Bisnes Online pilihan Ida Rahayu/ Sidratul Muntaha dan Income yang Ida Rahayu/ Sidratul Muntaha Impikan dari Bisnes Online | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Nov 22, 2013

Bisnes Online pilihan Ida Rahayu/ Sidratul Muntaha dan Income yang Ida Rahayu/ Sidratul Muntaha Impikan dari Bisnes Online

Bisnes Online pilihan Ida Rahayu/ Sidratul Muntaha dan Income yang Ida Rahayu / Sidratul Muntaha impikan dari bisnes online



Salam guys..
Alhamdulillah dipanjangkan umur lagi dari ke hari oleh Allah untuk meneruskan kehidupan.
Terima kasih lagi kepada penganjur dan penaja contest Contest iPhone 5S Revolusi Bisnes Online 
Alhamdulillah terpilih dalam 18 peserta. no 13!
omputih kalau nombor 13 ni paham - paham la.
kalau orang cina  nombor 14. lebih jelas lagi  nombor 4.
cer tengok certain bangunan, kalau nak tahu developer dia bangsa sekian - sekian.cer tengok nombor level / tingkat dia.tu jerlah bezanya.
Tapikan kita ni orang Islam. make something that bad into great.
apa ada pada number kan?!

Berbalik pada Bisnes Online Pilihan Saya: tentulah
Online Home Bakery Bussiness / Perniagaan Kedai Kek Dari Rumah!

*walaupun banner tak bape nak terang.korang terang - terangkan lah ye.
(tiru gaya Jep Sepah bercakap.ehehheehe)


Perniagaan ni takdelah baru sangat saya jalankan. Pada asalnya main - main sahaja nak tambah duit jajan anak - anak sebenarnya, nak tambah duit sekolah atau kelas iqra atau buat beli baju molek sikit buat deme.. Tapi lama kelamaan menjadi satu minat dan ketagihan.(hamboi!)
oh ye...selain dari homebased bakery bisness ni, kami buat juga la Shaklee. tapi lebih kepada hidup segan mati tak mahu sebab saya ni jenis menjual menda yang memakai.agak tak bape pandai nak promo tahap dewa.ehehhee.

Di antara ciri - ciri perniagaan yang sedang saya jalankan atau pendek kata yang menjadi PILIHAN ini disamping ada penambahan lain yang sangat - sangat saya IDAMKAN, dibawah ini saya sertakan sedikit sebanyak plan pembangunan dan perniagaan saya. Ada sesetengahnya dah buat, ada yang masih dalam draft, ada yang masih 1/3 perkembangannya tapi 'tak kembang - kembang' disebabkan lain - lain faktor.ehehe. 
*jangan marah ye pengadil dan peneraju contest. boring juga kalau entry skema sahaja.hihiih


Jenis Operasi / Fungsi/Konsep:

1. Pembekal bahan - bahan pembuatan / penghasilan cake/ pastrie / biskut seperti premix flour, fermented and preserved jams atau sos, homemade prepare spice/ dry herbs rub powder untuk perapan daging /ayam/ikan dan rencah dalam pembuatan sos seperti bechamel sauce, BBQ sauce dan bolognese sauce, Kit - kit permulaan untuk membakar atau membuat dessert seperti pie kit atau popcake kit.
Beginilah lebih kurang draft kami sebenarnya:



2. Set up mini IMP (Islamic Manufacturing Practice) atau Kskk kalau modal lebih?!Insyaa Allah.buat masa ni hanya terdaya buat seperti yang di bawah ni sebab space pun kecik maa..

  •  Berdaftar dengan SSM dibawah terma Milikan Tunggal atau Perkongsian (Borang PNA 42 & Borang A

  • . Dapatkan lesen pengendalian makanan, sekiranya perlu beserta dengan suntikan

  •  Pastikan kawasan tempat pengendalian itu selamat dan bersih. Kebiasaannya melalui pihak - pihak yang berwajib dan terbabit.

  •  Reka bentuk laman web anda. Sisipkan / paparkan gambar  tentang produk yang dijual bersama-sama dengan maklumat produk, harga dan penghantaran.Masukkan sekali cara pembayaran dan juga polici pengembalian barangan/ produk sekiranya ada. Rangkumkan sekali dengan resipi, 'baking' atau 'cooking' idea, ulasan pelanggan dan petua - petua berguna untuk menarik lebih ramai pelanggan. Baik untuk membeli produk atau menjadi pengunjung tetap laman anda.



