GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Showing posts with label Diari Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Diari Ramadhan. Show all posts

Jul 4, 2014

Keberkatan Bersahur : RASUllah SAW bersabda : Sesungguhnya yang mebezakan puasa kita dengan puasa ahli kitab adalah MAKAN SAHUR.


Salam Guys..
Salam jumaat
semoga dieprmudahkan ramadhan kali ini buat kalian
sama - sama berkongsi kebaikan dan kelebihan bersahur
buat masa ini, alhamdulillah masih berupaya masak sahur.
dan aku ambil peluang ini untuk sama - sama meluangkan masa untuk bermesra dan mengharmonikan hubungan dengan pasangan sebab anak - anak kecik lagi.
ehehe..time kami sedap sahur,deme sedap tido.
boleh la dating2 candle light dinner kengkonon time sahur dengan orang umah
ehehehe
alhamdulillah..
ini jugak rezeki ramadhan buat aku
kalian pula bagaimana?!
jangan lupa makan sahur ya.











Aug 19, 2012

Khas Buat Kalian: Minal Aidil Wal Faiizin

Salam guys...
Khas buat kalian..
Maaf Zahir Batin
kalau ada salah silap,terkasar bahasa sepanjang kalian berkawan atau berkenalan dengan aku..
Mintak diampunkan..
tahun ni beraya kat pahang dulu before balik meru.

alhamdulillah..
rezeki anak - anak murah tahun ni even dalam serba sederhananya..
syukur sekali lagi...

so far kelengkapan anak - anak:
baju melayu aqil dapat 2 pasang sebab menempah awal sebelum puasa kerna ade rezeki lebih dari Allah untuk buat baju dia.sama jugak dengan ara.siap sekali dengan 2 jenis gown.
kasut?!Aqil recycle tahun sudah sebab pakainya cuma sekali.nak beli baru memang tak relevant sbb boleh jatuh membazir.
kasut ara?!belikan yang baru sepasang.guna jugak diskaun kad 5 bulan lepas sbb aku ade beli kasut dari kedai yang sama.cap yebeng je pung.janji tahan lama.
baju basah tuk budak2 dapat la 4 pasang sorang.jadilah..
tapi paling seronok buat aku la sebab berjaya dapat tudung panjang size xxl.tak sampai 80 hinggit pun.(3 helai ye.bukan sehelai je)
janji dapat buat keje,dpt buat solat.
dari tudung mahey meling2 tpi klu kena smack down dgn budak2 ni abis rentap lerai.bakpe.
mahey pun satu hal.
klu ade duit pun memang aku tak beli sebab keje aku pun takdelah nak melawa mana.janji kemas sudah...
owh,buat yg suke,dah rezeki masing2 and selera masing2.kita sama tpai tak serupa...
hohoohh..

*tak reveal lagi la kelengkapan raya diaorg.tkut kang takmo bukak plak bila dah pakai.
*dak ara even rambut serabut2 pun pasan nak melawa.simpan dulu gown2 dia.ahahaa...
*kadang - kadang selalu dihambat raya bersalah dengan adik2 yg lain bila aku dapat baju baru or dapat pemberian dari Orang Tua.
 tapi itulah mak aku cakap: rezeki bila dah beruamhtangga itukan lain.hargainya selama mana hidup dengan suami sekalipun pemberiannya cuma biasa pada orang lain tapi besar pahalanya/nilainya dari Allah kerna yang memberi suami.dari orang lain?!ye tak?!!

harta paling berharga dari hidup aku....
sayang korang 2 orang ye.
semoga selalu sihat dan cergas selalu wahai sesumpah kecik dan budak tong gas.
ekekekkkeeke!!






Aug 15, 2012

Maut kerana meja usang



Salam guys..

Almarhum adalah sepupu kepada Orang Tua...
Sangat sedih bila ini terjadi.
Semoga Allah memberi balasan setimpal kepada orang - orang yang menyebabkan kematian Almarhum.
Al Fatihah..

