Penjaga Terowong Angin, Hari Liburan saya adalah suri rumahtangga , Ibu 2 anak, saya kadang - kadang masak, kadang - kadang saya berkebun.
Home Kitchen Bakery
Showing posts with label Chicken. Show all posts
Showing posts with label Chicken. Show all posts
Jun 24, 2015
Apr 6, 2015
Salam Senin : Saya Suka Masak Lor : Chicken Chop Ala Satay / Ayam Bakar Ala Satay
Chicken Chop ala Satay
yang ni lawak sebabnya:
Pergi NSK nak beli lidi satay
Sekali Lidi Satay Mahallllllllll..
cancel buat satay cucuk..
buat yang ala - ala chicken chop sudah!
ayam chicken chop 3 keping : cuci bersih - bersih arr
bawang putih 1 1/2 bunjut : kisar
bawang merah kecik 5 - 6 ulas : kisar
Halia 1 inci : kisar
Lengkuas 1/2 inci : kisar
Serai 3 - 4 batang : kisar
Serbuk kunyit : ikut suka
Garam dan gula : ikut suka
Caranya :
peram ayam dengan kesemua bahan tadi. minimum 30 min.nak lagi sedap 24jam
lepas tu bolehlah dibakar atau digoreng dengan sedikit minyak ikut suka korang
Feb 27, 2014
Buat Kurma Ayam Mudah : Resepi Senang je Pun!
*ikut gambar adalah reverse process.korang boleh ikut mana - mana suka
salam khamis guys...
kami tengah perangai tak bape molek ni
kejap mood on off nak blogging
maaflah pada kawan - kawan yang rajin singgah
kami bz keje dgn ade sedikit keperluan nak kena siapkan
btw, arini nak share lagi 1 resepi yang selalu jadi menu masakan kat umah tu
Ayam masak kurma
kenapa?!
sebab orang umah sampai ke anak - anak pun suka
kenapa?
sebab kurma ni kuah dia banyak dan berperisa (rempah)
so, boleh makan dengan nasik ataupun dengan roti.
Lain orang , lain caranya dan bahan - bahannya.
macam kami takdelah mudah tapi bahan - bahan tu boleh didapati dengan mudah
1/2 ekor ayam dipotong ikut suka
4 biji kentang dikupas dan dipotong dadu
1 cawan rempah serbuk kurma
Bahan Kisar:
- 5 ulas bawang putih
- 1 ulas bawang merah
- 1 sudu teh ketumbar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
Bahan Tumisan:
- 1 ulas bawang besar dibelah empat
- 2 tangkai cili merah belah dua
- 2 batang serai dititik
- 1 sudu teh buah pelaga
- sedikit bunga lawang
- 1 batang kayu manis
Cara - cara:
Panaskan sedikit minyak
Masukkan bahan - bahan tumis, tumis sehingga cili sedikit layu
Masukkan bahan kisar dan biarkan sehingga naik bau
Masukkan serbuk rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air
Masukkan ayam dan kentang
Masukkan sedikit air dan biarkan ayam dan kentang empuk
Sesudah empuk, serasikan garam
Mudah bukan?!
Owh ye, saya tak guna santan atau mana2 pemekat kuah.
Memang dari bahan kisar tadi dan boleh buat pecahan minyak yang emulsi pemekat kuah
Paham tak?!
saya pun tak paham..
Selamat mencuba!!
Aku Yang Menyanyah.
Sidratul Muntaha
di
9:29 AM
Labels:
Ayam Masak Kurma,
Chicken,
Mekanik Di Dapur,
Savoury
Jan 13, 2014
One Pot Chicken Stew
Aku Yang Menyanyah.