  •  War - warkan juga perniagaan anda di Facebook fanpages dan juga memuat turun video cara memasak / baking yang mengandungi langkah demi langkah serta tip - tip menarik.




3. Penjual 'fresh and homemade' bakes good dan pemanis mulut seperti kek, kek keju, pastri, dan biskut untk majlis sambutan hari lahir, majlis keraian, majlis perkahwinan dan ulang tahun ; memfokus kepada kek yang bersifat ' special cake/ novelty cake / theme cake' dan juga 'doorgift' seperti icebox cookies, popcakes, cupcakes, snow cheesecake (yang terkini)
antara produk / barangan yang telah terhasil dari kedai online saya.



4. Food Stylist / Food Photographer : Bunyinya macam gahkan?! tak salah menyimpan impian ini. Seiring pula dengan website / fanpages saya yang berkaitan dengan makanan. Harapnya pada suatu hari yang molek ( Hopefully one fine day) dapatlah memberi perkhidmatan ini pada yang berkehendak dengan mengambil gambar-gambar makanan yang menarik untuk digunakan dalam iklan, pembungkusan, menu atau buku masakan. Tapi saya punya perkhidmatan ini dalam bajet yang rendah. 

*banyak nak kena ngaji ni. photoshop, skill photography pun nak kena enhance. Insyaa Allah.one step at time bak kate omputih.

contoh food styling





Selesai sudah tentang Bisnes Online Pilihan Ida Rahayu / Sidratul Muntaha
Beralihlah pula pada Income yang Ida Rahayu / Sidratul Muntaha impikan Dari Bisnes Online



Income yang Ida Rahayu / Sidratul Muntaha impikan dari bisnes online


1. Pendapatan / Penghasilan Aktif atau Active Income yang saya impikan:



  • Wang/ duit dari hasil penjualan produk atau barangan yang saya hasilkan atas permintaan pelanggan (quotation based dan akad jual beli dengan pelanggan) atau bergantung dengan stok dalam simpanan."Ada permintaan - buat barang / siapkan barang - jual barang - dapat duit."

  • Komisen atau upah atas penjualan peralatan membaking atau memasak memandangkan perniagaan saya memfokuskan pada bahan mentah dan 'fresh' baked goods. Selalunya peralatan ini dibeli dari pihak ketiga dan kami ambil upah/ komisen atas peralatan yang terjual


(Apa itu aktif incomependapatan / penghasilan / perolehan  yang anda dapatkan dengan cara bekerja,mencipta sesuatu dengan erti kata lain anda menukar waktu / barangan anda dengan wang/ duit.)





2.Pendapatan / Penghasilan Pasif atau Passive Income yang saya  impikan:

a)Pendapatan daripada perniagaan yang tidak memerlukan penglibatan langsung 
  • Sewa dari harta atau web
*belum lagi berkeyakinan untuk mencuba memandangkan pengunjung blog adalah dari kalangan pembaca sahaja,sebahagian kecil adalah pengguna.




  • Pendapatan dari iklan internet di laman web

*diantara pengiklan terbesar dan aktif di Malaysia contohnya seperti Nuffnang, Gokita, dan sebagainya.
*saya tak mahu ulas tentang frame ad, pop - up, floating ad, expand ad, trick banner, interstitial ads, text ad, SEM, SEO, sponsored search, social media marketing, email advertising, dan banyak lagi kaedah pemasaran internet yang terkini dan terbaru. masih lagi dalam ketegori newbie.




  • Royalti daripada penerbitan buku atau dari pelesenan paten atau bentuk lain harta intelek, seperti produk perisian komputer , e-book dan video tutorial.


*kebiasaannya dikendalikan oleh penerbit, editor atau manager.
*tak kesampaian lagi tapi  dalam proses pengumpulan material.mudah - mudahan boleh dimulakan awal tahun hadapan. Insyaa Allah
*kenapa pada pandangan saya kategori ini jatuh dalam pasive income kerana saya tak perlu berhadapan dengan pertanyaan pelanggan, tak perlu terlibat dalam penyediaan bahan atau produk  yang melibatkan kos buruh, utility dan bahan mentah. Selain dari itu, saya tak perlu terkejar - kejar dalam menghasilkan ebook /video atau software ini kerana kebiasaannya ianya dihasilkan dalam bentuk kompilasi yang memakan tempoh masa tertentu tanpa mengganggu masa yang lain.