*orang tua hampir - hampir  takut semasa memindahkan jenazah dari van jenazah hospital kerana seolah - olah ada darah mengalir dari kepala Almarhum.tapi rupa - rupanya darah yang mengalir kesan post mortem.
(sebab dia jenis takut darah.tapi bukan takut jenazah sebab masa Mak Mertua aku meninggal dia yang antara mereka yang letak jenazah dalam liang lahad.)

*kasihan anak Almarhum yang masih kecil2 lagi.
*kerana sebuah meja buruk,manusia jadi pembunuh.
*Bukan seorang tapi lebih dari 12 orang.Di bulan ramadhan pula tu.
*Memang tak selamat dunia dan akhirat mereka - meraka semua itu.

 


Maut kerana meja usang

Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Siti Norhidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my

     
TRAGIS...jenazah Azhari (gambar kecil) dibawa keluar dari Bilik Mayat Hospital Serdang.
TRAGIS...jenazah Azhari (gambar kecil) dibawa keluar dari Bilik Mayat Hospital Serdang.
SERDANG: Hanya kerana meja usang, seorang peniaga minuman mati dibelasah sekumpulan lelaki dalam kejadian di sebuah tapak perniagaan di Seri Kembangan, di sini, awal pagi semalam.
Difahamkan, kejadian berlaku selepas mangsa, Azhari Sidek, 44, mengambil sebuah meja usang ditinggalkan di kaki lima tempat kejadian sebelum diletakkan berhampiran gerai miliknya.

Bagaimanapun, tindakan mangsa itu tidak disenangi seorang lelaki yang mendakwa meja berkenaan miliknya hingga berlaku pergaduhan kira-kira jam 2 pagi.

Lelaki terbabit dikatakan menjalankan perniagaan di kawasan sama.

Adik angkat mangsa yang enggan dikenali ketika ditemui Harian Metro di pekarangan Bilik Mayat Hospital Serdang, di sini, berkata akibat rasa tidak puas hati itu, lelaki terbabit memanggil beberapa rakannya untuk membelasah abangnya.

“Abang saya dibelasah lebih 12 lelaki. Ketika itu, ramai peniaga dan pengunjung menyaksikan kejadian itu namun tiada sesiapa yang berani membantu.


“Melihat keadaan abang yang sudah longlai dan tidak sedarkan diri, semua mereka melarikan diri. Orang ramai kemudian menghubungi ambulans sebelum abang dihantar ke Hospital Serdang,” katanya.

Bagaimanapun, abangnya meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Adik mangsa, Hamizi Sidek, 40, berkata dia menerima panggilan daripada pihak hospital memaklumkan abangnya sudah meninggal dunia dan memintanya datang ke hospital.

“Saya tidak tahu apa berlaku tetapi mengikut laporan polis abang saya dipukul sekumpulan lelaki. Abang saya sudah menjalankan perniagaan di tapak perniagaan itu sejak lima tahun lalu.

“Hasil bedah siasat, abang saya dimaklum meninggal kerana serangan jantung akibat dipukul dengan teruk. Saya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan dan menahan mereka yang bertanggungjawab,” katanya.

Bekas isteri mangsa dan tiga anak lelakinya masing-masing berusia 15 tahun dan kembar mereka berusia 12 tahun kelihatan tiba di bilik mayat hospital itu kira-kira jam 5 petang selepas dimaklumkan kematian mangsa.

Tiga anak lelaki arwah hanya mampu menitiskan air mata sebaik menatap wajah bapa mereka buat kali terakhir sebelum dikafankan dan dibawa menaiki van jenazah.

Difahamkan, jenazah akan dibawa pulang ke kampung halaman di Mengkarak, dekat Temerloh, Pahang dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam kampung berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan malah pihaknya sedang berusaha mengesan suspek.
Artikel ini disiarkan pada : 15/08/2012

Aug 7, 2012

Baby On Board..

notification: mana ade.kecelaruan hormon je...
mixed feeling: positive mean = kena usaha lebih
                    : negative mean = time untuk workout dan slim down..

*belum rezekinya Allah nak bagi....