Sidratul Muntaha
di
9:29 AM
Labels:
Chicken,
Mekanik Di Dapur,
One Pot Chicken Stew,
Stew
Oct 25, 2013
Resepi Ayam Masak Merah
Salam Guys
alahai..
jangan la jemu baca blog saya ye minggu ni
memang penuh dengan entry memasak since lepas budak2 tu dah sihat:
yang sorang kena chicken pox smpai sebulan, yang sorang lagi lama tak demam lepas tu demam siap kena asthma attack lagi.
jadinya, selepas orang umah request nak makan nasi minyak.
.maka kami pun pulun la memasak.
macam balas dendam je.
ehehhee, memang pun.lama sangat tak asah skill memasak ni.
kali ni nak share resepi yang bagi kami simple la sebab barang - barang yang kena guna tu memang selalu ada dan wajib ade dalam dapur kami yang sekangkang itik tu.
Resepi Ayam Masak Merah
Bahan - bahan:
7 - 8 ketul ayam (lebih kurang 500gram - 700gram)
*kami guna peha semuanya since budak2 suke makan peha
15 - 20 batang cili kering *rendam dengan air panas; kisar
8 ulas bawang putih *kisar
1 biji bawang besar *kisar
1 inci halia *kisar
1/2 inci lengkuas * kisar
2 sudu besar paste tomato
Sedikit buah pelaga
1 cawan susu
Cara - cara:
Panaskan minyak. Tumis buah pelaga sebentar.
Kemudian tumiskan kesemua bahan kisar hingga naik bau
Masukkan ayam, tambah sedikit air.
Renehkan sebentar sehingga ayam masak.
Selepas itu masukkan tomato paste dan susu segar.
Biarkan mendidih sehingga masak
Serasikan garam dan gula.
Boleh tambahkan dengan cili besar dan tomato.
Selamat mencuba!
Aku Yang Menyanyah.
Sidratul Muntaha
di
3:55 PM
Labels:
Ayam Masak Merah,
Chicken,
Mekanik Di Dapur
Sep 25, 2013
Resepi Ayam Masak Kurma Belanga : Langkah Demi Langkah
Salam Guys..
Sabtu 2 minggu sudah..
kot?!
orang umah lepas balik keje tetiba request mintak buat Ayam Masak Kurma dengan Jelantah
kami?!
pelik tapi boleh la boleh lah...
ayam masak kurma ni rasanya lama juga kami tak masak kot?
bape banyak kot la aku sekarang ni
huhuhuh..
maafkan saya.
mari - mari kami nak kongsi resepi kami yang simple mimple ni je
yelah..
kamikan cuma amatur, bukan masterchef pun.
Ayam Masak Kurma Belanga
Bahan - bahan:
Ayam 600 - 800gram (anggran dalam 6 - 7 ketul ayam)
*kisar :
5 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh ketumbar
*mayang/hiris/titik:
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
1 sudu teh buah pelaga
1 sudu teh bunga lawang
1 batang kayu manis
10 sudu besar serbuk kurma
- 5 sudu dibancuh dengan sedikit air
- 5 sudu lagi dicampurkan pada bahan kisar
5 biji kentang
- kupas dan belah 4
bahan kisar dan serbuk kurma
Campur sebahagisn bahan kisar dan sedikit serbuk kurma
perap selama boleh sebelum menumis.
kentang oh kentang
serbuk kurma yang telah dibancuh dengan air
memula tumiskan bahan mayang/titik tadi..
sampai ade bau wangi keluar daa..
lepas tu masukkan cili dengan bahan kisar tadi..
tumis lagi sampai naik bau wnagi lagi.
jangan biar hangit pulop...
lepas tu baru masukkan rencah kurma yang dibancuh dengan air sikit tadi
lepas tu barulah masukkan kentang
masukkan air..
bagilah mendidih and empuk kentang tu separuh masak
then masukkan ayam..
bila ayam dah empuk,kentang dah empuk.serasikan garam dan gula.
oh ye.jangan lupa masukkan santan sikit.
dalam setengah cawan.
beres.
senang bukan?!
tu pasal namanya kurma belanga sebab masak dalma belanga
lepas tu aku buat tak senonoh amik gambo dari belanga
aci kan aci kan?!
