GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Aug 5, 2024

Sayangkan Anak Tangan - Tangankan

- peribahasa lama. Dah masuk umur 16 tahun.
- orang dulu dah merantau.dia pun merantau..
- selagi amanah dari Allah masih amanah,hujan ribut petir..lautan api sanggup ditempuhi.

Koronologi:
17hb:
balik dari rumah nenek, muntah selambak dekat elmina.
Sampai umah dh lembik. Malam - malam cari klinik.
Mc 2 hari.
18hb: tak balik asrama. Belum pulih.
20hb : pegi klinik,follow up.ubat habis.dapat mc 2 hari.sambung makan ubat.
22hb: balik temerloh dulu. Dah sampai bentong,baju 1 set tertinggal.patah balik. Pusing kat mempaga.
Memang betul - betul keje gila.
Ambil,jalan.sampai temerloh pkl 6 lebih.
Dahlah kali pertama memandu jauh, dan kali pertama juga berpatah balik.
Jumlah keseluruhan pemanduan adalah bersamaan jarak jam pemanduan dari batu caves ke pekan
4 jam ++🤣😑😑
23hb: balik Pekan anta beliau. Tapi..memang ada jelah benda sampai drag petang.
Daku?
Ntahlah.
Koyaklah kejap.
Mujurlah babahnya suh bertenang dan sabar.
Sebab pemanduan ke Pekan adalah oleh Babah.
Daku tukang tido.
😆😆
Gitulah der.
Abg long
Mintak restu .
Memang nampak stress belajar.
Daku pun dah 'puyeng' nak bantu.
Serah bulat - bulat pada Allah.
Mintak Allah beri kejayaan besar atas usaha dan kesabaran anak bujangku.
Amin.
Ps: done bebel,done sharing. Pengalaman 'pjj' kami untuk 8 tahun lagi.insyaa Allah.


 

Aug 3, 2024

Peneman 24 jun 2024

Peneman:
Kg Durian Tawar Bera,Pahang - Batu Caves,Selangor
Alhamdulillah.
8.51pagi - 10.58 pagi.
Makan dulu
pastu anta sekolah.
Exam hari tu sejarah dan bm kertas 2.
Reward sikit achievement semalam,sebelum takde masa.
Semalamnya dah anta abg long balik Pekan.

Ps: nebes awek tu sejarah kuar bab 1 smpai 4. Bab 3 la banyak detail. Risau la kawan. Tahun lepaa dah dpt anugerah semalam.tahun ni boleh sustain tak?
Tibeh .
Pesanan penaja: study je. Pandai tu kalau tak usaha.tak guna juga.
😆😆



 

Aug 2, 2024

Throwback : Congrats Mek Ara (22th June 2024)


Congrats Ara for your achievement.
Anak no 2.
Biasalah.
Kadang enjin lambat panas.
Kadang spark plug tak ignite.
Slowly but gradually.
Among 14 recipient.
Alhamdulillah.
Majlis pagi tadi.
Komen dari mek ara:
tak pernah dapat apa - apa dari masa sekolah rendah. Tak tahu nak sedih ke terharu. ( pastu gelak nakal). 😏😏





 

Aug 1, 2024

Throwback Datim Dengan Anak Bujang

Datim berdua je dengan budak beso ni.
Caramel Machiatto sampai 2 cups.
Sate dia rembat 2/3.
Dah makan ramyeon ke menda.
Pastu dok jeling ibu punya nasi.
Suh tambah order,risau badan naik.
Tibeh.

Nyembangnya banyak.
Meluah rasa. Macam - macamlah.
Tanya juga,nak tukar ke pada sekolah biasa ke?
Tak katanya. Okay je cuma macamana nak elak orang - orang macam ni.