Aug 5, 2012

Tinggal Harapan Jerlah...

sesia beli buku
sesia tanya
sesia la ade niat dan excited..
last - last orang tua kate nanti penat,bla,bla...

dah kate gitukan?
nak buat lagu mana...
jangan tahun - tahun mendatang dok kate aku ni tak tingin nak itu ini time nak raya,sudah....

*mood tak thu nak kate sedih ke tak sbb dah bese sangat la...
*boleh la rehat...
*ekeekkee.....
*jangan risau..saya tak marah la...

ini update sbb dah kate aritu jadi ke tak aku bagithu jugak...
huhuuhuh...


Aug 3, 2012

Project Menggentel (Biskut raya la!!)

ade biskut pelangi kristal...


cornflakes madu...


sarang semut dgn coklat badam kot?!!


semenya gara - gara buku ni...

salam guys...
salam jumaat
semoga jumaat kalian di bulan ramadan ini diberkati Allah..
Al Fatihah untuk Akak cleaner yang bekerja di KAED,yg meninggal pagi tadi dilanggar bas..
Innalillahirojiun...

berbalik cerita di atas...
gara - gara buku inilah..
bakal upacara hasut menghasut orang tua turun padang buat kuih raya sama - sama..
kalau jadilah hasutan tu.
klu tak jadi pun,hasut jugak kuarkan ongkos..
hohoohh...

tak dapat banyak pun,tahun ni aku mahu cuba sekali lagi..
insyaa Allah..
jadi tak jadi aku bagithu la kat korang....




Aug 1, 2012

Hibernasi Ramadhan

salam guys..
since this years a bit slow and a lots of thing happen since the beginning of the year...
so far,ramadhan aku adelah ramadhan yang paling sederhana dan bese saje..

so..
don't expect to hear or to read citer - citer best or citer2 makan best sempena ramadhan ni
mmg dalam komposisi hibernasi..
maybe more to muhasabah diri....
but in fb aku mungkin wujud sesekali
cuma nak berblog dalam ramadhan tahun ni tak banyak cerita best atau duka...
memang selalu berdoa agak keadaan baik - baik sahaja...

citer memasak pun takde sebab nak kate mood takde,memang juga..
nak kate semangat takde..
pun lebih kurang juga adenya...

citer anak - anak?!
masing - masing berlawan batuk dan selsema..
alhamdulillah takde yang terkena asthma..
syukur sangat - sangat...
*silalah makan vitamin shaklee!(siap promot lagi!!)

myself?!
ade ari -arinya demam on off
dengan sakit - sakit kepalanya...

apepun,semoga ramadhan kali ni lebih membawa erti dan pahala buat kalian sekalian.
cumanya nak menegur dengan cara tak kena tempat radio - radio swasta yang dok putar lagu raya masa belum masuk 1/2 ramadhan ni.
entah ape - ape...
itu belum lagi dengan bual bicara yang sangat - sangat merosakkan akidah dan minda yang sihat.
sampai isi dalam kelambu dan kisah tempat tidur pun mahu dijaja..
kasihan aku pada mereka sebab kerna mahu memenuhi tuntutan sesuap nasi..
hilang sudah tanggungjawab moral dan jugak tanggungjawab dalam agama...
pilihan terbaik,dengar radio IKIM atau tak payah dengar radio lansung.
mcm aku ni..
mana la ade masa..

nak menegur jugak pada sesiap yang suke membanding perincian seseorang
hodoh atau cantik seseorang tu..
masih lagi ciptaan Allah..
korang berupaya kena nak mencipta yang sedemikian..
kalau mengeji,bermakna korang mengeji ciptaan Allah..
hukumnya?!pikir2lah sendiri..
dia nak cucuk botox ker..plastic surgery ker..
Allah jugak yang menggerakkan hatinya..
kerana kita ni milik Allah...

akhir sekali..
gembira buat rakan - rakan yang dimurahkan rezeki di bulan ramadhan ni...
rezeki anak - anak lebih tepat sebenarnya..
pesanan juga..
sikit sama rasa,banyak sama kenduri..

sekian...









