Koleksi Kasut Raya Pilihan Anda | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

May 19, 2014

Koleksi Kasut Raya Pilihan Anda



Aidilfitri menjelang tiba seusai Ramadhan melabuhkan tirainya. Datangnya syawal sebagai tanda kemenangan bagi umat Islam, sememangnya dinantikan mereka, baik di desa mahupun kota. Selain dari sepasang pakaian hari raya yang baru, tentu sahaja sepasang kasut raya yang baru digandingkan bersama.

Baik lelaki, wanita mahupun kanak-kanak terutamanya, masing-masing lengkap dengan serba baru daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki. Aidiltfitri  bukan sahaja hari dimana umat Islam bermaaf-maafan diantara satu sama lain, malah ia juga merupakan hari kunjung-mengunjung sesama mereka. Hubungan yang lama terpisah biasanya kembali terjalin dengan tradisi kunjung-mengunjung ini. Oleh yang demikian, sepasang kasut yang selesa dan bergaya merupakan keperluan bagi setiap individu terutama sekali apabila anda bakal menghabiskan masa sepanjang hari mengunjungi kaum keluarga,  sanak - saudara dan sahabat-handai.

Berbanding dengan lelaki, wanita diberikan pilihan kasut yang lebih banyak dan pelbagai. Heels, Flats, wedges, platforms, slip-ons, loafers, sandals, boots dan sneakers; berikut adalah jenis-jenis pilihan kasut untuk  digayakan pada sambutan Hari Raya kelak. Tentu sahaja citarasa setiap individu adalah berlainan. Ada penggemar kasut bertumit seperti heels, platforms, wedges dan boots. Ada juga yang lebih selesai memakai kasut yang bertapak leper seperti flats, slip-ons, loafers dan sandals. Jarang yang memilih untuk memakai sneakers pada sambutan perayaan seperti ini, tetapi jika itu pilihan anda, mengapa tidak?





Bagi lelaki pula, pilihan kasut yang tersedia adalah sneakers, boots, boat shoes, loafers, brogues, slip-ons dan juga sandals. Kebiasaannya, ketika sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, majoriti lelaki akan memakai kasut jenis brogues, loafers dan juga sandals. Ini kerana, kasut-kasut berikut lebih sesuai untuk dipadankan dengan persalinan tradisional seperti baju melayu dan jubah. Jadi, apakah kasut raya pilihan anda untuk tahun ini? Apa pun pilihan anda, pastikan ia memberikan keselesaan yang optima dan pada masa yang sama menyerlahkan lagi penampilan anda. 

Untuk koleksi kasut raya terkini dengan harga yang amat berpatutan, lawati laman web ZALORA Malaysia hari ini juga!

7 comments:

  1. tugasan besar dr nuffnang ke beb??
    masyuk lah lepas nih..:P

    ReplyDelete
  2. aku nie bab kasut la leceh...malas tul...lain la BFF ku..nie fav dia.

    ReplyDelete
  3. Ok gak klu beli kasut kat zalora kan...emmm owh kasut raya color apekah...mmg rasa selesa klu dapat pkai snikers or flipflop kan...cam nak rembat gak tp utk jejalan...hehehe

    ReplyDelete
  4. pilih je ye..hanya dihujung jari klik klik je katanya :)

    tahniah dear :)

    ReplyDelete

komen jer...

Para Sarip and Saripah Janjang