Assalamualaikum. Bersambung lagi bahagian kedua jalan - jalan cari pasal, eh cari makan Kuantan.
Hari kedua stay di Beserah. Homestay yang betul - betul luas and parking siap ada BBQ port. Maybe next time bawak berjalan - jalan lagi sekali and buat BBQ di situ.
Abang long and Mek Ara beria nak tengok Spiderman. Abg long memang diehard fan spiderman. tak tahu sejak bila tapi rasanya ada sedikit terjebak mungkin persamaan Peter Parker ni dengan diri beliau? Suka menyendiri dan lone ranger. takpelah. bagi time and space dia tumbuh dalam psikologi dan tumbesaran yang sihat.
With the great power, come with great responsibility.
Selesai tengok wayang, bergegas ke INSTAR Pekan.
Nak ambil gambar konvo, sijil SPM dan jumpa cikgu - cikgu kaunselor yang banyak bantu beliau pilih karier dan lorong ke IPT.
siap singgah kelas lama beliau
dengan cikgu nurul izzah
banyak sangat tolong
Allah sahaja mampu membalasnya.
hujan lebat masa hantar. menunggu kami dalam kereta.
dengan cikgu matematik
jujur.
abang long memamg anak yang menurut kata.
sungguh dia stress masa F3.
tapi kami pernah berpesan.
buat apa - apa, habiskan.
kami nasihatkan:
carilah circle yang baik - baik dan buat yang terbaik dalam usaha kita.
Allah mungkin tak beri dia banyak A.
tapi sungguh,
setiap suka duka, pahit manis semua tu.
Allah dah siapkan rezeki mengikut kekuatan dan kesesuaian dia.
Abg long bergantung semata - mata dengan apa yang sekolah bagi.
tak cukup tuisyen. takde personal tutor yang grand.
tak enroll pun mc plus dan sebagainya.
tapi selagi kita hidup dan tak putus usaha serta tak putus asa.
lambat laun, sampai juga impian kita.
sungguh, sebagai seorang ibu,
siapa yang tak sebak atau hiba tengok anak berusaha gigih dan menyusun kehidupan di asrama, tapi banyak itu rezeki yang Allah beri pada Spm beliau;
tapi kuasa Allah itu Maha Berkehendak dan Memberi pada yang Dia suka dan cinta.
Sampai juga rezeki Abg Long sambung pelajaran ni Taman Ilmu Dan Budi.
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...
Al BAqarah 286
هَلْ جَزَاءُ الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ
“Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?
Ar Rahman 60.
Buat yang lain.jangan putus as dan bersangka baik dengan Allah swt selalu.
No comments:
Post a Comment
komen jer...