Jul 26, 2012

Indah Khabar dari Rupa..

salam 6 ramadhan..
alhamdulillah,masih berjaya bangun sahur dengan jayanya..
orang tu plak datang perangai malasnya...
poyo jer..
 roti kat atas?!
lebih indah rupa dari isi di dalam..
tak jadilah weih..
temel kate orang jawe...
macam roti canai keras kematu.lepas tu mentah kat dalam..
reason?!
jenis tak penyabo,air susu belum turun suhu 50 degreee celcius,aku bantai panas2 buat bancuh doh.
udahnya doh aku panas!
tak naiklah yis dia.
padan muka!!


*alhamdulillah dapat bonus..lapang sikit kepala nak cari belanja buat raya.

Tabung Iftar Ramadhan Rohingya


Hari ini berlaku satu kejutan kerana posting yang saya letakkan pada Subuh pagi tadi berkenaan dengan penindasan dan pembunuhan yang berlaku terhadap umat Islam di Myammar telah mendapat respon yang luar biasa. Setakat ini telah menerima lebih 5,000 LIKE, lebih 2,000 COMMENTS dan lebih 16,000 SHARE hingga menjangkau lebih 100,000+ pembaca FB dalam 1 hari. Amat luarbiasa. Ada beberapa perkara yang berlaku:

1) Ada yang mesej saya dan memaklumkan bahawa gambar itu ialah gambar mangsa taufan di Myammar. Pelik apabila mangsa taufan diikat tangannya. Tapi tidak mengapalah, saya sudah edit dan letakkan MAKLUMAN baru sebagai RALAT.

2) Saya gembira sebab rupanya masih ramai lagi Umat Islam yang amat sensitif dan prihatin serta sayang agama. Kalau gambar itu satu ralat, berita penindasan umat Islam di Myammar adalah perkara BENAR. Oleh itu, mari terus berdoa dan sedekahkan al-fatihah. Satukan doa kita agar menjadi kekuatan bagi saudara kita di sana.

3) Pihak Global Peace Malaysia telah meminta saya letakkan poster Tabung Iftar Ramadan Rohingya, Myammar, yang bertujuan mengutip derma bagi membantu Umat Islam di sana. Saya sahut permintaan Global Peace Malaysia dengan hati yang terbuka. Oleh itu, jom kita sama-sama derma untuk Umat Islam Myammar ini.

4) Saya TIADA kena mengena dengan Global Peace Malaysia. Pihaknya INBOX saya dan minta tolong. Maka saya tolong panjangkan di wall atas dasar misi kemanusiaan dan membantu saudara seIslam. Harap Maklum.

Sekian.

Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad



*sama - sama kita bantu.
*luluh hati aku bila lihat anak -anak kecil dan bayi dibunuh oleh extremist burma.
*semoga doa kita demi saudara - saudara seislam kita disana dimakbulkan Allah...


Jul 25, 2012

OH MY ENGLISH: TUKAR OMG KE OME!

citer yg tiap2 malam budak2 2 orang tu tengok.
ala tengok pun sbb lagunya best kot?!
time belajonya aku la yg nengok sambil berbuka...
banayk betul kesalahan tatabahasa aku selama ni yg aku buat2 abaikan..
lebih kurang mcm refresh course la ngaji english nih...

yang positivenya jugak..
aku suke bila dak Mazli ni
haah..budak ala2 lentok sikit ni bila dia tokojut..
takde lagi la wording OMG...tapi OME.(Oh My Engkau..)
oklah kan?!
english itu bahasa tapi kalau boleh jangan sampai budaya english yg tak kena dengan agama pun kita nak tiru dak?!
replace sudah la..
pakat - pakat lepas ni tukar lah OMG tu OME ker..OBE..OMA ker.OBA ker..
asal jangan adelah word G tu...
beselah..trendfollower ni banyak sangat sampai bawak mudarat pun tak pasan.
TREND LA SANGAT!(tangan dibahu mata ke atas!)



