Mengapa aku harus dinobatkan sebagai Blogger Masterchef yang pertama?!
Kerana aku seorang Ibu yang punya rasa tanggungjawab yang besar untuk belajar memasak dan memperbaiki skill memasak demi kesejahteraan anak - anakku yang suka makan dan gemar makan.Ditambah pula kalau makanan itu memerlukan skill memasak yang tertentu dan makanan tersebut adalah sejenis hidangan istimewa seperti kek keju,ayam bakar,satay dan kek baldu.
kiri: Aqil yang suka makan cheesecake!
Kanan: Zahraa' yang suka makan satay!
Selain punya kesedaran untuk menyediakan makanan yang sedap,baik,bersih dan berkualiti; aku sebenarnya berusaha untuk mengelakkan keluarga dari menjamah makanan yang mengandungi bahan - bahan pengawet.Selain dari itu juga,aku sebenarnya terdorong oleh beberapa blogger ternama yang handal memasak dari rumah. Contohnya seperti Cik Mat gebu, Kak Ina KL, Chef Hanieliza, Rozan, Mamafami, Sis Hana dan sebahagian besar lagi yang telah berjaya dalam bidang masakan walaupun belum terjun ke dalam arena blog sebelum itu.
Mereka - mereka inilah yang menjadi sumber inspirasi kepada pekerja alias surirumah sambilan dan jugak tukang masak amatur hujung minggu di rumah seperti aku ini untuk menghasilkan makanan yang enak dari dapur rumah walaupun cuma dapurnya kecil cuma.(sekangkang kera)
Oleh yang demikian,maka terhasillah beberapa resepi olahan sendiri dan juga disalin dari simpanan dan entry dari blogger lain yang handal memasak.Di bawah adalah antara beberapa masakan dan resepi yang berjaya aku hasilkan..
Gambar kiri: Pizza Seafood (klik untuk resepi)
Gambar kanan: Baked Macaroni Ala Lasagne (dihasilkan gabungan keterujaan untuk makan Macaroni dan lasagne dalam masa yang sama!)
Persamaan antara keduanya?!Pertama kali dihasilkan!
|
Gambar merujuk kepada hidangan sup yang dibuat secara mengejut tanpa resepi.Di sebelah kanan adalah meatball soup yang terhasil gara - gara campuran sup ayam dan bermacam - macam jenis sayuran.Sup tersebut terhasil ketika aku tak punya keinginan untuk menjamah nasi pada hari tersebut.Hari tersebut sajelah,hari lain aku lahap jer!Manakala Mee Hoon Sup di sebelah kiri terhasil gara - gara suatu insiden di luar;dimana kesudahannya aku memasak sup ini dengan penuh kasih sayang demi suami tercinta gara - gara insiden tersebut.
*insiden merujuk kepada perbuatan anak kecil yang melakukan sesuatu ke atas makanan orang tuanya di sebuah restoran.
|
4 gambar di atas merujuk kepada hidangan pencuci mulut yang menjadi 'signature' dish bagi kategori tersebut yang telah aku mahiri.Diulangi!telah kumahiri!bermaksud: samada dengan beberapa kali cubaan dan juga walau dengan hanya sekadar satu cubaan dan diulangi resepi itu banyak - banyak kali dengan jayanya!
Di bahagian kanan atas merujuk kepada satu - satunya puding roti simple yang paling gebu pernah aku buat dan tidak menggunakan rujukan dari mana - mana resepi.gambar kiri di bahagian bawah juga merujuk satu - satunya resepi puding karamel berlapis coklat yang sangat mudah dan tidak memerlukan banyak belanja disamping dengan sekali percubaan sahaja aku berjaya membuatnya!
Merujuk kepada 3 jenis cupcake di bahagian kiri atas gambar adalah 3 jenis kek baldu dalam bentuk cupcake yang telah berjaya kuhasilkan dalam tempoh masa yang sama iaitu: red velvet,green velvet dan blue velvet.Resepi yang tersedap dan terbaik pernah kucuba adalah dengan menggunakan organic apple cider vinegar.
Dan gambar yang terakhir sekali merujuk kepada Raspberry cheesecake!!Siapa yang tak tahan tengok cheesecake?!Huhuhuuh!
|
~resepinya pun sangat mudah!hanya cream cheese, yoghurt ,gula,2 biji telur dan essen vanila!~ Dan semenjak itu..ovenku tak pernah sunyi dari mengeluarkan beberapa jenis lagi cheesecake yang sedap dan enak!
~Cheesecake yang dihiasi dengan fresh cream, strawberry filling dan juga hirisan buah strawberry~ |
~Blueberry Cheesecake yang ditambah dengan perahan lemon dan juga yogurt mangga..
Flacky marble cheesecake yang diperbuat dari campuran coklat masakan,cream cheese,whipped cream.rasanya?!cheezy creamy disamping kepingan coklat di dalamnya...
tak lupa juga mini size cheesecake yang sangat mudah!
