GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Showing posts with label Ayam Masak Merah. Show all posts
Showing posts with label Ayam Masak Merah. Show all posts

Dec 21, 2023

NASI KENDURI MERDEKA KE 66,2023.

Tajuk tak boleh blah.
Pukul 1 siap semua lauk kenduri ni.
Daging Masak Hitam (Daging Korban Raya Haji)
Ayam Masak Merah
Kuah Dhal
Nasi Minyak Bajet
Semua bahan dari dapur.
Takde belanja macam - macam sangat.
Acar tak buat. Modal tak cukup.
Ni la sarapan,makan tengahari dan makan malam hari ni.
Semua by request Babah yang dok ratib teringin lauk kenduri.
Tapi dia tak makan la daging tu.
Dia suka 'daging kotak', daging fresh2 ni boleh bertukar biru muka dia.
😆😆

Abang long Aqil Al - Islam and Mek Ara Mekra Ra yang tolong kopek bawang and masak malam tadi.
Bergilir kopek bawang, tolong cuci bekas dan periuk,tolong tumis and perasakan lauk.
Ibu dah ada sakit, bagi anak bujang buatlah.
Oklah korang.
Ni la aktiviti kemerdekaan kami.
Dok rumah je.
Esok kami keje.
Orang takde modal and 'periuk kecik' macam keluarga kami ni,memang kena belajar masak dan buat sendiri.
Pelbagaikan semua lauk yang ada.
Giteww..
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 66 BUAT SELURUH RAKYAT MALAYSIA
- MALAYSIA MADANI : TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN

 

Oct 25, 2013

Resepi Ayam Masak Merah

Salam Guys
alahai..
jangan la jemu baca blog saya ye minggu ni
memang penuh dengan entry memasak since lepas budak2 tu dah sihat: 
yang sorang kena chicken pox smpai sebulan, yang sorang lagi lama tak demam lepas tu demam siap kena asthma attack lagi.
jadinya, selepas orang umah request nak makan nasi minyak.
.maka kami pun pulun la memasak.
macam balas dendam je.
ehehhee, memang pun.lama sangat tak asah skill memasak ni.
kali ni nak share resepi yang bagi kami simple la sebab barang - barang yang kena guna tu memang selalu ada dan wajib ade dalam dapur kami yang sekangkang itik tu.



Resepi Ayam Masak Merah


Bahan - bahan:
7 - 8 ketul ayam (lebih kurang 500gram - 700gram)
*kami guna peha semuanya since budak2 suke makan peha
15 - 20 batang cili kering *rendam dengan air panas; kisar
8 ulas bawang putih *kisar
1 biji bawang besar *kisar
1 inci halia *kisar
1/2 inci lengkuas * kisar
 2 sudu besar paste tomato
Sedikit buah pelaga
1 cawan susu



Cara - cara:
Panaskan minyak. Tumis buah pelaga sebentar.
Kemudian tumiskan kesemua bahan kisar hingga naik bau
Masukkan ayam, tambah sedikit air.
Renehkan sebentar sehingga ayam masak.
Selepas itu masukkan tomato paste dan susu segar.
Biarkan mendidih sehingga masak
Serasikan garam dan gula.                                                                                                                          


Boleh tambahkan dengan cili besar dan tomato.
Selamat mencuba!

Para Sarip and Saripah Janjang