Tabung Ahmad Sufi




Ahmad Sufi 6.4.2012.
Assalamualaikum....Ini adalah gambar Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi...Ahmad Sufi dilahirkan pada 12 mac 2012 dan sejak lahir dia menghadapi masalah paru2 yang kritikal.kos perubatan Ahmad Sufi di Children Westmead Hospital, Sydney adalah tidak kurang dr AUD 3000 (RM9000)SEHARI.UNTUK MAKLUMAN,AHMAD SUFI TELAH BERADA DI RAWAT DI SANA MULAI DR 13 MAC SEHINGGA 26 APR. Dan kini Ahmad Sufi telah ditransferkan semula ke Canberra Hospital sehingga kini.Dan kos di Canberra Hospital pula tidak kurang dari AUD 1500 sehari.Di sini dengan rendah dirinya saya memohon sekiranya ada diantara anda yang sudi memberikan sumbangan kepada Ahmad Sufi bagi menampung kos perbelanjaan rawatan dia di sana.

BSN: 14133-41-00000395-4 :JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI(Ibu Saudara Ahmad Sufi)
MAYBANK: 152107010378 : JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI

Maya Syuhada Binti Suhaimi(Ibu saudara Ahmad Sufi)
CIMB: 14100000462201

Name : Romi Agus Shumadi Romi Suhaimi(ayah Ahmad Sufi)
Bank: St George Bank
Branch: 112 908
Account No: 411178305
sumbangan drpd anda semua saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih...hanya Allah Taala saja yang dapat membalasnya..




terkini: 
Ahmad Sufi 24.7.2012-Check up time!Macam biasa semua ok.Alhamdulillah,cuma kena tambah berat badan.Berat Sufi sekarang 5.445kg.Kena minum Colagen n Poly Joule lepas ni to gain his weight.



Jul 24, 2012

In The Lowest point of Life

yes.I am in the lowest point of my life.and yet I'm struggling to reach out.sometimes,a good friend put me back on track.even in the simple words.even in simple notification.thank you,thank you to who it may concern.yesterday and today.cabaran paling kuat bulan puasa ni bukan nafsu tapi melawan rasa malas untuk mencari pahala dalam beribadat.
honestly,aku tak rasa ape - ape dah semenjak dua ni..
jadi pada aku sekarang,bese - bese..takde yg thrill..takde keseronokan..
takde yg mengujakan..
nak kena cari balik la ignition bagi spark hidup balik dalam diri ni.
kena muhasabah diri balik kehidupan ini untuk apa dan demi siapa.
.................................................................................................





Jul 23, 2012

Takde Entry BUlan pOse

salam guys..
selamat bekerja..
entry makanan or makan - makan dari aku rasanya takde bulan pose ni..
tambahan plak mmg aku tak pergi lagi berbuka2 or ade event buke2...
sekian...


*penat sebenarnya..sakit kepala lagi..

Jul 20, 2012

Nak Mntak Maaf Kat Semua


salam..
buat kawan - kawan semua..
semoga ramadhan kali ini lebih baik dan bermakna buat korang semua.
pada aku secara peribadinya...
ramadhan aku kali ini cabarannya sangat kuat,esp mentally
aku cuba bertahan untuk menghadapinya dgn redha dan sabar
honestly...
perang emosi dan mental adalah lebih kuat hebatnya dari mana - mana perjuangan sebab silap gaya boleh jatuh kufur.
*bila bukan bulan pose,the best remedy beside pray to Allah adalah dgn food.masuk ramadhan ni,nak tuju ape?!
*semoga kekuatan tu ada selalu untuk aku hadapinya...


*mintak maaf banyak - banyak jugak jika ada salah silap sepanjang aku berblogging nih.

Aug 23, 2011

Diari Ramadhan: Day 23: Kakiku Sakit Dan Kuih Raya Pertama


Sakit Kaki:
salam guys..
aku menderita sakit kaki..
huhuhuhh..
lenguh - lenguh tapak kaki ni macam sakit kaki org mengandung..
mengandung?!
huhuuh.mmg spekulasi sungguh.
ni tgh gagah menyapu dan memicit sendiri kaki dengan minyak mestika.
boleh la tahan panas minyak ni...
apepun aku arsa sebab bahana air batu la ni time2 berbuka..
semata - mata nak bagi sejuk tekak,kakiku la yg derita..


