts
Showing posts with label Brownies. Show all posts

Oct 15, 2015

Buat Fudgy Brownies Kedut Lagi!!


salam guys..
as usual..
beselah...
buat brownies mesti kedut - kedut punya

huhuhuh..
sape - sape mahu order..
wa 0122415873 naaa
pos pun boleh..
mekasih..




Sep 29, 2015

Brownies Jerebu 2.015 katenya

salam guys...
lama betul tak bersiaran sekarang
since kami dah mula fisio terapi sejak sebulan dua yang lalu
dengan kerja lagi
dengan sekolah budak - budak lagi. (alah, macam penat sangat keje ko dgn anak2 tu la ye.macam orang lain takde anak2 la plak. amboi!!)

semalam jerebu kan?
terpaksa la dudak kat umah amik EL
arini dah kerja tapi still terasa nak cuti - cuti lagi.
aduh...

bila duduk rumah plak
memang perut lapo saje
makanya...
kacau - kacau la tepung , koko, coklat seme..
jadilah brownies ni

malas nak update resepi
saje nak bagi korang sakit ati.
ahahaha...

sekian..


#jangan marah. mak punya brownies takde kedut2 tapi bila dimakan ya Allah..lembut dan enaknya sebab kalah moist cake!

#kalau terasa rajin sangat nanti kami update resepi ye..hiihih. tak janji.

bye...




Aug 10, 2015

Brownies Coklat Kedut - Kedut Retak Manja (Macam mintak sepak ja)


salam guys
minggu beraya still on
blog ni dah mcm takde fungsi sangat je rasanya sekarang
hahahaha
minggu lepas as usual as blogger yg femes ke tak..kisah orang curik gambar kita and buat pages ke.. share dalam blog pastu claim dia punya
cit..tak senonoh
aku yg tak femes ni pun kena jugak
chit..

oh ye..
semalam pnuh event dari pagi
openhouse cikgu kelas dak aqil
pastu amik penyata tawas kat sri siantan
pastu gi umah kawan adik aku

penuh saje event tpi sempat plak lepas sampai umah, adik kesayangan tu request nk belajo and buat brownies kedut2 manja retak ni
ape lagi..
layan..........

so korang..
selamat hari raya.
minggu ni mesti weekend penuh lagi
wauwi


Jun 15, 2015

Resepi Brownies Kukus

Salam Guys
lama tak bersiaran resepi dari dapur kecik kangkang kongkangku ini
just nak share resepi brownies diyakini enak dan sedap dan berkkhasiat
hat ni guna gula perang. nak guna jaggery macam ada sorang akak blogger nama siti sifir 10, pun ok jugak
tepung nak elok, sedap enak.. sihat.. boleh guna unbleach flour
meh sini meh kami share resepi



Brownies Kukus

 Bahan - bahan:
3/4 cawan - 1 cawan tepung gandum (ayak)
1/2 sudu teh soda bikarbonat (ayak)
1/2 sudu baking powder (ayak)
100 gram coklat masakan
100 gram coklat chip
5 biji telur
1/3 cawan serbuk koko
 1/3 cawan mentega 
1/2 cawan - 3/4 cawan gula perang
homemade buttermilk




Cara - Cara:

Double boiled coklat masakan dan mentega  sehingga cair.
Ketepikan dan biarkan sedikit suam atau sejuk
Panaskan pengukus anda
Ayak tepung + soda bikarbonat + serbuk koko dan baking powder. ketepikan
Dalam mangkuk pengadun, pukul telur  dengan gula perang sehingga kembang.
Masukkan adunan coklat masakan, adunan tepung dan buttermilk secara berselang seli.
Gaul sebati ( lagi bagus guna senduk kayu)
Tuang dalam loyang bersaiz 6 atau 7 inci.
Kukus selama 30 - 35 atau sehingga bila dicucuk bahagian tengah masak.

selamat mencuba


May 28, 2015

Selamat hari Guru : Brownies Jadi - Jadian Dari Ara untuk Ticer Educare


Salam Guys
hari ni sambutan hari guru kat educare Ara dan jugak Srai si Dak Aqil
Aqil siap sambut hari lahir saing dengan budak - budak lain yang lahir dari bulan Januari hingga May
tengok dari tingkat atas..
Mak aii..penuh meje dekat kawasan perhimpunan tu dengan Cake..
beso ade. kecik ade..
yang atas ni, Dak Ara request tuk Ticer dia kat Educare
buat  brownies jelah since peti ice tak beso mana...



