Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Showing posts with label resipi masakan barat menggunakan pemanggang ajaib. Show all posts
Showing posts with label resipi masakan barat menggunakan pemanggang ajaib. Show all posts

Jul 10, 2014

Resepi Lapis Roti BBQ Daging Bercheese : Langkah Demi Langkah (Resepi Dari Pemanggang Ajaib)



Salam guys..
Tentera Jepun dah kalah perang
yay!!
sambung pose balik.seronok mak, noks!
hamboi kemain lagi haku kan?!
tak senonoh sikit pangai arini
tapi takpelah
arini nak kongsi resepi yang rasanya terlalu ramai orang dah buat, tapi aku baru nak buat.


Resepi Lapis Roti BBQ Daging Bercheese
Bahan - bahan:

400gram daging lembu kisar (brand ramly kami guna)
2 ulas bawang besar
1 - 2 biji telur
Cheddar cheese slice secukupnya
1/2 mangkuk kecil perapan BBQ 
*resepi boleh refer kat sini :
 http://iceboxrivet.blogspot.com/2014/07/make-your-own-bulgogi-bulgogi-recipe.html
roti putih  secukupnya
1 sudu teh serbuk kiub ayam
1 sudu kecil serbuk halia
1 sudu kecil rosemary kering
1 sudu kecil basil kering



Cara - caranya:
Potong dadu bawang putih dan bawang besar




Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau




Masukkan daging, serbuk herba dan rempah, serbuk halia, serta serbuk kiub ayam.




Masukkan perapan sos BBQ dan masak hingga daging mula terpisah sedikit demi sedikit





Masukkan garam dan gula dan reneh sehingga daging betul masak dan empuk. Ketepikan dan biarkan sejuk 





Pukul telur sampai kembang dengan sedikit garam, susu segar dan lada hitam kasar. (saya tambah lada hitam dan susu ni sebab suka)




Potong cheddar cheese memanjang. Senang sikit nak tabur pada roti nanti





Ni la inti daging yang dah siap tadi.





So, bolehlah kita susun dalam casserole atau dalam bekas aluminum foil sebelum bakar dalam oven atau pemanggang ajaib
aturannya lebih kurang begini : 
ROTI - DAGING - CHEESE - ROTI - DAGING - CHEESE - ROTI - DAGING - CHEESE  - SOS CILI - THOUSAND ISLAND SOS  
*(2 sos cili tu saya tambah sendiri)


1.Mula - mula begini



2.Kemudian begini



3.Akhir sekali begini. kemudian bakar dalam oven yang telah dipanaskan (180 degree 15 - 20min) atau dalam pemanggang ajaib dengan menggunakan bekas aluminum foil berdasarkan size pemanggang ajaib masing - masing.





Tara!! dah siap.memang hangit sikit atasnya sebab saya suke hangit - hangit..






Heavennya..


Selamat Mencuba!!


Jul 3, 2013

Resepi Lasagna Dari Pemanggang Ajaib

Salam guys..
hamboi - hamboi aku nih..
mentang - mentang la baru dapat adiah dari kotak misteri :
terus rasa nak buat lasagna ye ko ayu weih!!

marilah mari kita buat lasagna..
guna pemanggang ajaib lagi!!

Bahan - bahan yang perlu ade:
3 jenis sauce:
Bolognese
Pasta Bake
Alfredo
motip?!
malas nak potong bawang segala bagai dengan nak buat bechamel sauce!




  • Masak 400g daging kisar dengan sos bolognese tu sampai empuk.
  • sebatikan garam dan gula ikut suka





  • Kemudian panaskan plak sos alfredo tu.dilutekan sikit in case sos tu tebal sangat.
  • Boleh dilute dengan air or susu. jangan guna cream plak.makin pekat plak jadinya nanti.






  • Panaskan plak pasta bake sauce tu...
  • yang ni tak payah dilutekan..






