Salam Guys
alahai..
jangan la jemu baca blog saya ye minggu ni
memang penuh dengan entry memasak since lepas budak2 tu dah sihat:
yang sorang kena chicken pox smpai sebulan, yang sorang lagi lama tak demam lepas tu demam siap kena asthma attack lagi.
jadinya, selepas orang umah request nak makan nasi minyak.
.maka kami pun pulun la memasak.
macam balas dendam je.
ehehhee, memang pun.lama sangat tak asah skill memasak ni.
kali ni nak share resepi yang bagi kami simple la sebab barang - barang yang kena guna tu memang selalu ada dan wajib ade dalam dapur kami yang sekangkang itik tu.
Resepi Ayam Masak Merah
Bahan - bahan:
7 - 8 ketul ayam (lebih kurang 500gram - 700gram)
*kami guna peha semuanya since budak2 suke makan peha
15 - 20 batang cili kering *rendam dengan air panas; kisar
8 ulas bawang putih *kisar
1 biji bawang besar *kisar
1 inci halia *kisar
1/2 inci lengkuas * kisar
2 sudu besar paste tomato
Sedikit buah pelaga
1 cawan susu
Cara - cara:
Panaskan minyak. Tumis buah pelaga sebentar.
Kemudian tumiskan kesemua bahan kisar hingga naik bau
Masukkan ayam, tambah sedikit air.
Renehkan sebentar sehingga ayam masak.
Selepas itu masukkan tomato paste dan susu segar.
Biarkan mendidih sehingga masak
Serasikan garam dan gula.
Boleh tambahkan dengan cili besar dan tomato.
Selamat mencuba!
adoi terliur sudah...nk kena try esok ddk umah ni
ReplyDeleteAdoiii ... Lapar dah mari nie ...
ReplyDeleteBoleh cuba, tk pnh msk cra gini.. :-)
ReplyDeletekalau versi mak aku, ayam masak merah tak de lengkuas halia bagai..
ReplyDeletehanya guna bawang merah, bwg putih, sos cili, sos tomato, sos tiram, tomato cincang, daun sup, garam gula...
boleh cuba lain kali yang versi ada lengkuas, buah pelaga ni.. sedapnya makan dengan nasi tomato!
kita buat dia, bukan dia buat kita. Sama macam mak aku cakap! ikut logik akal....
awatt daku buat xjadik mcm ni...hohooo..nak kene try gune resepi deme niii....baru bestttt
ReplyDelete