GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Showing posts with label Cheesecake. Show all posts
Showing posts with label Cheesecake. Show all posts

Dec 12, 2013

Blueberry Cheesecake Yang Fresh Meresh!!


Salam Guys..
Finally and finally..
dapat la bersiaran balik even sedang tak berapa nak sihat semula ni...
haih..kami memang tak boleh minum ais
sakit tekak melanda...
aiskan ade salmonella..

Hari ni nak citer ape ye?!
saje nak cerita pasal update order dari customer..
alhamdulillah..
selepas menang 1st runner up dalam satu pertandingan menghias cake baru - baru ni..
aura - aura postif tu makin bertambah dan makin banyak jugak order cake yang diterima..
syukur...
rezeki anak - anak semestinya..


buah strawberry fresh..
huhuuh...berbulu  - bulu jugak ye menda alah ni..


pakcik beri hitam...
sedap kalau  kena teknik buat jem,pergh..
berkeping - keping roti boleh makan..



buah kiwi..masam - masam..
kalau buat pavlova beso..confirm dah kena ramas - ramas...


ni la hasilnya cake blueberry cheesecake
lepas dah sejukkan...
tu yang bercapuk - capuk sikit cake boardnya..
sejuk punya pasal...
owh ye..kami tak jual yang non bake since kami sangat takut dengan bacteria transfers..
even ice cream pun reluctant nak makan sebab kebanyakkan ice guna raw egg or egg powder..
perut yang tak bape sihat ade gastic mcm kami ni
memang la avoid bahan- bahan tu
so, cheesecake yang kami jual semua jenis dibakar dan disejukkan selama 4jam ke 8jam sebelum dihidang


base dia kami guna biskut tiger je..
gaul dengan unsalted butter...
kadang - kadang tak paham juga dengan orang yang buat sambil lewa...
guna biskut mayat bawah dia lepas tu charge gile - gile..
haih..
niaga tak ikhlas tu
tapi korang jangan tak tahu
ramai je kat luar tu..buat malas tapi nak niaga...
lepas tu dok curi gambar orang  lain then proclaimed gambo produk dia
contoh mcm popia ketam mamalyna si ejan tu..
Masitah Mas punya cheesecake leleh..
sabo jelah...

Final Product! Tara!!
siap sudah...


* masih lagi asah skill menghias ni sikit2..
*semoga istiqamah selalu dalam minat ni..amin..

Sep 23, 2013

How To Deco Snowcheesecake : Order By Customer

Memula Buat Cake Sponge tu.
dah masak,sejukkan dan potong guna benang


see..senang bukan?!


sapukan creamcheese


sapukan blueberry filling


tutup kembali cake


bertakuk disitu.


sapukan creamcheese sekata


taburkan dengan keju cheddar


sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihias dgn fondant wording untuk deliver pada customer.

Tq Mira
sept 11, 2013


Sep 17, 2013

Resepi Snow Cheesecake : Langkah Demi Langkah


Salam Guys...
1st time trial on buat Snow cheesecake
mmg menakutkan dan mendebarkan since kami ni bab buat cake sponge la failed!
maybe resepi salah dulu - dulu kot and maybe jugak sbb keberanian tu belum ade lagi..
eh..bukan keberanian tapi lebih kepada keyakinan

jadi..
harini nak share resepi yang kami copy paste dari blog Kak Ummi (Home Sweet Home) 
yang mana sumber asal resepi ni Kak Ummi ambil dari blog Kak Zai dan Rahel


Snow Cheese Cake
Sumber :K.Zai & Rahel

Snow Cheesecake

Bahan: Kami Guna Tin Cake Bulat Size 8 inch

  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya) (kami campur2)
  • 100g gula halus (1 cawan kami agak2)
  • 100g tepung hong kong (kami guna tepung naik sendiri)
  • 60g tepung jagung (beli kat kedai supply bakery)
  • 50g air sejuk (dari peti sejuk)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovalet
  • 75g mentega (dicairkan) *kami guna marjerin 

Untuk krim:
  • 1 kotak cream cheese philadelphia (250 gm) *kami guna brand tartura
  • 1/2 tin susu pekat manis -kami letak agak2 sampai betul2 sebati dan manis ikut selera kami
 (satukan kedua bahan & putar sehinggatidak berketul-ketul).

additional : kami buh blueberry filling kat tgh2 cake.