Sep 18, 2013
Resepi Ayam Bakar Iceboxrivet Style : Langkah Demi Langkah
As being promise...
nak share 1 lagi resepi mudah dapur sekangkang kera makcik yang tak bape beso ni la
ahahhaha..
ape adehalkan?
rumah sewa ka..tak rumah sewa ka..
dapur besar ka..dapur kecik ka..
janji ko masak.kan?!
ehehhe..
lai lai...
resepi ni banyak kali dah aku buat
as tukang masak yang tak sama mcm baker..
seme agak2 dan main campak2.
ko jangan plak buat pangai tak senonoh buat resepi campak2 time bako cake or beskut.
silap gaya mmg confirm kena campak seme tu dalam tong sampah sebab tak jadi.
hihihih...
Resepi Ayam Bakar Iceboxrivet Style
Bahan - Bahan:
1 ekor ayam.sederhana besar.
jangan kecik sangat nanti bila lepas bako alahai mcm size anak ayam or ayam jantan baru lepas baligh.
bersihkan segala mak nenek dia dalam tu.kalau tak nanti bila dah lepas bako, menjejeh - jejeh air kaler kelabu and hitam dek tak bersihkan segala pedu, maras kat dinding tu.
1 sudu besar sos tiram berperisa ayam (yang biasa pun ok.janji soso tiram sbb masin)
2 sudu besar mixed herbs (yg dry pun boleh kalau takde yang fresh)
1 biji lemon
1 sudu besar lada hitam kasar
10 - 12 ulas bawang putih (dititik sahaja.tak payah mayang)
4 sudu besar gula
2 sudu besar serbuk stok ayam
Cara - caranya:
Gaulkan stok ayam pada bahagian dalam dan luar ayam
Masukkan mixed herbs dan lada hitam dan gaul rata - rata
Campurkan sos tiram, gula dan bawang putih pada bahagian dalam dan luar ayam.
Pada permukaan dalam kulit di bahagian dada, sumbatkan bawang putih sedikit
Begitu juga di bahagian dalam ayam
Potong lemon dan perahkan serta tinggal sebahagian di dalam ayam
Manakala sebahagian lagi hiris nipis - nipis dan tabur di bahagian luar
Peramkan ayam selama 1 jam dan kemudiannya bakar pada suhu 190 degree celsius selama 1 jam
Setiap 30 minit.Balikkan permukaan ayam dan cucuk pada sendi - sendi ayam untuk memastikannya telah masak atau tidak.
Sekiranya belum. Tambah lagi waktu memasak selama 20 minit
Siap!!
*Untuk mendapatkan kulit ayam bakar yang perang, boleh glazekan dengan sedikit madu
Enak dimakan bersama kentang putar buatan sendiri.
Selamat Mencuba!
Hari 1 Malaysia Kami Makan Ayam!(Ayam dah naik rega, mari kita bela ayam beramai - ramai atas atap rumah!)
Ari senin punya citer la kan..
sila ngences tahap dewa ye kengkawan..
jangan suruh pos sudah ler..
ayam bakar memang sedap
bukan susah pun nak buat
modal pun tak banyak mana..
dari amik kunci keta, gi KR or Nando's tgh2 ari buta time2 cuti ni.
silap gaya..sangkut jammed, dapat ayam kecik, makan tak puas lepas tu pakat2 bengang sebab tax pun naik.
oppss...
kesitu plak aku melalut
owh ye,ni pengakuan jujur ikhlas dari penggemar ayam tegar mcm aku tapi tak berduit sangat.
kami memang dah kurang makan ayam lepas ayam naik rega.
juling bijik mata kejap
huhuhuh...
bertukar makan ikan la ari2.ari cuti or ari2 tetentu je mkn ayam sbb klu mkn nasi ayam mesti ade ayamkan?!
