GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Aug 15, 2024

Sampul Yang Dinanti - nanti

Alhamdulillah.
Sampul yang dinanti - nanti.
Official as
1. Qualified Technician in Aerospace and Aviation Technology on 10/2023
2. Certified Technician ( Tc.) in Aerospace and Aviation Technology on 12/2023
Terima kasih mak abah.
Terima kasih buat semua guru,pensyarah,instructor yang mencurahkan ilmu.
Saya mungkin tak dapat jadi jurutera kapal terbang atau sebaris dengan rakan - rakan 1 batch yang kerja dengan kapal atau mahupun dengan industri.
Sebab saya tahu ruang dan peluang saya bukan di sana.
Sebab ruang peluang saya akhirnya dalam industri pendidikan.
(Dari MNRI sampai rasmi jadi Miat. - sijil mekanik baikpulih dan enjin pesawat
Dari MFI hingga resmi Unikl MFI - Diploma in Metal Fabrication Technology)
Kala media sosial dan masyarakat masih taboo dan toksik dengan pemikiran 'buat apa belajar tinggi - tinggi,nanti ke dapur juga"
Percayalah.
Diri kita sendiri yang mencorak kekuatan kita .
Moga kalian juga terisi apa jua matlamat dan perjuangan.
Doakan juga ditemukan rezeki sambung degree yang berkaitan dengan teknologi aerospace dan aviation.
Usia bukan segala.
Tapi peluang tu kalau Allah dah beri,kita jalan terus.


 

Aug 14, 2024

kisah 9 julai. anak bujang and laki PJJ


 Kisah Anak Beranak Di Perantauan.

Ibu dengan Mek Ara?
Diam - diam semayam.
Karang F4 Mek Ara dapat mana - mana.
Lone Ranger la pula ibu.
Ehek!
Ps: kisah semalam. Abg long tunggu bas balik serama. Babah ride balik tempat keja 3 - 4jam plus minus.

Aug 12, 2024

MONEY CANNOT BUY CLASS

- sabtu 1ST JULY. Mader doter time kununnya.
- makan,sembang,jalan - jalan mall,tengok wayang jumpscare.
- reward for her last year achievement.
Malangnya..
Bangsaku ini ada masalah hati dan jiwa.
Insiden jadi pada Mek Ara.
Al kisahnya kami berdua ni jenis sempoi.
Takde fancy shoes atau emas berselirat di badan
Mek jenis lagilah sempoi.
Tracksuit lusuh + t shirt lama + kasut bodo.
Stail biasa.
Rezeki kami masuk semua premises. Salesgirl/salesman semua layan baik. Tak kisah kedai apa. Beli tak beli,elok je respond.
Tapi...the so called pelanggan ada la sorang ni kategori tua lagi dari ibunya and muda sikit dari nenek..daku rasa around 50's la kot.
Mek ara cerita dok usha dia atas bawah.
Mek mention mungkin sebab baju dia lusuh or takde stail kot?
Daku gelak la.
Lepasku tanya: mesti acik tu baju bling - bling and lip lap lip lap?
Mek kata ye .then gelak sama.
Begitulah kataku.
Kena kuar sesekali tengok perangai manusia.
Pernah dengar tin kosong?
Besar godang tapi takde pengisian.
Diketuk bising yang amat tapi apapun takde.
Begitulah jenis manusia
Dia rasa pakaian dia,perhiasan dia, apa sahaja yang dipamerkan itu hebat.
Namun di akhirnya.
Kosong..takde nilai.
In the end,mungkin Mek jenis 'alah bisa tegal biasa' kalau ada orang ke...kawan - kawan yang nampak kaya tapi judgemental ni sia - sia kalau dilayan.
So.beliau tenang - tenang aja.
Cuma hairan.
Nak usha pun..carilah yg sama umur.
Bawah umur pula diusha.
Kurang kasih sayang la tu.
😅😅

Aug 9, 2024

CHILD FREE CONCEPTS


How easily western has been penetrated to our young muslim generation's mind:
'CHILDFREE CONCEPT'
My advice to young muslim couples:
1. Be careful what you wish for.
2. Berpatah balik pada fitrah dan fikrah.
3. Perkahwinan bukan sekadar menghalalkan perhubungan intim dan try and error.
4. Please ask Allah forgiveness and also ask your parents forgiveness. They choose to the hereafter rewards by giving birth to you and choose to raise you to become a better muslim and muslimah.
5. Lastly: DUNIA INI TEMPAT MENINGGAL,BUKAN TEMPAT KITA TINGGAL
Ps: seandainya pemikiran anda itu bercanggah dengan hukum/fikrah.. just keep for your self. Dont let other being corrupted by the so called ideology.
- Ida Rahayu Yahya-

 

Aug 5, 2024

Sayangkan Anak Tangan - Tangankan

- peribahasa lama. Dah masuk umur 16 tahun.
- orang dulu dah merantau.dia pun merantau..
- selagi amanah dari Allah masih amanah,hujan ribut petir..lautan api sanggup ditempuhi.

Koronologi:
17hb:
balik dari rumah nenek, muntah selambak dekat elmina.
Sampai umah dh lembik. Malam - malam cari klinik.
Mc 2 hari.
18hb: tak balik asrama. Belum pulih.
20hb : pegi klinik,follow up.ubat habis.dapat mc 2 hari.sambung makan ubat.
22hb: balik temerloh dulu. Dah sampai bentong,baju 1 set tertinggal.patah balik. Pusing kat mempaga.
Memang betul - betul keje gila.
Ambil,jalan.sampai temerloh pkl 6 lebih.
Dahlah kali pertama memandu jauh, dan kali pertama juga berpatah balik.
Jumlah keseluruhan pemanduan adalah bersamaan jarak jam pemanduan dari batu caves ke pekan
4 jam ++🤣😑😑
23hb: balik Pekan anta beliau. Tapi..memang ada jelah benda sampai drag petang.
Daku?
Ntahlah.
Koyaklah kejap.
Mujurlah babahnya suh bertenang dan sabar.
Sebab pemanduan ke Pekan adalah oleh Babah.
Daku tukang tido.
😆😆
Gitulah der.
Abg long
Mintak restu .
Memang nampak stress belajar.
Daku pun dah 'puyeng' nak bantu.
Serah bulat - bulat pada Allah.
Mintak Allah beri kejayaan besar atas usaha dan kesabaran anak bujangku.
Amin.
Ps: done bebel,done sharing. Pengalaman 'pjj' kami untuk 8 tahun lagi.insyaa Allah.


 

Aug 3, 2024

Peneman 24 jun 2024

Peneman:
Kg Durian Tawar Bera,Pahang - Batu Caves,Selangor
Alhamdulillah.
8.51pagi - 10.58 pagi.
Makan dulu
pastu anta sekolah.
Exam hari tu sejarah dan bm kertas 2.
Reward sikit achievement semalam,sebelum takde masa.
Semalamnya dah anta abg long balik Pekan.

Ps: nebes awek tu sejarah kuar bab 1 smpai 4. Bab 3 la banyak detail. Risau la kawan. Tahun lepaa dah dpt anugerah semalam.tahun ni boleh sustain tak?
Tibeh .
Pesanan penaja: study je. Pandai tu kalau tak usaha.tak guna juga.
😆😆



 

Para Sarip and Saripah Janjang