Untuk Toping:
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) *kami guna readymade yang dh siap parut

Cara:
  • Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
  • Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  • Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit butter.
  • Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150'C.


  • Bila sudah masak biarkan sejuk.  Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah2 kek supaya menjadi dua bahagian.
  • Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi

  • ni mengikut selera kami.jadi kami tambah dengan blueberry filling


  •  letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.

  • haa kau.setompok kirm kat situ!


  • Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek


  • Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.



  • Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam. Lepas tu baru potong.



cake ni rasanya ade rasa lemak berkrim manis, manis, masam - masam buah sikit sebab kami letak blueberry filling dan jugak masi dari keju cheddar tu.
selamat mencuba!


Jul 25, 2013

Rezeki MemBaking Di Bulan Ramadhan


Salam Guys..
Arini Bulan Mengambang sudah..
mari kita tengok gaji!!
huhuhuh...
*intensif rm500 tuk raya. (alhamdulillah!)
*penjawat awam negeri selangor dapat sebulan bonus!!! (agak2 jeles disitu!!)
  • akukan manusia biasa.mestilah ade perasaan sebegitu.harap2nya rm500 tu dpt la cover ape yg patut tuk raya ni.ayam dah mahal.nasiblah..


Bukak Citer lain plak.
Bulan ramadhan ni alhamdulillah
dapatlah order membaking sebarang 1 - 2.
yelah
bulan posekan?!
manalah ade orang nak sambut besday sangatkan?!
but then dimurahkan rezeki oleh Allah
salah satunya dapat dari kak Ecar Nazrin
dia tak dapat nak tampung order sbb ade event pd masa tu..
makanya..
dapatlah rezeki order tu ke tangan kami
lebih jelas lagi
rezeki anak  - anak sebenarnya


Choc Cheese Cake
1.5kg
Ironman Edible Image (Custom made)
Thank you En Shah
21th July 2013


Blueberry Butter Sponge Cake
Blueberry Jam, Cherries, and Fresh Cream
Thank you Dr Hanan UIA
24th July 2013

*Dear Mummyayu and Zh-ena
*hadiah korang kami buatkan lepas raya ye..
*tak dan tangan ni..




Mar 1, 2013

Tempahan Minggu Ini!! Cheesecake Woo!!




salam pagi jumaat guys..
salam menghadapi pagi yg ceria dan sibuk!
hakunya mmg jumaat kalah ari senin
kelas dari pagi sampai ke petang!
arini nak update pasal homemade bisnes aku yang kecil - kecilan tu..
dulu - dulu dah hampir give up.
tapi lelama..
alhamdulillah..
memang kalau dah rezeki untuk anak..
Allah tetap beri dan tunjukkan jalan.
cepat ke lambat..
semuanya bergantung kepada sejauh mana tahap bersangka baik kita dengannya...

owh ye..
kalau korang nak order, bolehlah klik kat link kat bawah ni:

atau
takpun korang boleh layan mana - mana product yang korang berkenan kat sebelah ni jer 
kat area sidebar 
mana - mana berkenan..
bolehlah pm aku personal dalam fb : Ida Rahayu
kawasan penghantaran sekitar gombak,batu caves,selayang, shah alam sek 13, wangsa maju,taman melati and taman melawati.
takpun boleh wassap aku kat 0122415873
email aku pun boleh iceboxrivet@gmail.com


okay,okay..
mari sambung balik cerita pasal cheesecake ni..
yang ni mini cheesecake
size 7 inci
rega RM60 sbb guna dairy cream..(klu guna yogurt aku charge murah sikit)
perisa vanila..
order dari jauh ni..
terengganu..