 [Cuma bagi peringatan dan semangat:]

[Manusia ni takde sempurna mana.
Kalau jumpa kawan ke...lawan ke.. atau sapa - sapa pun dalam alam persekolahan dan kat asrama.
Anggaplah persediaan nanti dan masuk universiti atau alam pekerjaan.
Lagi dahysat dari tu pun ada.
Tu belum lagi tukang kipas,tukang jilat,kaki fitnah.bersepah..
Merata abang long.
Nak hidup.
Pandai - pandailah berlakon.
Kalau tak buat macam tu,susah nak hidup sebab kena 'nampak baik', 'nampak berjaya'.]
[Tak boleh lari dari situasi atau suasana toksik dan narkastik.
Kita kena belajar macamana nak handle dan mengelak.
Sebab orang - orang macam tu ubatnya cuma dengan taubat atau baik mati je.
Sebab menyusahkan dan mempergunakan orang lain untuk kepentingan sendiri.
Nasihat tak boleh,nak elak tak boleh.
Baik tak payah beriwayat la.]
(terkebil - kebil juga abg long dengar ibu bagi nasihat.ntah paham le tak.😆😆🤣🤣. Dia kan polos. Orang buat pun,senyum je. )
Ps: terima kasih pada mak angkat abg long yang berada nun jauh di utara.. yg banyak support .hampir 4 tahun rezeki ukhwah dengan beliau.
nama? Rahsia.
Sosok? Rahsia
Cuma mampu doakan beliau sihat selalu selamanya.

Jul 30, 2024

Last OEP this semester : 13 june 2024

 


Last OEP this semester.
Best of luck guys for your presentation.
Sign out: KAKAK BESAR WIND TUNNEL KENIT,AEROSPACE ENGINEERING,TAMAN ILMU DAN BUDI.



Jul 29, 2024

3D DONGHUA ART AI

 


3D caricature art style of donghua art warrior.intricate detail. vivid and vibrant. liquid depth tone color.hard lighting. canva art style.

Jul 28, 2024

AI Image: 3D Caricature

 



3D caricature art style of an old malay man sit inside a large and wide rustic wooden hut. under the mangosteen tree .next to the small river. with the background of small bushes. intricate detail. vivid and vibrant. liquid depth tone color.hard lighting. canva art style.


Jul 27, 2024

AI Image: pencil sketch art

 

Prompt base:
pencil sketch art style. a plussize 40 years old hijab lady with glass. sit on a rustic wooden bench. under the mango tree with heavy leaves. next to the small drench. with the background of old traditional malay village house.intricate detail. kawaii art style

Keyword: pencil sketch, art style ( anime/gilbi/kawaii/caricatur)

Jul 26, 2024

'Rindu Itu Berat'

Mudahan kami sekeluarga dalam rahmat Allah swt selalu.
Terlerai sudah rindu abg long pada Babah.
Gagahkan diri juga Babah menunggang lebih 2 marhallah tengok kami berdua di Selangor.
Sedaya upaya esoknya memandu semula dari batu caves ke pekan
Kemudian selesai ziarah abg long di pekan,memandu pulang ke batu caves.
Dan hari ini,menunggang pulang semula 2 mahallah ke tempat mencari rezeki.

Hikmah paling besar atas keadaan sekarang:
1. Kami lebih menghargai perasaan dan pendapat masing - masing.
2. Tumpuan lebih fokus dalam perkembangan emosi dan pembelajaran anak - anak.
3. Kami berdua sudah belajar untuk tidak mencampur adukkan isu semasa yang tak penting,lebih - lebih lagi perkara yang sia - sia dalam percaturan kehidupan.
4. Sama - sama menitik beratkan kepentingan ilmu dan keperluan bersabar dan berfikir banyak kali sebelum buat keputusan.
Pesanan dari beliau: pertama sabar.kedua elakkan conflict dan memcampuri urusan yang tak penting. Fokus pada kesihatan dan keperluan meningkatkan kemahiran dan keupayaan diri.
Terima kasih buat yang bertanya dan mendoakan.
Insyaa Allah yang baik - baik sahaja buat kami sekeluarga.