kuih raya:
owh yer korang....
aku dah mula buat kuih raya malam tadi.
huhuuh..
kuih la sangat yer..
kuih tu haa..
oreo choc..
buat sambil2 gigih menyorokkan oreo dari pandangan mata setot sebab dia gigih nak makan!
adei..
sikit - sikit:
Ibu nak oyeo!!
nak makan oyeo..
bagilah aqil oyeo!
kejap - kejap aku simpan dalam oven..
kejap - kejap aku letak tepi dapur...
sebab kalau aku letak atas meja..
selamat la..
sekali makan 2 keping.
ate kuihnya sekeping pun tak lepas - lepas lagi..

owh yer...dapat la malam tadi 2 bungkusan...
mlm ni sambung balik kot sebab ade lagi 1 bungkus setengah..
kalau sebungkus tu ade 10 - 12 keping...buat 3 bungkus dapat la sebekas kuih.
jadilah....
nak buat kuih tart,kena balik meru dulu.
sbb semua gigih  nak buat kuih tart mak yg sedap tu!!
huhuuhhh...








Aug 11, 2011

Diari Ramadhan: Day 11;UTI Cure: Penangan 4 Botol Solivite


salam pagi khamis guys..
dah masuk ari ke 11 ramadhan..
alhamdulillah,aku masih bertahan dan masih masak2 dirumah even selalu balik lambat pun...
syukur..
semalam rezeki ramadhanku murah.
dapat senaskah Al Quran dan jugak 2 bungkus kopok lekor ghanu.
huhuhuhuh..
syukur.
terima kasih pada yang memberi.

owh yer,2 - 3 ari ni penyakit UTI aku mcm nak datang balik.
huhuhuuh..ade soalan2 deras berpelurukan pertanyaa:
'ADE ISI MEH?!'
jawapan:
'ade la!Isi perut!'
muleh?!
ekekekkekee!!


kaitan citer di atas?!
ni haa..potcit tak daya kutelan sebab lelama rasa mmg tak sedap.
ku ingat ade yogurt mlm tadi,sekali itu la ade solivite.
ku telan saja smpai 4 botol sebab mmg aku rasa sedap kot?!
ate dah pose,sume rasa sedap belaka.
bau kentut orang bau durian pun kate harum jer!
ahahahaha!

jadi kesannya?!
malam tadi sehingga menjelang subuh....
dan sehingga kini,bersia - sia lagi kemulasan keperutanku ini..
jgn time choir nnti mengada - ngada nak melabur lagi,arap maklum jerlah yer..
huhuhuhhh..
sekian..

tadi dah naip pnjng - pnjng sekali tu hilang!
nyampah aku!



Aug 8, 2011

Diari Ramadhan 2011: Day 08,BUSTED&KERETA LANGGAR NURSERY PAGI TADI..

salam ramadhan ke 8 guys...
alhamdulillah..
aku manage dah dpt 7 days.
nape 7?!
yer lorr...
ari 1st jer bendera jepun tak abis turun!
eii..nyampah!!


terawih?!
finally berjaya jugaklah buat sedikit dirumah..
memula bercita - cita nak buat sesudah pukul 10 lebih.
udah anak - anak aku takmo la plak tido!
huhuuhuh..
kuhenjut sajalah buat lepas isyak.
nasiblah ada yang duduk di atas leher,ade yg mengkuda - kudakan aku.(
ala - ala rodeo cuma takde tali yang panjang tu la!!)
siap boleh pasang komputer pastu bukak youtube cite bakkom,dan siap mengkekek gelak sampai aku hampir - hampir mengkekek gelak jugak.

