Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Showing posts with label Pizza. Show all posts
Showing posts with label Pizza. Show all posts

Oct 24, 2013

Resepi Pizza Goreng Berkeju

Salam Guys..
dah lunch belum korang
aku?!
beselah...
ehehehe
resepi kat bawah ni sebenarnya dari leftover pizza yang buat sendiri masa sakitnya dak ara aritu
so, since pizza tu tomato cheddar pizza
memanglah tak laku
jadinya buatlah goreng lepas..


Pizza Goreng Berkeju



Bahan - bahan :
Leftover pizza yang korang tak abis (potong segiempat or segitiga)
Tepung naik sendiri
2 sudu kecil serbuk lada hitam
secubit garam
1 sudu kecil serbuk stok ayam
1 sudu kecil herba campur kering
1 biji telur dipukul sedikit
1 mangkuk keju cheddar parut
sedikit minyak untuk menggoreng

Cara - cara
Cara - cara: 
Campurkan tepung, lada hitam, serbuk stok ayam, dan herba kering.Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali (kalau boleh guna pemanggang ajaib or frying pan bulat, minyak sikit je,dalam 2  - 3 sudu besar)
Pukul telur sampai kembang
Ambil kepingan pizza, celup dalam telur, kaup balik dalam tepung, celup dalam telur semula, kaup balik dalam keju, goreng.
Senang.
Siap!

Selamat Mencuba!



Resepi Pizza Tomato Cheddar (Tanpa Yeast) : Langkah Demi Langkah

Salam Guys..
Seminggu ni penuh je citer pasal masakan je
sila jangan muntah ye
dah memang blog kami ni byk psl life story dgn resepi.

la ni nak share resepi pizza yang tak gunakan yeast
ade sesetengah kita memang mcm mual sikit kalau guna yeast
yeastkan masam bau dia
tu sebab pizza ni sedap makan time panas - panas je
ehehehhe
resepi ni pun sangat mudah sebenarnya.
adaptation sikit - sikit dari buku resepi masakan itali yang kami dapat free sbb join cooking invitaion dalam entry ni




Resepi Pizza Tomato Cheddar (Tanpa Yeast)


Bahan - bahan: (Doh)
1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan susu cair
1 sudu besar gula
secubit garam
1 biji telur
1/3 cawan minyak masak (ikut resepi guna minyak zaitun tapi kami belasah je ape yang ade kat dapur)

Bahan - bahan topping:
Keju Cheddar Block
Tomato Paste (sedap guna brand Leggo's)
Herba Campur Kering
Tomato Segar





Cara - cara:
Telur, minyak dan susu disatukan dipukul sehingga agak kembang
Kemudian masukkan tepung, gula dan garam tadi dan gaul sampai tak melekit
Selepas itu uli sampai lembut
Biarkan selama 30minit (tutup dengan kain lembap)



Panaskan oven pada suhu 200 dgree celcius selama 10 ke 15 minit
Canai doh yang disimpan tadi atas pizza pan
Kalau takde pan tu boleh guna loyang bulat



Ratakan tomato paste atas doh yang korang dah canai tadi
Taburkan sedikit gula kasar memandangkan tomato paste ni sangat masam
Taburkan dengan sedikit herba kering selepas itu



Kemudian taburkan keju cheddar yang korang dah parut tu
tabur banyak - banyak pada permukaan doh pizza tu



Susun tomato segar yang korang dah hiris nipis - nipis tu.
kenapa nak kena potong nipis - nipis?! tuk elakkan doh dari macam 'shoggy'



Akhir sekali tabur lagi sekali keju parut dan bakar pada suhu 200 deg cel 15min - 20min.



Siap!!!


Selamat mencuba!



picture of the day...
ahahaha dak ara.
muke toye je hadap pizza ibu ni.
melayan makan dengan dia jelah klu bab - bab roti ni  laju je since dia antu roti, biskut and cake.
membesonya tak jugak!


Sep 26, 2011

Saturday Baking Project 2 : Pizza Margherita



salam guys...
so then..
benar seperti yang aku war - warkan last week..
memang la aku buat pizza tu.
huhuuhh..
sedap la sangat yer?!
pada aku sedap la..
kalau korang nak try..
cubalah yer..



