Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Showing posts with label Saturday Baking Project. Show all posts
Showing posts with label Saturday Baking Project. Show all posts

Feb 22, 2016

Resepi : Upside Down Caramel Banana Chocolate Cake

salam alaik guys...
selamat bersiaran hari ini ..
hari isnin..
hari kelahiran dan kegemaran Rasullah saw.

meh mari dekat nak share resepi Upside Down Caramel Banana Chocolate Cake
kek ni kecik je..
sama size dengan cake moist RM10 yang bese korang beli tu...
size loaf tin cake je..
tanpa membuang masa lagi...



Bahan - Bahan Untuk Caramel:

1 cawan gula pasir
3/4 cawan air
2 sudu besar marjerin / mentega (kalau nak buat salted caramel, guna 4 ke 6 sudu besar)
Double cream/ heavy cream/ susu sejat/ susu segar (anggaran 1/2 cawan atau ke 1 cawan)

Cara - cara Buat Caramel:

Dalam periuk kecik, masukkan gula dan air.
Nyalakan api sederhana
Biarkan gula masak sehingga berbuih kecil, kacau sekali sekala untuk menggelakkan gula dari hangus
Tinggikan nyalaan api kepada med high, masak lagi sehingga gula bertukar warna 'amber'
Ketepikan periuk dari dapur, masukkan marjerin/metega seketul demi seketul sehingga cair
Akhir sekali masukkan double cream/ heavy cream/ susu sejat/ susu segar
Biarkan sejuk sehingga ianya pekat sendiri.

atau anda boleh gunakan store bought caramel.


Bahan - bahan untuk  Adunan Kek Coklat:

3 biji  telur

1/2 cawan mentega cair atau 1/2 cawan minyak jagung 

1/2 cawan serbuk koko

1 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil baking soda

1 sudu kecil essen vanilla

2 biji pisang sederhana besar *potong membulat



Cara - cara Untuk Membuat Cake:

Panaskan oven 180 degree cel.

Ayak tepung dengan baking powder dan baking soda dan serbuk koko. ketepikan

Pukul telur dengan gula dengan telur sehingga kembang

masukkan mentega cair / minyak jagung

masukkan bahan kering, essen vanilla dan balik kaup adunan sehingga sebati. jangan terlebih kaup. Nanti kek bentat.


Griskan loyang atau tin loaf anda, susun pisang yang telah dipotong di dasar tin / loyang

Tuangkan caramel yang telah anda buat sebelum ini ke atas pisang tersebut

kemudian, tuangkan kesemua adunan kek tadi tadi sehingga habis

Bakar selama 40 ke 50 minit atau sehingga cake masak.

Siap.

Selamat mencuba...













Feb 15, 2016

Resepi Bingka Labu Bakar

Salam alaik
Lama tak update blog dengan resepi
hari ini ada masa sikit waktu pagi - pagi ni sebelum bermula kerja.
kami cuba buat bingka labu
lebih kepada nak mencuba skill membuat kuih - muih sebenarnya sebab baru beberapa tahun ini peralatan dan  perkakas hampir lengkap.
ala.. cakap jelah tak reti buat, kan senang.
hihihiih...


Makanya terbuatlah Bingka Labu Bakar ni

Nama resepi asal:
BINGKA LABU LEMAK MANIS
sumber : Yatie & Jun & K.Nor
By:HaSue

kredit tuk kesemua blogger - blogger di atas.
sebab terus menjadi resepi ni..
and kami tak derhaka resepi.
ikut betul - betul dan bulat - bulat resepi yang diberikan.
Mohon kongsikan di sini ya.


2 biji telur
2 cwn santan (kami guna santan kotak kara 200ml, selebihnya tambah air biasa je)
1/2 cwn susu cair
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula pasir halus
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter/minyak sapi - kami guna butter
2 cwn labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih *ni takde letak

CARA-CARA
Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
Tapis adunan tadi,  Tuangkan dalam mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.



selamat dah bagi dak ara bawak sekolah tuk makan dengan ticernya
and bagi orang umah bawak ke opis sebab org umah memang suka labu...