aahahahaha
apepun..makan ayam ke, udang ke, ikan ke.seme rezeki dari Allah
nak bela ayam kat atap rumah.mati karang ayam tu dek kena phobia ketinggian
tapikan pernh dgr tak kambing tinggal kat pokok?!
ni kesah benar tau!!
ni la kami hidang time makan masa hari cuti 1 malaysia tu
huhuhuuhuuh
buat mash potato sikit je
tau2 orang umah menambah2 makan
dia bangsa jenis
takdenya nak puji kami masak sedap ke tak
janji licin pinggan dia tu..kira dah baiklah tu
aahhahaha...
nak resepi?!
petang2 sikit la ye..
bersusun entry nak buat ni..
tu belum lagi jenguk blog korang..
lama tak nyinggah
sila ngences tahap dewa ye kengkawan..
jangan suruh pos sudah ler..
ayam bakar memang sedap
bukan susah pun nak buat
modal pun tak banyak mana..
dari amik kunci keta, gi KR or Nando's tgh2 ari buta time2 cuti ni.
silap gaya..sangkut jammed, dapat ayam kecik, makan tak puas lepas tu pakat2 bengang sebab tax pun naik.
oppss...
kesitu plak aku melalut
owh ye,ni pengakuan jujur ikhlas dari penggemar ayam tegar mcm aku tapi tak berduit sangat.
kami memang dah kurang makan ayam lepas ayam naik rega.
juling bijik mata kejap
huhuhuh...
bertukar makan ikan la ari2.ari cuti or ari2 tetentu je mkn ayam sbb klu mkn nasi ayam mesti ade ayamkan?!
aahahahaha
apepun..makan ayam ke, udang ke, ikan ke.seme rezeki dari Allah
nak bela ayam kat atap rumah.mati karang ayam tu dek kena phobia ketinggian
tapikan pernh dgr tak kambing tinggal kat pokok?!
ni kesah benar tau!!
ni la kami hidang time makan masa hari cuti 1 malaysia tu
huhuhuuhuuh
buat mash potato sikit je
tau2 orang umah menambah2 makan
dia bangsa jenis
takdenya nak puji kami masak sedap ke tak
janji licin pinggan dia tu..kira dah baiklah tu
aahhahaha...
nak resepi?!
petang2 sikit la ye..
bersusun entry nak buat ni..
tu belum lagi jenguk blog korang..
lama tak nyinggah
Aku Yang Menyanyah.
Sidratul Muntaha
di
9:00 AM
Labels:
Ayam Bakar,
Chicken,
Mekanik Di Dapur,
My Resepi
Jun 18, 2013
Ketagihan Yang Tak Dapat Dibendung: Ayam Berlada Pedas Manis
Salam Guys..
Selamat Hari Selasa..
Semoga Diberkati Allah selalu hendaknya..
Ape cerita makcik arini?!
xde ape cerita best..
sambil - sambil menjaga student master buat keje dia..
sesambil ni la ade arini free sikit nak jenguk umah korang sambil update blog barang seentry dua..
motip tajuk diatas?!
ala der..
saje jer..
kan aku tengah khusyuk and istiqamah buat entry memasak sambil tunjuk step by step..
makanya arini..
up lagi resepi sambil tunjuk langkah demi langkah..
alahai..
aku kan tengah tak gi jenjalan...
makanya,haruslah..rajin buat entry memasak
bukan ape..
saje nak kongsi ilmu sesambil tambah duit pakcik nuff yg hidup segan mati tak mahu tu.
huhuuh..
*boleh consider as ketagihan ke?hahaha!
Ayam Berlada Pedas Manis
Bahan - bahan
1 buku bawang putih (kisar)
5 ulas bawang merah (kisar)
12 tangkai cili merah /lada merah (kisar)
1 inci halia (kisar)
1 inci lengkuas (kisar)
1/2 kg ayam (potong 6 - 8 bahagian)
serbuk kunyit
serbuk halia
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar tomato paste
Cara- cara
- Gaulkan ayam dengan garam,serbuk kunyit dan serbuk halia. Goreng separuh masak.