Selain daripada sebab - sebab di atas,berikut adalah sebab utama kenapa aku boleh dinobat sebagai salah seorang Blogger Masterhcef yang pertama adalah skill memasak aku yang paling utama adalah BBQ.Resepi homemade satay ini adalah resepi yang diturunkan oleh bapaku terhadapku.Lanjutan dari kegemaranku untuk menikmati daging panggang atau ayam panggang/bakar,makanya terhasilah sesetengah resepi ciptaan sendiri.
|
La ni..
Aku nak kongsikan satu - satunya resepi kegemaranku yang sedap makan panas - panas...
apelagi kalau bukan Pizza Margherita!
Resepi ni sangat - sangat mudah.Then dohnya boleh disimpan sehingga maksimum 3 HARI di dalam peti sejuk dan TETAP LEMBUT!!
Pizza Margherita |
Jadi,Aku Kongsikan Resepinya Di Bawah:
Doh Pizza:
4 cawan tepung gandum
2 cawan air suam
1 peket yeast segera (mauripan,etc)
secubit garam
2 sudu besar minyak
Cara - cara:
- kacau yeast ke dalam 1 cawan air suam,biarkan sehingga 2 minit.
- Campurkan tepung,garam dan gula ke dalam bekas
- Uli kesemuanya dengan bancuhan yeast dan baki air suam tadi.
- Uli sehingga doh lembut.
- Simpan di dalam peti sejuk sehingga naik 2 kali kali atau sehingga 3 hari.
Sos Pizza:
1 tin tomato puree (nak sedap boleh gunakan 4 biji tomato fresh dikisar tanpa air)
2 ulas bawang putih
1 camca kecil basil kering
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukupnya (secubit garam dan 5 sudu besar gula)
1 tin air
Cara - cara:
tumiskan bawang putih sehingga naik bau
masukkan basil..
masukkan tomato puree dan air
didihkan...
serasikan garam dan gula...
*boleh kurangkan gula kalau tak mahu manis sangat.
*sos ini lebih sedap kalau ada fresh basil..
Sekarang adalah waktu yang di tunggu - tunggu!!
Macam mana nak buat pizza anda sendiri di rumah!!
Mula - Mula sediakan doh pizza anda!!! |
ratakan sedikit minyak masak pada tin pembakar pizza anda dan pindahkan doh yang dicanaikan tadi.panaskan oven anda pada suhu 200 degree celcius selama 10 minit.. |
kemudian,cucuk sedikit permukaan pizza sebelum disiramkan dengan sos pizza yang telah anda sediakan sebelumnya.... |
kemudian,bakarlah selama 15 - 20 minit pada suhu 200 degree celcius... |
Sedap dimakan suam - suam juga.Bon Appétit |
Sekalipun aku merasakan diriku sangat - sangat tak berkemahiran,tapi tak salah kan kalau mencuba?!
Akhir Kata dari aku blogger memasak amatur yang picisan ini,Jangan Lupa saksikan Masterchef Malaysia nanti!
Akhir Kata dari aku blogger memasak amatur yang picisan ini,Jangan Lupa saksikan Masterchef Malaysia nanti!
- MasterChef Malaysia launch date – 22nd October 2011
- Show title – MasterChef Malaysia
- Program Details: – MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
- Program channel – Astro Ria (Channel 104)
- Official Site URL –
- Facebook Page Link-
- Twitter Link–
- Background Information on MasterChef – Sebuah rancangan realiti pertandingan memasak antara tukang masak amatur dan 'Chef di rumah'.Pertama kali dicipta dan disiarkan di Australia dan kemudiannya di Amerika.Telah menjadi satu fenomena luar biasa kerana berjaya tanpa udian awam. Get ready for the MasterChef phenomenon to take over Malaysia on 22nd October 2011!
- Show title – MasterChef Malaysia
- Program Details: – MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
- Program channel – Astro Ria (Channel 104)
- Official Site URL –
- Facebook Page Link-
- Twitter Link–
- Background Information on MasterChef – Sebuah rancangan realiti pertandingan memasak antara tukang masak amatur dan 'Chef di rumah'.Pertama kali dicipta dan disiarkan di Australia dan kemudiannya di Amerika.Telah menjadi satu fenomena luar biasa kerana berjaya tanpa udian awam. Get ready for the MasterChef phenomenon to take over Malaysia on 22nd October 2011!
ok, aku pengsan tgk n3 nih..
ReplyDeleteall d best ayu!klu soh vote btau k,mmg aku vote !!!
wah...terbaik..best2......
ReplyDeletelots of good luck to you!!
aku pun mcm zety, kalu nak vote..inform..aku confirm vote ko!!
fuhh!!! terbaek!!! all the best!!
ReplyDeleteBaru semangat nak nonton. All the best.
ReplyDelete