Ketepikan sejenak soal penghasilan wang. Memang benar semua perlukan duit. Duit pula diperlukan untuk segala - galanya. Akan tetapi pada kami, selama mana kami telah menceburi bidang perniagaan online ini, apa yang sangat kami dahagakan dan impikan adalah pembelajaran dan pengisian ilmu. Time to get more deeper and serious.

    b)Knowledge (Pengetahuan, Ilmu, Maklumat, Pengisian Spiritual, Jaringan / Networking, Kehendak Pasaran Terkini, etc)
i) Being From Nobody To Somebody:  Dari Bukan Sesiapa Menjadi Siapa Saja!
Percaya atau tidak, semenjak saya berkecimpung dalam perniagaan online ini, apa yang saya impikan setiap hari adalah ilmu. Bermula dari 'zero knowledge' tentang culinary /baking/ cooing, setiap hari saya belajar dan berusaha meningkat kualiti product, ilmu kesihatan dan pemasaran. Kenapa? tak percaya?!baca perenggan seterusnya:


1. Baker / Cook : Pembuat Roti atau Kek / Tukang Masak:
  • Kek ada bermacam - macam jenis kek : Kek Keju, Kek Span, Kek lembap, Kek Cawan, Kek Baldu,pendek kate dan panjang kate.cake bukan sejenis sahaja rupanya


fakta bukan auta


  • Non Flour Cake  - Ehh?! ade jugak kek yang tak guna tepung.contohnya macam clementine cake ni
*substitute dengan almond powder.

fakta bukan auta : 
Pengamal vegan / non gluten (mengelakkan protein) kebiasaannya menggunakan bahan - bahan atau peroduk bukan tenusu dalam pembikinan manisan atau cake mahupun dalam diet mereka. 


Pop Kuiz dah pulak : 
sejenis bijiran dari pokok yang sama.tepungnya digunakan dalam diet non gluten dan vegan diet.
apekah dia?! Macam Zizan Razak kate: Same!tapi bukan dia!!
ehehhehehee..
Wong jowo ngomong kiwe TERIGU.


Fakta bukan auta:
Non gluten diet adalah salah satu cara merawat penyakit seliak (Celiac disease : gangguan autoimmune usus kecil) 


Seterusnya....



2.Ahli Matematik:

Bila dah mula berniaga online ni, nak tak nak kita punya pegiraan, kemahiran membuat perbandingan dan menakluk sesuatu tu kalau yang tak tajam.kenalah asah. kalau tak tahu kenalah cari jalan untuk mengetahuinya. Salah satu sebabnya selain dari mengira keuntungan, ianya juga perlu untuk menggelakkan kerugian.


    • Teliti dalam membandingkan harga bahan mentah merangkumi material pembungkusan , jenis - jenis tepung  (Kos pergi dan balik *minyak dan tol, jajan budak, panas tak hengat.).errr..ape saya merepek ni?!heheh
    • Pengetahuan asas dalam meletakkan harga jualan (kos buruh + bahan mentah + utility  darab  X = ?)

    Kemudiannya menjadi apa?!
    3.Ahli Kimia dan Juruteknik:
    Makin lama makin dibaca, agak -agak juri ni paham ke tak apa yang nak saya sampaikan?! takpelah yang penting baca la sampai habis baru paham dan jugak baca banyak - banyak kali baru paham.
    Iqra...

    Speaking of menjadi ahli kimia dan juruteknik.Meh nak bagi perbandingannya atau faktanya

     - non preheat oven versus preheat oven : kek jadi bantat, meringue tenggelam
    - bancuhan adunan terlebih pukul : kek jadi keras
    - buttermilk tukar pada susu campur cuka. (campur lepas tu biar 5 minit.dah jadi buttermilk!hai..macam belajo sains plak!)
    - keju buatan sendiri : susu 2 gallons campur dengan perahan lemon.tajin semalaman.walla!dah dapat keju!