yang ni pulak 500g creamcheese dgn dairy cream jugak
siap buah seme bagai dalam RM80
order jauh jugak ni.
terengganu
size 9 inci
saing dgn order cheesecake yg kat atas tu
arini insyaa Allah selamat sampai ke tangan yang order tu.


yang ni blueberry mini cheesecake
size 7
rega rm45
guna yogurt and brownies layer bawah tu 
fc tu kebetulan terlebih whip tuk pavlova order
alang - alang dari membazir
baik bubuh terus tuk cake ni ni
yg ni ari rabu lepas punya order..

speaking of pavlova..
alhamdulillah
kali ni ade sorang customer yg aku tak kenal muka pun
Miss Marina..
yg received items pun kwn seopis beliau.
Pn. Shima


hat ni order dari one of lab demo kat UIA ni


yg ni order dari Miss Marina tu..
nak strawberry semua.
harga untuk mini pavlova ni RM30 bgi pieces.



Mar 9, 2012

Strawberry Yogurt Cheesecake (with recipe and behind the story)



salam guys..
selamat hari jumaat...
huhuuh...
penat la kan?!!
asal jumaat je aku lab penuh dari pagi smpai ke petang...
sila layan gambo cheesecake itu puas - puas...
cheesecake yang sempat dirasa cuma sepotong...
memang takde rezeki sungguh nak diberi pada kawan - kawan...
apepun,kenalah redha...




kenapa aku cakap kena kate redha?!
sebab basilah punya citer..
ade dua kemungkinan..
samada telah dipegang oleh aqil dlm peti sesudah potong pada hari sebelumnya atau letrik kat rumah aku mati and that caused to watery cake...
ade lagi satu kemungkinan....
buah strawberry tu mengeluarkan air due to heat..
heat celah mana pun aku tak pasan...

so,not further due..
meh aku sharing meh resepi yang mudah,cantik menarik kau memang tembam ni...
include for beginner pun memang kacang dhal punya senang!
seriously!
sebab cume anda perlukan blender!!


Bahan - bahan:
2 cawan almond (replece la dgn biskut marie or any types of biscuit yg korang suke)
#ketinggian base ni ikut korang.nak seinic,nak 2 inci.
Marjerin atau mentega secukupnya

*hancurkan biskut dan gaul dgn marjerin.ade butter,korang boleh guna butter.
*mampatkan pada dasar loyang 6 inci.klu guna 8 inci,cake ni takdelah naik tinggi.
*sejukkan selama 20min atau lebih


Bahan - bahan:
500gram creamcheese (aku guna brand tartura)
1 1/2 cawan icing sugar. 
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
150ml strawberry yogurt
 (anggaran 1 cawan la klu payah sangat.takpun beli je yogurt dah siap secawan tu)
*nak pakai yogurt bese pun boleh.
Fresh Strawberry

*blend sume bahan tanpa ragu - ragu kecuali strawberry la..
*masa nak tuang dalam loyang yang ade base biscuit tu,korang boleh la selang selikan dgn slice fresh  strawberry tadi.macam gambar kat bawah ni.
(possibility untuk crack tu mudah!)


or
korang boleh blend terus sekali.
bakar pada suhu 175 degree celcius selama 45 - 60 min dengan kaedah bath main.
lepas sejuk dari oven,korang kenalah sejukkan lagi selama 6 jam atau 8 jam kat peti..
(nak kukus pun boleh.tapi takyah guna bath maine.kukus saja gitu)


Semoga Berjaya!!








Oct 17, 2011

Sinful Cheese Cake..

totally with manual setting...
yes,memang puas hati bila daapt capture gambar yang  cantik ini.
btw,for the rest otai such as kak Eli,Kak Gieyana and Suziey..
mind if comment ape yang patut dan tak patut?!
I am learning...

owh..
the rest of picture taken?!



Bonn Apetite Guys!!

Para Sarip and Saripah Janjang