May 21, 2015

Saturday Baking Project : Some Tested Recipe From My Kitchen ( Tenggiri Kari Tanpa Santan , Sambal Sotong , Steam Chocolate Brownies , Mexican Chilli and BBQ Chicken Sandwich Ala Triple D)


Salam Guys...
The blog always about food and recipe tested.
Lately jarang - jarang update since Aqil dah masuk standard 1, memang full attention to him.
since dia pun minor dyslexia..
lagilah..kena banyak membaca, banyak buat research..
cari dan gali sebanyak ilmu supaya dia sendiri dapat paham apa yang dia belajar mencari arah keperluan setiap ilmu yang dia belajar di sekolah juga.
Alhamdulillah, so far dia sendiri dah mula belajar bertanya dan menyoal.
belum lagi siap demonstrate untuk bagi kami paham yang tahap pemahaman dia tu di aras mana.
oh ye..
mesti korang tak pahamkan dengan omelan kami tu
layankan je.






Tenggiri Kari Tanpa Santan
 I am not a big fan of curry and not also big fan of ikan tenggiri
in some point rasa macam tasteless ikan ni.
pada kami, the taste similar to ikan jacket / tongkol
recipe soon be update.
for sure in another update.
Insyaa Allah
(I teach how to get imitation of santan when do this types of curry)





Sambal Sotong
 Tentulah korang tertanya - tanya..
Ala.. setakat sambal sotong je..
eheheh..
yup.. I do hate made sambal. I mean the good sambal.
everyone of course can make sambal but then what I hate most when my orang tua / orang umah comparing my sambal with his mother in law Sambal which is my Emak.
demmit!
nay nay nay...



STEAM CHOCOLATE BROWNIES
 brownies?!
boring and boring..
yet kali ni kami buat yang jenis kukus..
ehehhehee.. sound interesting kan?!
boleh la sape - sape yang ade steamer tu buat.
especially yang takde oven..




Mexican Chilli
 cook it, eat it , love it!
gara - gara terpengaruh dengan Triple D kat Foodnetwork









BBQ Chicken Sandwich Ala Triple D
and again..
terpengaruh lagi..




oklah guys.
itulah tatapan arini..
nanti sambugn lagi kalau lapang ye.
bubye...



Apr 24, 2014

Resepi Oreo Brownies : Langkah Demi Langkah

Salam Guys dan selamat hari selasa KHAMIS (macamana aku boleh typo?!nampak sangat bz nau)
alhamdulillah arini dipanjangkan umur lagi tuk buat entry dan berceloteh moteh
sorry la arini lambat sikit kuar entry sbb gi sekolah ara kejap tadi
ada sambutan harijadi anak2 bulan april kat sekolahnya
makanya entry arini tertunda sedikit

Baiklah..
hari ini nak kongsikan resepi mudah je dan kacang buat kawan - kawan yang suka baking dan suke memasak
ala, baking simple - simple je
insyaa Allah satu family kenyang janji ikhlas dan penuh kasih sayang.


Bahan - bahan:

4 biji telur
1/2 cawan gula pasir (castor sugar)
1/2 cawan minyak jagung / mentega cair / marjerin cair
1 sudu teh esen vanila
1 cawan tepung *diayak
1/2 cawan serbuk koko*diayak
1 sudu teh baking powder *diayak
oreo cookies *ikut suke korang la nak banyak mana



cara - cara:


pukul telur dengan gula sampai kembang, masukka minyak/mentega/marjerin cair dan pukul lagi sehingga sebati


masukkan adunan tepung tadi dan esen vanila



pukul lagi hingga sebati



tuangkan batter dalam loyang size 12 inchi atau 10 inch yang telah digriskan 


bakar pada suhu 175 degree celsius selama 20 - 25min
pastikan oven telah dipanaskan selama 10minit (minimum) sebelum membakar brownies anda



boleh la hiaskan dengan caramel coklat buatan sendiri atau coklat cair.



Selamat Mencuba!!