    - bijak memilih jenis motor yang digunakan pada stand mixer atau hand mixer. jangan tak tahu.makin tinggi motor, makin banyak penggunaan elektrik anda!
    - kadang - kadang kalau coil oven rosak pun, kita boleh bijak tiba - tiba untuk cabut, bersihkan dan reassemble balik. tahu - tahu, menyala!! (namanya maintenance tu.)



    Yang terakhir sekali, yang ini rasanya para ibu - ibu dan emak - emak yang punya anak yang suka makan dan kuat macam anak - anak saya...

    4. Nutritionist / Physician:
    kenapa dan kenapa?! sebabnya adalah sesetengah anak kecil tak makan telur. contohnya macam anak kami Ara. tak pernah terpikir sebelum ini nak mencari bahan gantian untuk telur sehinggalah selepas rajin surf internet..terjumpalah carta sebegini. Selain dari itu, lagi sekali sesuai bagi pengamal vegan dan non gluten diet.

    dan sekali lagi menjadi ahli kimia dan tukang buat kek, maka terhasillah eggless choc cake ni:
    jadilah kan?!nak buat makan - makan je.



    ii). Peka dengan sensiviti agama, / taraf kesihatan seseorang ,lebih menghargai setiap usaha dan impian orang lain juga, berlaku adil dan amanah dalam perniagaan, menjalinkan hubungan baik dengan pelanggan mahupun peniaga - peniaga lain

    Kedengaran macam besar nau la impian Ida Rahayu ni, akan tetapi kita lupa. Bila kita ada matlamat dan halatuju dalam sesuatu tindakan yang sedang kita usahakan.Dan juga, tak semua orang boleh makan semua benda, tak semau orang serasi dengan semua benda, tak semua orang paham etika dan undang - undang dan juga tak semua orang sama.ehehheh :)


    fakta bukan auta:


    Berbalik pada konsep di atas saya nak terangkan lebih lanjut di bawah:


    1.Pemahaman dan Pengamalan Konsep Muamalat dalam bisnes online 


    Apakah Muamalat?! Ianya adalah pensyariatan jual beli yang telah disabitkan  dengan nas al-Quran, hadis dan juga ijmak. Tentulah sebagai seorang muslim, kita selagi boleh mahu mengamalkan adab - adab niaga dan hukum Islam yang tentulah menguntungkan kedua - dua belah pihak. Baik saya mahupun pembeli barangan saya. Di antara hukum muamalat yang sering kita mahupun saya gunakan adalah seperti berikut:

    • Bai’ al-sil’ah bi al-naqd  : iaitu jual beli sesuatu barang dengan mata wang. Jenis ini adalah yang paling meluas berlaku dikalangan manusia. Contohnya ialah membeli sehelai baju dengan Ringgit Malaysia atau US Dollar dan seumpamanya. (Yang ini kebanyakan kita memang amalkan bukan. ada barang jual..dah jual dapat duit.)


    • Bai’ al-istishna’ : iaitu jual beli dalam bentuk tempahan perbuatan barang tertentu dengan spesifikasi yang tertentu yang menghendaki penjual, pemaju, pengilang atau orang lain membuatkan barangan yang ditempah tersebut untuk pembeli. 
    - Dalam konsep atau hukum di atas, kebiasaannya saya akan tanya terlebih dahulu apa yang pelanggan mahukan. Seandainya pelanggan menghidap penyakit tertentu, alahan kepada buahan / kacang tertentu; perlulah saya mencari alternatif lain sebagai bahan gantian. Paling tidak pun disitu, pengetahuan saya sdikit bertambah tentang kesihatan dan masalah pemakanan memandangkan tak semua orang sama. Ciptaan Allah kan berbeza - beza tetapi sempurna. ye dop?! 

    -  Kemudian saya sediakan quoatation / sebutharga yang mudah. sekiranya setuju. Barulah saya beri maklumat akaun pembayaran, no untuk dihubungi, tempat dan masa untuk kutipan atau penghantaran sekiranya perlu. 

    -  Selalunya saya akan minta pelanggan membayar wang pendahuluan sebanyak separuh dari harga yang dipersetujui untuk membeli bahan mentah bagi menghasilkan barangan tersebut. Setelah wang pendahuluan masuk, barulah akad dijalankan. kebisaannya saya akan sebut atau email sebegini pada pelanggan :

    'Saya jual' barangan sekian dengan deposit dari harga sekian sebanyak sekian - sekian.
    dan sekiranya pelanggan meneruskan dengan 'saya beli' atau ' I accept' makanya termaktup sudah tempahan dari pelanggan.