Jadi,Aku Kongsikan Resepinya Di Bawah:

Doh Pizza:
 4 cawan tepung gandum
2 cawan air suam
1 peket yeast segera (mauripan,etc)
secubit garam
2 sudu besar minyak

Cara - cara:
- kacau yeast ke dalam 1 cawan air suam,biarkan sehingga 2 minit.
- Campurkan tepung,garam dan gula ke dalam bekas
- Uli kesemuanya dengan bancuhan yeast dan baki air suam tadi.
- Uli sehingga doh lembut.
- Simpan di dalam peti sejuk sehingga naik 2 kali kali atau sehingga 3 hari.


Sos Pizza:
1 tin tomato puree (nak sedap boleh gunakan 4 biji tomato fresh dikisar tanpa air)
2 ulas bawang putih
1 camca kecil basil kering
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukupnya (secubit garam dan 5 sudu besar gula)
1 tin air

Cara - cara:
tumiskan bawang putih sehingga naik bau
masukkan basil..
masukkan tomato puree dan air
didihkan...
serasikan garam dan gula...

*boleh kurangkan gula kalau tak mahu manis sangat.
*sos ini lebih sedap kalau ada fresh basil..


Sekarang adalah waktu yang di tunggu  - tunggu!!
Macam mana nak buat pizza anda sendiri di rumah!!

Mula - Mula sediakan doh pizza anda!!!




Canai doh anda seperti di atas.
anggaran?!
ketebalan adalah nipis tahap sederhana..
pastikan anda taburkan sedikti tepung pada rolling pin anda  dan juga pada permukaan  pencanaian agar  doh tak melekat...




ratakan sedikit minyak masak pada tin pembakar pizza anda dan pindahkan doh yang dicanaikan tadi.panaskan oven anda pada suhu 200 degree celcius selama 10 minit..


kemudian,cucuk sedikit permukaan pizza sebelum disiramkan dengan sos pizza yang telah anda sediakan sebelumnya....


kemudian,taburkan dengan mozzarella cheese dan juga fresh basil sekiranya ada...
berapa kuantiti cheese tu?!bergantung sebenarnya..
kalau suka banyak,banyaklah tabur.
kalau nak biasa - biasa saja,taburlah sikit saja...


kemudian,bakarlah selama 15 - 20 minit pada suhu 200 degree celcius...




Sedap dimakan suam - suam juga.

Bon Appétit


Dec 9, 2010

By Request: Resepi Pizza

salam guys..
sape yg mintak tadi?!!
lupa arr..
ehehhehehe
silalahacuba yer..
doh ni mmg crust belah bawah dia..
tpi klu ikut resepi betul - betul mmg lembut sajer...
aku ni mmg menderhaka sajer..
credit pada si tuan blog nih,Cik Alia
resepi asal dari cik ni...








Bahan Doh Pizza :
280g - 320g tepung berprotein tinggi (haku tak guna tepung ni.aku guna tepung gandum pastu lebihkan air)
15 g butter (pakai minyak masak jer.dlm 2 3 sudu)
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil susu tepung penuh berkrim
1 sudu kecil garam
180 mlm air sejuk (dari peti sejuk) atau boleh juga gunakan air suam
1 sudu kecil yist segera (aku guna 2 sudu besar)

Bahan-bahan topping :
ikut suke puan - puan yer...




Cara-cara membuat pizza :
  1. aku campur sume dan terus uli sampai lembut
  2. pastu simpan dalam bekas.tutup dengan kain lembap.
  3. bila dah naik 2 kali ganda..aku uli lagi,tumbuk - tumbuk bagi kuar angin pastu tutup lagi sampai naik lagi.
  4. pastu canai dan letak kat tin pembakar.
  5. biarkan naik lagi dlm 20minit.
  6. panaskan oven dalam suhu 200 degree celcius..
  7. cucuk permukaan doh supaya kuar angin dia
  8. letakkan topping pastu bakar selama 20 minit atau sehingga masak.





Para Sarip and Saripah Janjang