Apr 23, 2014

Butterscotch Cake and Chewy Cocoa Brownies

Salam guys..
Minggu ni penuh saje dengan dengan resepi, dengan entry
ehehehe..
masuk blog kami memang penuh dengan gambar makanan, cerita pasal anak - anak, cerita pasal adik beradik kami, citer pasal bisnes cake kami, cerita pasal bisnes kambing golek and catering family kami
Nak cerita pasal melancong, ade rezeki setahun sekali ada la citer kami gi jenjalan ke mana - mana
kalau takde rezeki, balik - balik citer makanan.
Paling kuat pun ade la terselit sebutir dua butir citer kami gi tempat makan best - best sikit
bukan xnak update sangat sebab memang kami rajin masak dirumah..dan keduanya sebab selalu sangat makan kat luar, duitnya pun cepat susut.
ahahahaha...
nak - nak dengan kegawatan ekonomi yang tak bape nak stabil ni..
dah ade kerja pun kena buat bisnes jual cake sikit - sikit
dapat la tampung mana yang patut dan tak patut
satu lagi, kami dari asalnya keluarga melarat.
jadi, nak makan di luar adalah aktiviti yang sangat jarang kami lakukan.
tapi tak tahulah esok dah tua, badan - badan dah tak larat..
bolehla mintak anak - anak belanja makan sedap sebulan sekali
insyaa Allah.amin
jadi mak ni tak banyak mintak pada anak -anak.
jangan derhaka , jangan sombong, jangan membazir
sudah..
selebihnya..itu rezeki dari Allah.
nak cantik, nak pandai, nak kaya
janji usaha.abis usaha kalau tak dapat.tu semua kerja Allah

Ish ish ish..
banyak nau daku membebel...
moh la layan gambo cake dari kedai cake alam maya kami ni sedas dua
pada sesiapa yang tingin - tingin nak order
dialu - alukan..

#pecanbutterscocthcake
hat ni memang sepenuh jiwa raga membuatnya
frosting guna caramel butter-cream frosting
sauce nya plak buat caramel sauce
size 10 inch



hat hitam manis ni chewy brownies
size 10 inch jugak
drizzle dgn salted caramel sauce
bawk masa friday talk kulliyyah

alhamdulillah..
Allah beri kelapangan sedikit dalam kesusahan..
minta nak order?!
email kami iceboxrivet@gmail.com




Apr 4, 2014

Triple Choc Brownies dengan Strawberry Snowcheese Cake Leleh.



Salam jumaat guys
lama tak bersiaran
since orang umah dah tukar keje, rutin harian pun berubah
bangun sebelum subuh, kuar umah matahari baru nak timbul, blik malam - malam buta
yelah, demi nak mencari rezeki yang halal dan meningkatkan taraf hidup lebih baik.

Mood super saiya pun tadak untuk beberapa minggu ni
dengan cuaca sekarang tidak menentu
dengan tak cukup rehatnya
uruskan anak - anak
dengan perniagaan yang sedikit slow
tapi apa mau buat, paling tidak pun punya pekerjaan untuk menampung kehidupan


mekasih la korang ye sebab baca bebelan kami minggu ni
saja nak kongsikan jugak order dari customer
memang slow sekarang
maybe sbb kami tak rajin buat iklan kot?
entah...
enjoy.




Feb 28, 2014

Triple Chunky Brownies : Order Hand Over By Hand Boleh, POs PUn Boleh!!

salam guys..
testimonial customer
as some of you yg tahu kami memang freelance (part time) baker and decorator
kami memang menjual cake, kuih muih and dessert

triple chunky chocolate brownies
ape beza dengan yang lain2?
sebab dalamnya kami guna beryls compound chocolate
brownies tu sendiri dah coklat, buh lagi ketulan coklat di dalamnya, dan ditaburkan dengan coklat cair
rasanya enak dan enak.

kenapa boleh pos?!
sebab:
kalau masih dalam semenanjung tak basi (kami bungkus dengan plastik wrap sebelum buh dalam kotak)
dan possible tuk hancur takde sbb brownies ringan dan of course kami alas dengan bubble wrap

jadi...
sape - sape nak order boleh pm kami  0122415873
atau email iceboxrivet@blogspot.com
btw..wassap pun boleh..



Jan 22, 2014

Congo Bars




Congo Bars
1 cawan castor sugar
2 stgh cawan tepung naik sendiri
3 biji telur
1 sudu kecil serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
3/4 cawan mentega cair
1 cawan choc chip
1 cawan almond/walnut cincang





Panaskan oven 190 degree celsius
Gaulkan gula dengan serbuk koko dan mentega cair
Masukkan telur sebiji demi sebiji
Masukkan tepung dan gaul sebati
Masukkan choc chip dan kacang
Gaul sebati dan tuang ke dalam loyang pembakar
Bakar selama 30 -35min pada suhu 190 degree celsius
Selamat mencuba

*gula boleh ganti dengan gula perang 2.xperlu letak serbuk koko.
Terima kasih
‪#‎resepi‬ asal dari Martha Stewart