#hmm..ade lagi separuh labu. try buat pumpkin pie pun ok jugakkan?!



Jan 14, 2016

The Baking Project / Saturday Baking Project :Torte and Upside Down Caramel Banana Chocolate Loaf




saalm alaik
mari dah datang balik dah kemaruk baking project ni
lam dah tak betul - betul melayan baking - baking
small and medium baking oklah kot pada aku lately
kalau nak major - major..
amik masa lama jugak since dekat setahun lebih tak asah skill


belah kiri tu torte
ingatkan nak buat moist chocolate cake tapi end up jadi torte.
oklah dari jadi rezeki cik tong sampah kan..

belah kanan tu malam tadi kepingin nak makan
buat beria..
makannya sepotong je...
kebetulan caramel sauce tu banyak lagi..
ape lagi..
pulun la buat upsidedown caramel banana chocolate loaf ni
senang je..bakar senang naik elok sbb guna tin loaf.


Aug 10, 2015

Brownies Coklat Kedut - Kedut Retak Manja (Macam mintak sepak ja)


salam guys
minggu beraya still on
blog ni dah mcm takde fungsi sangat je rasanya sekarang
hahahaha
minggu lepas as usual as blogger yg femes ke tak..kisah orang curik gambar kita and buat pages ke.. share dalam blog pastu claim dia punya
cit..tak senonoh
aku yg tak femes ni pun kena jugak
chit..

oh ye..
semalam pnuh event dari pagi
openhouse cikgu kelas dak aqil
pastu amik penyata tawas kat sri siantan
pastu gi umah kawan adik aku

penuh saje event tpi sempat plak lepas sampai umah, adik kesayangan tu request nk belajo and buat brownies kedut2 manja retak ni
ape lagi..
layan..........

so korang..
selamat hari raya.
minggu ni mesti weekend penuh lagi
wauwi


Jun 15, 2015

Resepi Brownies Kukus

Salam Guys
lama tak bersiaran resepi dari dapur kecik kangkang kongkangku ini
just nak share resepi brownies diyakini enak dan sedap dan berkkhasiat
hat ni guna gula perang. nak guna jaggery macam ada sorang akak blogger nama siti sifir 10, pun ok jugak
tepung nak elok, sedap enak.. sihat.. boleh guna unbleach flour
meh sini meh kami share resepi



Brownies Kukus

 Bahan - bahan:
3/4 cawan - 1 cawan tepung gandum (ayak)
1/2 sudu teh soda bikarbonat (ayak)
1/2 sudu baking powder (ayak)
100 gram coklat masakan
100 gram coklat chip
5 biji telur
1/3 cawan serbuk koko
 1/3 cawan mentega 
1/2 cawan - 3/4 cawan gula perang
homemade buttermilk




Cara - Cara:

Double boiled coklat masakan dan mentega  sehingga cair.
Ketepikan dan biarkan sedikit suam atau sejuk
Panaskan pengukus anda
Ayak tepung + soda bikarbonat + serbuk koko dan baking powder. ketepikan
Dalam mangkuk pengadun, pukul telur  dengan gula perang sehingga kembang.
Masukkan adunan coklat masakan, adunan tepung dan buttermilk secara berselang seli.
Gaul sebati ( lagi bagus guna senduk kayu)
Tuang dalam loyang bersaiz 6 atau 7 inci.
Kukus selama 30 - 35 atau sehingga bila dicucuk bahagian tengah masak.

selamat mencuba


May 21, 2015

Saturday Baking Project : Some Tested Recipe From My Kitchen ( Tenggiri Kari Tanpa Santan , Sambal Sotong , Steam Chocolate Brownies , Mexican Chilli and BBQ Chicken Sandwich Ala Triple D)


Salam Guys...
The blog always about food and recipe tested.
Lately jarang - jarang update since Aqil dah masuk standard 1, memang full attention to him.
since dia pun minor dyslexia..
lagilah..kena banyak membaca, banyak buat research..
cari dan gali sebanyak ilmu supaya dia sendiri dapat paham apa yang dia belajar mencari arah keperluan setiap ilmu yang dia belajar di sekolah juga.
Alhamdulillah, so far dia sendiri dah mula belajar bertanya dan menyoal.
belum lagi siap demonstrate untuk bagi kami paham yang tahap pemahaman dia tu di aras mana.
oh ye..
mesti korang tak pahamkan dengan omelan kami tu
layankan je.