    2.  Konsep Ukhwah dalam Berniaga 

    Persaingan itu adalah sesuatu yang sihat bila berniaga online. Ada orang yang sangat hebat dari segi marketing. Ada yang biasa - biasa sahaja. Paling tidak pun membuatkan kita berusaha menjadi lebih baik dari segi akhlak dan mental. Hormat pada kemahiran orang lain yang sama - sama berniaga seperti kita. Paling tidak pun, mereka akhirnya menjadi penyumbang atau pembekal pada perkhidmatan atau material yang kita gagal perolehi dari pembekal sedia ada. Setuju atau tidak dengan pendapat.

    Testimoni dari pelanggan juga memainkan peranan penting. Sekalipun kekadang marketing kita tak segah mana kerana kekurangan kita dari segi IT dan teknikal. Hebahan dari mulut ke mulut juga sangat - sangat penting. Apatahlagi kebanyakan pengunjung blog kita adalah 'silent reader'. Kalau mereka tak membeli, mereka akan mencadangkan kepada sahabat dan taulan. *kes yang selalu terjadi kepada saya. Alhamdulillah.

    Dan bila kita punya matlamat yang jelas dan ada hala tuju, kebergantungan kita kepada Allah juga kuat. Kita akan jadi lebih redha, lebih banyak beribadat, banyak bersedekah, dhuha dan sebagainya. Mungkin pada sesetengah pada kita nampak kecil sebab ada sesetengah kita tamak dalam mengejar jualan sampai kadang - kadang terlepas pandang. Allah juga yang merancang dan berkehendak kita menjadi sedemikian. Cuma kekadang kita sedar atau tidak.


    ( Pendapatan Pasif / Passive Incomependapatan  yang diperolehi walaupun anda tidak bekerja. Contoh  adalah bunga / interest  bank, deposit /wang pendahuluan , dan royalti.)


    Akhir kata dari saya, inilah nukilan dari saya tentang 
    Bisnes Online pilihan Ida Rahayu/ Sidratul Muntaha dan Income yang Ida Rahayu/ Sidratul Muntaha Impikan dari Bisnes Online

    Dan suka untuk saya memetik:
    Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

    *kemahsyuran, kesenangan takkan berkekalan lama.Untuk Membina sebuah kepercayaan, bertahun - tahun lama. Nak menusnahkan?! Hanya dengan sekelip mata. Pulangkan semuanya kepada Allah kerana Allah lah tempat bergantung kita.

    Jazakallah.

    entry ini ditulis dengan hempas tak berapa pulasnya demi:

    Contest iPhone 5s – Revolusi Bisnes Online ini dibawakan untuk anda oleh Wanita dan Ibu Bisnes Online Dari Rumah dan Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia. Contest ini ditaja olehMamaSihat.Com bersama Kumpulan Pengedar Shaklee di bawah Rangkaian Pengedar Shaklee Malaysia yang menyediakan kepakaran dalam Set Kesuburan Shaklee untuk ikhtiar hamil, Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandungSet Bersalin Shaklee untuk ibu berpantangSet Penyusuan Shaklee untuk ibu menyusuSet Kurus Shaklee untuk Slimming, disamping pelbagai Produk Shaklee lain untuk mengatasi pelbagai maslah kesihatan seperti ESP ShakleeVIVIX Shaklee, juga VIVIX Shaklee untuk ikhtiar berhenti merokokdanVIVIX Shaklee untuk ikhtiar hindar DiabetesSet Anak Pintar Shaklee untuk membantu tingkatkan prestasi pelajar sekolah dan juga kolej. Sekiranya anda berminat, boleh Daftar Ahli Shaklee dengan Pengedar Shaklee Terbaik di sini.


    *Buat juri , penganjur dan pembaca, sebarang kesalahan tatabahasa, rujukan, serta gaya dalam menulis harap diampun dan dimaafkan.




    1 comment:

    1. Assalamualaikum...aduhai...panjangnya entri yang dihasilkan. Ini bukan 400 dah, ia sudah menjadi 4000 patah perkataan. Apapun semoga berjaya dan menjadi pilihan juri. Insya Allah.

      ReplyDelete

    komen jer...

    Para Sarip and Saripah Janjang