GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Showing posts with label Grill Beef/Meat. Show all posts
Showing posts with label Grill Beef/Meat. Show all posts

Jul 17, 2023

Kalau Tak Boleh Pergi Seoul Garden, Kita Buat Seoul Garden Kat Rumah!

 

- kupassusahmati Seoul Garden tapi dah tak mampu makan kat luar,kita buat sendiri.
- kisah semalam, belanja barangnya adalah 2 ke 3 hari sebelum.
- yang fully marinated and prepared adalah hari sabtunya.
- makan2nya semalam. dari pukul 2 sampai la ke malam nyambung.
- steamboat and grill set ni jenis letrik. masa tu pkp kot? dlm rm150 je. alhamdulillah masih elok lagi function.



Menu buat sendiri:
1. Chicken teriyaki
(isi ayam dalam rm17/sekilo. Boleh dapat dalam 6 ke 7 portion untuk masak) Beli kat Nsk Selayang

2. Black pepper lamb - 4 keping. Rm24 sepek.beli kat Segi Batu Caves.
* perap ni senang ( sos blackpepper,sos cili , bahan kisar : bawamg putoh + halia + bawang merah + serai,mixed herbs + garam gula. )

3. Ayam satay - ayam dari portion kat no 1
* perapan kami buat guna resepi bapak kami ajar.

4. Daging satay ( rezeki dapat daging korban)
*perapan sama resepi ayam satay + serbuk kari daging sikit




5. Maggi tomyam = Nsk Selayang . 5 pek rm8

6. Meehon tomyam = rm7.Nsk Selayang. 5 pek



7. Crab stick= rm5.99.Nsk Selayang. Pek kecik

8. Mixed steam boat = Nsk selayang rm9. ( boleh makan 2 ke 3 kali.)

9. Sayur salad = rm2.50 Nsk selayang



10. Kimbab tu tiberr beli kat cu= rm6 kot?
11. Daun bawang = nsk selayang rm2
12. Marjerin = guna apa last kat dapo
13. Bahan perapan = guna apa tinggal kat dapo. Tak cukup bahan.adjust bagi lebih kurang rasa.
14. Bijan = rm3 Nsk Selayang
15. Garlic wrap = Nsk Selayang rm7
16. Cendawan enoki = rm0.99 1 pek.beli 4. Kat Nsk Selayang



tadaa...
ha,fefeling la korea sangatnya.
alhamdulillah.
banyak lagi baki dalam peti.
boleh buat lauk masak dua hari lagi.
maggie and meehoon tomyam tu pun pakai 2 je.
pun boleh buat dinner juga.

jangan ade yang ngences ye.

Tu jelah buat masa ni yang teringat belanja nak buat steamboat ni.
Boleh makan 2 hari lagi kot?
Pegi cari malam - malam dengan wak sam naik motor je.
Chill - chill je.
Sedap sungguh makan.
Sambil dengan anak jiran sebelah rumah nangis tak henti sebab apa.
Ahahha.
Nasib kaulah dik mak kau tak bagi kuar umah.
Panas lagipun.
Sian mak ko asyik ulang alik jaga korang demam.
Eh.apa aku merepek daa..

🤣🤣😅😅🥰


Oct 30, 2021

Throwback Hari Isnin

 


salam sabtu guys.
baru sempat nak upload gambo burger ni.
pagi senin lepas masuk keje, teringin nk makan burger ni.
so belilah donut bun sesiap dari bini anak sedara kami, pastu bahan - bahan lain cari di Giant ahad sebelumnya sebab saing cari barang - barang serama abang long.


Jul 8, 2014

Make Your Own Bulgogi : Bulgogi Recipe (Sapa Nak Cuba, Marilah) / Resepi Dari Pemanggang Ajaib



Salam Selasa  guys..
sorry if buat kalian terliur
yup, I am meat fan and love anything with grill, BBQ, baked and toast, etc.
and again, I am a super fan of Bobby Flay and of course Michael Symon
and yet, my dream in future nak menulis buku dan berkongsi resepi tentang grill, bbq ni
semoga dipermudahkan


kali ni nak share my own recipe untuk buat grill Bulgogi sendiri kat rumah
and yet, I never ever try any coffee bulgogi recipe
maybe sebab tak penah makan kat seoul garden and maybe sebab kami tak cuba lagi buat sendiri



Bahan - bahan:

400 - 500 gram daging (potong memanjang dan halus - halus)

Bahan - Bahan Kisar 

1 bili lada benggla merah  (layurkan sekejap atas stove sampai naik bau)

1 batang cili merah ( layurkan seperti lada benggala)
 4 - 5 biji bawang putih (bakar sekejap pada stove sampai kuar bau wangi)
1 biji bawang holland (potong dadu)
4 sudu besar mixed herbs
2 sudu besar serbuk basil
2 sudu besar serbuk rosemary
2 sudu besar serbuk oregano
1 sudu besar serbuk paprika
1 sudu besar hot sauce (boleh dapat di kedai barangan arab, kalau takde takpe)
1 kiub ayam
3 cawan sos tomato
2 sudu besar lada hitam
1 sudu besar 5 spices
1 sus besar serbuk halia
1/3 cawan Winchester sauce
garam dan gula ikut suka




Mula - mula selepas kisar semua bahan, perap la daging tadi dengan bahan - bahan kisar tersebut
Pakling kurang pun 1 -2 jam




Panaskan kuali dengan sedikit minyak kalau suka
kalau tak nak pun takpe
kalau korang ada non stick pan / pemanggang ajaib, boleh la guna





Masukkan daging tadi dan balik - balikkan




Bila dah agak kering or dah mula karamel, bolehlah angkat
Daging ni baik nipis - nipis je keratnya supaya cepat masak.




Mudah bukan?!
Selamat mencuba.








Para Sarip and Saripah Janjang