Tenggiri Kari Tanpa Santan
 I am not a big fan of curry and not also big fan of ikan tenggiri
in some point rasa macam tasteless ikan ni.
pada kami, the taste similar to ikan jacket / tongkol
recipe soon be update.
for sure in another update.
Insyaa Allah
(I teach how to get imitation of santan when do this types of curry)





Sambal Sotong
 Tentulah korang tertanya - tanya..
Ala.. setakat sambal sotong je..
eheheh..
yup.. I do hate made sambal. I mean the good sambal.
everyone of course can make sambal but then what I hate most when my orang tua / orang umah comparing my sambal with his mother in law Sambal which is my Emak.
demmit!
nay nay nay...



STEAM CHOCOLATE BROWNIES
 brownies?!
boring and boring..
yet kali ni kami buat yang jenis kukus..
ehehhehee.. sound interesting kan?!
boleh la sape - sape yang ade steamer tu buat.
especially yang takde oven..




Mexican Chilli
 cook it, eat it , love it!
gara - gara terpengaruh dengan Triple D kat Foodnetwork









BBQ Chicken Sandwich Ala Triple D
and again..
terpengaruh lagi..




oklah guys.
itulah tatapan arini..
nanti sambugn lagi kalau lapang ye.
bubye...



May 12, 2015

Moist Banana Cake With Caramel Buttercream And Caramelized Banana Topping

 Salam Guys..
lama tak bersiaran bersungguh - sungguh dalam blog ni
biasalah
tuntutan kerja dan anak - anak
so as usual, kami nak share resepi yang kami berjaya buat
renyah tak renyah tapi ending result.
alhamdulillah
1 rumah tak berhenti - henti makan
syukur tak membazir




Untuk Kek Pisang
180grammarjerin (planta)
6 bijitelur
1 3/4 cawangula kastor
2 cawansuperfine flour
1 sudu tehbaking powder
1 sudu tehbaking soda
1/2 cawanbuttermilk
2 cawan (4 biji dilenyek)pisang
1 sudu tehessen vanila
Untuk Caramel
1 cawangula
1/2 cawansusu sejat
6 - 7 sudu besarmentega

Untuk Banana Caramelized Topping
2 biji (potong bulat)pisang
1/2 cawangula perang
1/2 cawansusu sejat
4 sudu besarmentega
Caramel Buttercream
125gmentega
150gshortening
1/2 - 1 cawanicing sugar
1 sudu besarcaramel



Untuk Membuat kek Pisang
Panaskan Oven 180 degree celcius. Putar Marjerin dengan gula sehingga gebu dan pucat
Masukkan telur sebiji demi sebiji. putar dengan kelajuan perlahan.
Masukkan pisang dan essen vanila
Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking soda dan baking powder.
Masukkan berselang - seli dengan buttermilk. Tepung - buttermilk - tepung - buttermilk - tepung. Gaul sebati
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan bakar selama 50 - 60 minit atau sehingga masak.


Untuk Buat Caramel
Panaskan gula dalam periuk non stick sehingga bertukar keperangan dengan api sederhana besar
Ketepikan periuk. Masukkan susu sejat (hati - hati. isi akan membuak - buak dan sedikit meletup)
Kacau dengan senduk kayu dan masukkan mentega sedikit demi sedikit sehingga adunan sedikit licin dan likat. Biarkan sejuk.


Untuk Buat Banana Caramelized Topping
Cairkan gula perang dengan susu sejat dan mentega
Setelah cair, masukkan pisang
Reneh sehingga sedikit pekat dan tuang ke dalam mangkuk. biarkan sejuk.