  • kemudian, panaskan plak pemanggang ajaib tu..
  • lorek dengan marjerin or mentega sikit





  • ratakan alfredo sauce pada permukaan pemanggang





  • susun pasta / lassgna sheet (better pre cooked dulu takut mentah nanti)




  • tuang inti daging tadi





  • layerkan dengan lasagna sheet lagi





  • tuang plak sos pasta bake




  • letak inti daging dan susun lasagna sheet di atasnya






  • tuang alfredo sos dan letak la beberapa keping cheese cedar klu korang suke.
  • ade orang besenya ltk mozarella dengan parmesan





  • jaga api korang...





  • paling ok klu dapat alas permukaan or bawah pemanggang tadi dengan aluminum foil.
  • tpikan..ade jugak org buat kecik2 dlm bekas aluminum and buh dlm pemanggang ni
  • takdelah penyah sangat
  • aku?!saje buat gini biar senang nak cedok.

#sila abaikan dinding dapur tu ye....





  • siap sudah...


May 28, 2013

Resepi Dari Regina Si Pemanggang Ajaib :Homemade Burger Bako


Salam Guys..
tengah Rajin Memasak la katakan..
hek eleh..
bukan masak pun minggu ni..
minggu2 lepas je..
mari - mari layan kita buat burger bako sendirik.


memula bako la roti bun tu
beli cap gedenier je...
nak buat sendiri?!
malas...


lepas tu bako la plak beef patties ni
hajat dihati nak guna fresh meat
lalu bila dikabarkan orang tua yg sekilo rm25..
aku cakap cancel..
akan tetapi..
dia plak boleh cakap..
guna daging cincang ramlee tu boleh tak ibu?!babah dah amik seme bahan2 lain..
takkan nak letak balik..
haku?!
ikut jelah..
ahahahha...

meh - meh acu cer try bagi resepinya tuk beef patties ni:

400 gram daging cincang
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kicap masin
1 sudu kecik serbuk halia
1 sudu teh mixed herbs
*gaul seme kat daging.bawang tu just cincang kasar2 je
*aku tak letak gula sbb kali ni xnak rasa manis



then orang tua adelah beli chicken slice ni
apelagi..
bako la...


lepas terbalikkan..
buh la cheese ni..
etetetettee


Lastly assemble la daging and roti burger korang tu...


SELAMAT MENJAMU SELERA!


May 27, 2013

Resepi Dari Regina Si Pemanggang Ajaib : Ayam Bakar Madu

ayam 2 ketul
bawang putih 3 ulas.ketuk2 sikit
2 sudu besar serbuk halia
Winchester  sauce dalam 3 sudu
garam ikut suka
madu untuk coating


panaskan pemanggang ajaib
lumur ayam dengan bahan - bahan tadi kecuali madu
browningkan ayam
cucuk2 sendinya untuk keluarkan mana - mana darah yang terkumpul selain dari nak cepat masak
sapukan madu pada permukaan pertama dan tutup
biarkan selama 15 minit dengan api yang kecil
buka penutup dan terbalikkan ayam..
sapu lagi dengan madu
tutup pemanggang dan biarkan selama 10 minit
buka pemanggang dan cucuk - cucuk permukaan ayam untuk memastikan sudah masak atau belum
kalau belum..
ulang proses2 di atas dengann biarkan masak selama 5 - 10 minit


Apr 18, 2013

Resepi Dari Regina Si Pemanggang Ajaib: Lemon Rosemary Grill Drumstick


salam guys..
recent recipe request by NANA

resepi ni simple je
since aku ni mmg sendiri jugak makanan bergrill and bako2.
contohnya macam satay..
ayam bako.
lamb chop..kambing panggang...
huhuhuuhh...

here 's the recipe..
invented la kengkononya dari aku!
ahahahha...


5 pieces drumstick
1 tablespoon ginger powder
1 tablespoon dry rosemary
5 garlics.smoke 1st if you can.the more juice and more aromatic it will be.if impossible.just crush it and rub over the drumstick
salt and sugar for taste.*ni suke korang la,nak masin,nak manis
1 lemon.squeeze to get the juice

gaul seme bahan sampai sebati..
peram at least 1 hours.better if overnight
panaskan pemanggang ajaib..
browning each side 2 -3 minit
continue masak dan terbalik2kan ayam tu 
then you go!!

senang la kot?!
cer cuba..
nnti boleh bagi komen............

Para Sarip and Saripah Janjang