Jul 19, 2024

PRE - NATEC 2024 - BENGKEL PENULISAN DAN POSTER PERINGKAT KEBANGSAAN 2024 (Throwback AJK)

 PRE - NATEC 2024 - BENGKEL PENULISAN DAN POSTER PERINGKAT KEBANGSAAN 2024

IIUM - KOE,IIUM
5TH JUNE - 6TH JUNE 2024
Hari pertama je sempat selpiaq cecantik sebagai URUSSETIA.
Ku pun tak tahu tugas sebenar..
Daku dengan dak rimi kejap2 buat QR code
Kejap - kejap buat sijil
Kejap - kejap itu
Kejap - kejap ini.
Alhamdulillah
Program berlansung dan berjalan lancar.
Ada few hiccup but then Allah lancarkan.

Jul 17, 2024

PRE - NATEC 2024 - BENGKEL PENULISAN DAN POSTER PERINGKAT KEBANGSAAN 2024 : Hari kedua pula sebagai PESERTA dan PEMBENTANG


PRE - NATEC 2024 - BENGKEL PENULISAN DAN POSTER PERINGKAT KEBANGSAAN 2024
IIUM - KOE,IIUM
5TH JUNE - 6TH JUNE 2024
Hari kedua pula sebagai PESERTA dan PEMBENTANG.
Jujur ye. Bercakap ni takde masalah pada kami.
Macam terapi tau.
Redah dulu,cerita kemudian.
Kerja gila jugalah.
Laptop tak bawa..
Pinjam laptop penceramah buat draft dan outline
IMRAD - Introduction,Methodology,Result, Analysis,Discussion
Gunapakai OEP sebagai bahan penulisan.
Macamana buat draft?
Kami tulis dalam buku ye.
Tulis sebutir - butir.
Discuss dgn penceramah mintak review dan correction.
Memula ingat nak process lepas program,Penceramah bagi guna laptop beliau.
Apalagi..pukul 10 menaip,pukul 3 lebih siap.
Orang teknikal macam ni la.
Problem solving 24jam.
Dia buat kita,bukan kita buat dia.
Submission?
Ada sebulan lagi.
Ada rezeki proceed ke Natecs 2024.
Insyaa Allah siap citation dan dengan kebenaran orang yang terlibat.
Insyaa Allah.




 

Jul 15, 2024

PRE - NATEC 2024 - BENGKEL PENULISAN DAN POSTER PERINGKAT KEBANGSAAN 2024 (THROWBACK HARI PERTAMA 5TH JUNE 2024)

 

PRE - NATEC 2024 - BENGKEL PENULISAN DAN POSTER PERINGKAT KEBANGSAAN 2024
IIUM - KOE,IIUM
5TH JUNE - 6TH JUNE 2024
Hari pertama sebagai DEMONSTRATOR semasa lawatan ke Makmal Aerodynamic oleh peserta PRE - NATECS 2024 dari UTM,UMT,UITM, dan penceramah jemputan Ts.Dr Amizah dari UTHM serta Ir. Ts Dr Jazlan dari IIUM.
Buat masa sekarang memang 'semangat dan minat yang mendalam' adalah dalam bidang ini;dengan terowong angin kecil ini.
Tentang ujikaji dan pengujian tentang 'TOF- THEORY OF FLIGHT : TEORI PENERBANGAN'.
Tentang pengujian kebolehupayaan dan ketahanan bahan ujikaji/model dan pengujian terowong angin.


Mungkin sekadar kakitangan biasa tanpa title/pangkat besar,namun terima kasih atas ruang dan peluang berkongsi dengan kakitangan teknikal dari universiti lain tentang kelebihan dan teknologi yang ada di Kulliyyah Kejuruteraan ,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Terima kasih juga dengan pertanyaan keramat: Puan sedang buat PHD ke?
- Allahuma Amin. Mungkin suatu masa sampai rezeki itu.



Moga perkongsian mengubah persepsi bahawa UIAM/IIUM bukan sekadar sebuah Taman Ilmu dan Budi untuk jurusan agama /wahyu/bahasa arab sahaja.
Tapi UIAM/IIUM juga Taman Ilmu dan Budi juga ada bidang Kejuruteraan dalam pelbagai bidang :
Mekanikal dan Aeroangkasa
Awam
Mekatronik
Elektrik dan Komputer
Pembuatan dan Bahan

Terima Kasih

Para Sarip and Saripah Janjang