adei..ni sehebat citer nett ade budak siap berenang - renang kuak lentang dengan kuak dada kuang depan sejadah dia time terawih kat surau tmpt tinggal dia.
belum lagi ada yang ajak main peek a boo time aku tengah bagi salam and sujud..
belum lagi ditambah tarik - tarik kain dan jugak masuk dalam kain tarik - tarik sepender aku time rukuk.
adeii!
macam - macam dugaan sungguh tapi aku berjaya juga!
alhamdulillah.
diterima ke tak,terpulang sebab memang tahun ni aku dah niat nak buat terawih sendiri kat rumah sebab nak ke masjid yg tak sampai sebatu dari rumah aku tu,ade 2 org sojar yang boleh bikin huru hara dalam masjid nnti.
tu belum korang tak tahu yg GI Joe duk ramas - ramas kopek time aku rukuk,pastu GI Jane plak gi menyelinap dalam baju and hisap susu time aku tgh rukuk.
5 minit aku rukuk kat situ jugak!
adeii..
tahan jelah lutut nih.(eleh ko yu,time 23cm..jgnkan rukuk,mcm2 pun boleh!)

Aug 5, 2011

Diari Ramadhan 2011: Day 05,PARAMLESS,BREASTFEEDING DAN CATATAN MISI MUSTAHIL


Salam Guys..
Happay 5th ramadhan di pagi jumaat yang hening ini.
refer to the above matter (aceh,dah rupa gaya nulih surat resmi la pulok!)

A.Paramless:(kurang pergi ke PAsar Ramadhan) : 
motipnya adalah sebab 1st day of ramadhan daku menang dalam ari - ari terakhir bendera jepun turun tiang.so,perginya cuma ari 1st la sebabnya nak beli kudap - kudap untuk berbuka...
then pagi hari kedua untuk bersahur itu memang daku memasak.masak sup kentang dengan keju dan jugak sedikit ayam.makan dengan roti.heavennya!
sehinggalah tarikh entry ini ditulis,aku memasak saje dirumah untuk berbuka dan makan sahur sekali.
ade beli kuih dan air sebab Orang Tua yang batak nak bukak pose dengan air yang sedap - sedap.
Ditambah pulak Setot memang hantu air sedap,makanya haruslah beli 2 bungkus.
Daku berbuka?!minum air pastu makan kurma.kemudian solat,pastu mula memasak.


kesan dan akibat: 
kentut dan sendawa sepanjang ari sebab kentang tu la...kuar angin merata - rata.
bila ade turn beli air yg tak ikut selera kembang dan tekak setot,maka haruslah disimpan di dalam peti.
malam tadi masak sup ayam,bertambah sampai 5 mangkuk nasi Setot tu.(ni diperakui sendiri oleh Orang Tua sebabnya aku dah tumbang pukul 10 lebih dengan Dak Ara di dalam kamar beradu)



B.Breastfeeding
- Since Dak Ara dah mula makan,memang aku takde pam pam buat stok susu.nak - nak plak dia memang tunggu aku dah balik baru nak kopek.Memang beliau sanggup menunggu kepulangan aku semata - mata nak dapat kopek yang fresh,dia rela minum air masak dan jugak air - air lain yang boleh diterima oleh perut.

- While aku makan kurma sejak berpuasa,kadar kelikatan susuku itu sangatlah pekat dan manis.ade masanya sehingga satu tahap Dak Ara sanggup menghirup susu yang meleleh setelah dicabut dari plugnya.huhuuhuhu...sampai macam tu sekali aku cakap dalam hati..

- so,makanlah kurma untuk susu anda!anak puas hati,ibu gumbira hati.hihihiihih!



C.Catatan Misi Mustahil: Berat Sebelum hari pertama puasa aderlah 88kg.sekarang?!tidak ketahuan kerna tak ditimbang2 lagi...





D.ni tak termasuk dalam tajuk sebab nak beri penerangan gambar di atas.
- Dak Ara la tu.ape pesen ntah suke ati.


E.Seterusnya gambar di bawah:Besar tak Banana saya,wahai acik - acik semua?!!




*merci pour le lire!(thank you for reading)

Aug 1, 2011

Diari Ramadhan 2011: Day 01,Sekian Kalinya Buat Kalian,SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN


Salam guys..
Selamat Menyambut Ramadhan...
Aku hanya mahu mintak diampunkan salah dan silapku pada kalian.
kalian - kalian semua aku maafkan...
Misi ramadhan?!
hanya mahu menghabiskan bacaan Al Quran sahaja dan juga mahu menyusukan dak Ara dengan sehabis baiknya juga untuk tahun kedua kelahirannya..
Insyaa Allah...
selebihnya?!
tidak ada kerna kumahu isi ramadhanku kali ini dengan ketenangan dan kedamaian sahaja.
keseronokan itu kutunggu bila tiba syawal nanti.