- ni la tomato paste tu.aku tersalah beli aritu.ingatkan sama mcm puree.
- tumiskan semua bahan kisar sampai wangi..
- masukkan pes tomato, dan cili kisar.tumis lagi sehingga pecah minyak
- masukkan ayam.
- kacau - kacaukan ayam dan tambah sedikit air.biarkan reneh dan sehingga ayam betul2 masak.serasikan garam dan gula.
- siap dihidang.
*as usual..resepi aku banyak yg campak2..
bukan ape..
senang anak - anak nak makan..
nak cepat..
xnak pedas..
oklah ni
psst: nak lagi sedap letak la udang kering 2 sudu teh.confirm sedap!!tapi klu gatal idung,tahan sendirilah ye.hihiih...
Aku Yang Menyanyah.
Sidratul Muntaha
di
9:38 AM
Labels:
Chicken,
Mekanik Di Dapur,
My Resepi,
Savoury
Jun 14, 2013
Suke2 Alter Resepi Orang.Kopispes Resepi KARI AYAM TOMATO PUREE
Salam Guys...
ehehe..
ye..kami semua as blogger mana ade sakit mental..
ish ish..tak pnh lagi doctor diagnose gitu...
ahahahha..
memandai je orang suratkhabo..kan jah kan?!!
and again..nak kongsi resepi kopipes and aku sesuka aku la buat alteration..
yelah..
bahan - bahan kat umah pakai je ape yang ade...
resepi asal: Nad MamaZN
*harap dihalalkan ye Nad!
Bahan - Bahan:
2 sudu besar minyak masak
bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, pelaga, jintan manis & jintan putih
bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, pelaga, jintan manis & jintan putih
*aku guna bunga lawang dengan klulit kayu manis je...
5-6 helai daun kari *aku omit
2 biji bawang merah *dikisar (aku mayang)
1 biji bawang putih *dikisar (mayang)
1 inci halia *dikisar (mayang)
5-6 helai daun kari *aku omit
2 biji bawang merah *dikisar (aku mayang)
1 biji bawang putih *dikisar (mayang)
1 inci halia *dikisar (mayang)
*1 inci lengkus
*1 batang cili api
*2 batang lada merah
*1 batang serai
1 kiub ayam *dikisar (aku omit)5 sudu besar serbuk kari
*1 sudu besar serbuk kunyit
2 cawan air
2 biji kentang (dipotong 4) *aku omit
5-6 ketul ayam
garam & gula secukup rasa
1/2 cawan santan KARA tanpa kolestrol
2 sudu besar tomato puree LEGGO'S
2 cawan air
2 biji kentang (dipotong 4) *aku omit
5-6 ketul ayam
garam & gula secukup rasa
1/2 cawan santan KARA tanpa kolestrol
2 sudu besar tomato puree LEGGO'S
1. Panaskan minyak di dalam periuk
2. Tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis sampai berbau wnagi..ngii..ngi...
4. Masukkan serbuk kari dan tomato puree leggo's
5.Masukkan ayam...
6. Kacau sehingga ramuan dan ayam sebati..
7. Masukkan air...
8. Masukkan serbuk kunyit.
9. Biarkan sehingga mendidih.
10. Masukkan santan Kara dan biarkan tanak.tapi jangan sampai pecah santannya.serasikan garam dan gula kalau perlu.
sekian sudah entry memasak ye kawan - kawan...
nnti aku jln2 umah korang...
Aku Yang Menyanyah.
Sidratul Muntaha
di
11:09 AM
Labels:
Chicken,
Mekanik Di Dapur,
My Resepi,
Savoury
Subscribe to:
Posts (Atom)