Oct 23, 2013

Saturday Baking Project : Resepi Brownies Coklat

Salam Guys...
Sabtu 2 minggu sudah
selepas bebudak ni yang sorang dah baik chicken pox
hat sorang lagi dah baik demam and asthma dia
makanya as seorang Ibu yang kengkononnya penuh dgn kasih sayang, kami janjilah dengan budak 2 orang tu untuk buatkan brownies
*Zhena dgn Mummyayu,kami hutang lagi adiah carrot cake dgn brownies kat korang ye.
ade masa kami poskan. Insyaa Allah.tgh curi - curi masa ni

jadi korang..
meh nak share resepi dengan korang..


Brownies Coklat
Bahan - bahan:
1/2 cawan mentega/ marjerin
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan susu suam
2 blok coklat masakan (150g ke 200g)
1/3 cawan serbuk koko
4 biji telur


Cara - cara:
Double boiledkan mentega, dan coklat sampai cair. ketepikan




Ayak tepung gandum dengan serbuk koko. ketepikan





Sediakan loyang pembakar. sapukan dengan marjerin/ mentega dan taburkan dgn tepung gandum atau serbuk koko sedikit supaya lepas bakar nanti mudah untuk dikeluarkan.




pukul telur, gula dan susu sampai kembang..





Masukkan tepung yang telah diayak tadi





Kacau sebati.





Tuang ke dalam tin pembakar dan bakar selama 45min pada suhu 170 degreee celcius atau bila dicucuk bahagian tengah cake, bersih dan tak melekat.




Hias dengan coklat ganache. siap dihidang.

Selamat mencuba.





Jan 31, 2012

Saturday Baking Project 4: Chewy Gooey Brownies


huuuuuh..
sangat la gooeynya..
yummy mummy..
asalnya nak buat cake.
tpi since tgk kat dapur masih lagi ade tepung choc lava tu..
haruslah aku buat...
kebetulan memang nak buat sehabis manis boleh,dan se creamy boleh?!!
ape daaa bahasa aku ni?
lantak la..
yg pastinya...
brownies ni ade brown sugar
castor sugar
ade creamer..
mahu la kena kencing manis ni...
lepas tu dok siram dgn button choc compund..
huhuuhh....
makan sambil sulam air masak banyak - banyak...
setot la melayan sambil tgk astro ceria..
huuhuhuh.....

*sorry la kalau ade yg ngences tgk nih..


Oct 4, 2011

It's Brownies Layer Cheese Recipe.Does It Hard To Make?!

picture taken from yesterday..
jamuan makan - makan dept...
keep moist and moist..
huuhuhuh..
bukan susah sangat nak buat guys..
as simple as you can imagine..
ni ler satu - satunya 1st attempt aku untuk resepi ni..
yang aku tengok dalam tenet memang senang tapi in term of ingredient and costing a bit costly la jugak.
nak makannya sikit..tuk sesedap anak tekak jer..
as promise..meh aku share the recipe..


Bahan - Bahan A: Brownies
bahan - bahan:
1 cwn gula pasir
1 cwn susu cair
3/4 cwn susu pekat manis 
(bahan2 kt atas dipanaskan... tak payah sampai mendidih... cukuplah sampai gula tu hancur...)

1 cwn serbuk koko (aku guna brand van houten)
1 cwn tepung kek @ gandum (aku guna tepung gandum)
1 sudu soda bikarbonat
*1 sudu baking powder (aku tambah)
(bahan2 kt atas diayak bersama 2-3 kali)

1 cwn minyak masak
3 biji telur
Bahan - Bahan B: Creamcheese Filling
bahan - bahan:
250gram creamcheese
1 biji telur
1 cwn susu pekat manis (nak manis boleh tambah or kalau nak kurang manis boleh kurangkan)
1 sudu teh esen vanila (takde pun takper)

Cara - cara :
pukul telur sampai kembang (putih) dan combine sume dry and wet ingredients A.
kukus separuh batter dalam loyang sehingga masak
kemudian blender bahan - bahan B dan tuang ke atas layer kedua brownies tu.
kukus lagi sehingga lapisan cheese tu masak
kemudian,tuang baki batter brownies korang tu atas cheese layer tadi dan kukus lagi sekali sehingga masak.
itu sahaja....
bukan susah mana pun!
janji ade blender and tukang pukul telur yang berjaya (whisker or food processor)




Guilty Pleasure!!


Para Sarip and Saripah Janjang