Untuk Buat Caramel Buttercream
Pukul mentega dengan shortening sehingga lembut
Masukkan gula icing yang telah diayak sedikit demi sedikit sementara kelajuan pemutar adalah berkelajuan sederhana laju
Masukkan caramel tadi dan gaul sebati.


Untuk Menghias Kek
Potong kek pisang kepada 2 bahagian. jadi anda akan dapat 4 layer kek.ketepikan
Setiap lapisan kek, anda isi dengan sedikit caramel buttercream. Salutkan juga bahagian luar kek.
Dengan menggunakan piping beg, hias bahagian atas kek dengan caramel tadi. boleh buat silang - silang atau lingkaran
Akhir sekali susun banana caramellized tadi mengikut suka. siap dihidang. Enak dimakan dengan kopi panas

Mar 31, 2015

Cuba - Cuba Buat Pretzel. Tapi.... Sedih!!

Salam guys
lama tak bersiaran
huhuhu..
ade ke sape - sape nk baca blog tak femes kami ni?!
btw, nak share la experience cuba buat pretzel kat umah..
jadi tu jadi tapi tak jadi lepas bako.
kerasnye...
sedih..





 masa ni doh mg lembut..
dah supe doh pizza dah





 yang ni lepas bath kan dia dengan air panas buh baking powder



 masa ni tgh memintal




 jenuh jugaklah nak dapatkan shape dia





 yg ni baru lepas angkat dari bath air baking powder tu




 ni periuk yang panas buh baking powder tu..
membuak - buak




 yang ni lepas bako.. amik guna flash



hat yang ni tak guna flash.
tapi sedihnya mmg lepas sejuk
keras.
tak supe auntie anne tu..
apepun, nak counter measure balik
mana yang tersilap step tu
haih



Jan 12, 2015

Recipe Devil Chocolate Cake With Nutella Frosting

The blog has been not updated with new recipe
ehehee..
tooo lazy and too boring and also lost idea to wrote
and perhaps today is the of incoming fabulous idea. (sila muntah ijo!) 




FOR THE CAKE
1 cup cocoa powder
2/3 cup boiling water
1/2 cup nutella spread
1 cup buttermilk
1 1/2 teaspoon essence vanilla
1/2 cup butter
1 1/2 teaspoon baking soda
3/4 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon salt
4 eggs
1 3/4 cup flour
1 1/2 cup sugar





FOR THE FROSTING

1 1/2 cup butter
3 cups powder sugar
2 teaspoon vanilla
1/2 cup nutella
200 - 250g cooking chocolate (Double Boiled)
1/3 cup shortening






METHOD : FOR THE CAKE


Preheat the oven 350 degree Fahrenheit / 175 degree Celsius

Stir the cocoa powder with boiling water, nutella , buttermilk and vanila (cocoa mixture)

Beat sugar with butter, baking soda, baking powder and vanilla with med speed for about 3 minutes or until pale and fluffy

Put in egg, one in a time

Turn on speed to low, alternately pour the flour with cocoa mixture

Grease 9 inch pan  / 7 inch pan (round or square) 

Pour in the batter mixture and bake for about 30 - 35 minutes.




METHOD : FOR THE FROSTING


Beat butter and shortening until fluffy
Gradually add sugar and salt
Beat until smooth 
Add vanilla
Add Nutella with cooking choclate and beat until smooth and silky





All the best!!




Oct 23, 2014

Saturday Baking Project : DEVIL FOOD CAKE VS NUTELLA FOOD CAKE

Salam Guys..
lama dah tak bersiaran
ni la bila gigih diet bagai
blog diet kami kat sini : http://setotdanara.blogspot.com/
saje nak kepilkan diary diet kami
yelah cita - cita nak jadi akak sado konon - kononnya
sape - sape nak follow tu dialu - alukan

terima kaish buat yg rajin singgah blog kami ni
berswang dah
bukan ape jugak
bz keje..

owh ye
cake di atas tu buat masa cheating day
cheating day kami kebiasaannya ari sabtu dan ahad
budak2 ni sukalah kan..

nak share resepi insyaa Allah satu masa nnti
memang tgh buzy
akhir kata dari kami.

bye - bye


Para Sarip and Saripah Janjang