  • *engine sunyi sepi....

Sep 18, 2010

Kisah Tak Bape Tragis Sebelum Hari Raya 2010.

salam guys...
sume  berlumba - lumba dah publish citer raya.
so,daku pun nak publishlah jugak.
n3 ni ala2 suam2 campur nak basi sebab org lain dah abis citer or dah separuh jalan,aku baru nak buat n3.
ahuahuahuhaa.
mintak maaflah..
skunk ni takleh lagi dah nak radikal bile blogging..
takleh lagi dah nak main sentimen..
takleh lagi dah nak selamba kodok sesuka kepala otak aku nak buat n3 ikut suke ati pecah aku nih.
kena neutral - neutral.
sopan santun.
takper arr..aku simpan yg tersirat sume dlm kepala otak aku jer.
duduk situ diam - diam sampai lebam.

mana tadi benti?
owh yer,pasal citer raya.
kitaorg tahun ni beraya kat Kg Duta,Temerloh..
Kg DUrian TAwar,temerloh,Pahang.
raya kat kg org tua.
kenapa aku ckp sadis?
sebabnya...malam rabu tu dlm pukul 11 lebih,boleh gi amik baju raya yg dah siap tempah kat SIL aku kat kepong..
pastu direct balik ker temerloh...
tu dah sadis pertama...

sadis yg kedua..
org tua ingat aritu,maksud aku, malam tu adelah tol free..
sekali masa lalu tol gombak tu..
kena bayo..
motip?
ni kes terlupa tarikh atau beranggapan cerita dah berlalu masih berlansung.
aku?
mana aku tahu sebab aku tak baca paper metro!
errk..ape kaitan?
sebab kaitan aderlah org tua baca citer pasal tol free tu kat paper metro.
metro zaman bila pun aku tak pasti!

tu baru sadis kedua..
sadis ketiga memang sadis...
sepanjang highway tu sampai ke petronas karak..
bolehlah plak jalan jammed.
sesambil mengaru kepala yg tak botak nih...
tertanya - tanya jugak kenapa org balik ari rabu tu..
padan muka kami sebab dekat pukul 3 baru lepas jammed tu!

bertambah sadis plak bila dah terlepas dari jammed tu..
org tua bolehlah plak mengantuk..
dah sampai kat mana ntah (lalu jln kg sebelum nak ke mentakab)
pakat - pakat ler kitaorg tido dlm keta sampai pukul 4 lebih..
sekali tu bgn ingatkan bolehlah terjumpa 711 yg terdekat..

dekat mmg dekat tpi boleh terlepas sebab org tua memecut dgn jayanya!
amik kau!
sekali lagi padan muka kitaorg sebab dengan huru hara ke mentakab mencari 711..
lagi 30 minit nak imsak...
berjaya jugak kitaorg sahur dgn maggi in cup dan jugak milo kat 711.
budak2 dlm keta dari mula jalan sampai ke kg org tua..
asyik membute jer!

aku?
sangap giler!
lagi tak ingat bila ingatkan siang tu bolehlah tido..
bebudak ni kerjakan aku dgn secukupnya..
amik kau!
kepala aku panas jer sebab pose dan tak cukup tido!

citer pasal raya?
jap lagi buat draf!
skunk layan baju raya budak - budak nih  dulu.

baju cinonet tu baju sesumpah kecik punya..
ahhaha..
budak 4 bulan pakai baju kurung!
yg sebelah tu baju melayu setot!
korang ade ingat tak yg aku ade bgthu yg dia jadi kurus sebab makan dan muntah saje?
mmg baju tu jadi terjungkit n also suar dia longgar.
turun 3 kilo anak bujang aku tu.
tpi still bak tong gas jugak seperti kata org tua!

Para Sarip and Saripah Janjang