Salam guys..
Tentera Jepun dah kalah perang
yay!!
sambung pose balik.seronok mak, noks!
hamboi kemain lagi haku kan?!
tak senonoh sikit pangai arini
tapi takpelah
arini nak kongsi resepi yang rasanya terlalu ramai orang dah buat, tapi aku baru nak buat.
Resepi Lapis Roti BBQ Daging Bercheese
Bahan - bahan:400gram daging lembu kisar (brand ramly kami guna)
2 ulas bawang besar
1 - 2 biji telur
Cheddar cheese slice secukupnya
1/2 mangkuk kecil perapan BBQ
*resepi boleh refer kat sini :
http://iceboxrivet.blogspot.com/2014/07/make-your-own-bulgogi-bulgogi-recipe.html
roti putih secukupnya
1 sudu teh serbuk kiub ayam
1 sudu kecil serbuk halia
1 sudu kecil rosemary kering
1 sudu kecil basil kering
Cara - caranya:
Potong dadu bawang putih dan bawang besar
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau
Masukkan daging, serbuk herba dan rempah, serbuk halia, serta serbuk kiub ayam.
Masukkan perapan sos BBQ dan masak hingga daging mula terpisah sedikit demi sedikit
Masukkan garam dan gula dan reneh sehingga daging betul masak dan empuk. Ketepikan dan biarkan sejuk
Pukul telur sampai kembang dengan sedikit garam, susu segar dan lada hitam kasar. (saya tambah lada hitam dan susu ni sebab suka)
Potong cheddar cheese memanjang. Senang sikit nak tabur pada roti nanti
Ni la inti daging yang dah siap tadi.
So, bolehlah kita susun dalam casserole atau dalam bekas aluminum foil sebelum bakar dalam oven atau pemanggang ajaib
aturannya lebih kurang begini :
ROTI - DAGING - CHEESE - ROTI - DAGING - CHEESE - ROTI - DAGING - CHEESE - SOS CILI - THOUSAND ISLAND SOS
*(2 sos cili tu saya tambah sendiri)
1.Mula - mula begini
2.Kemudian begini
3.Akhir sekali begini. kemudian bakar dalam oven yang telah dipanaskan (180 degree 15 - 20min) atau dalam pemanggang ajaib dengan menggunakan bekas aluminum foil berdasarkan size pemanggang ajaib masing - masing.
Tara!! dah siap.memang hangit sikit atasnya sebab saya suke hangit - hangit..
Heavennya..
Selamat Mencuba!!
ada aku tgk resepi smlm roti cheese daging...rs mcm nk buat tp tktau bila..hahaha...
ReplyDeleteWOW...sgt menggoda....
ReplyDeleteutk pencicah popia goreng hari tu,,aku guna thai chili sos jer..sbb malas nak buat. tapi kalau yg biasa..aku just blend cili merah..buang biji sikit..ngan bawang putih. pas tu masak..sampai cili tu masak & pekat. tambah garam, gula & sikit cuka...siap.
Boleh buat idea untuk berbuka puasa ni...
ReplyDeleteyumyum
ReplyDeletewaaa menarik. boleh try...
ReplyDeletekite dah 6 hari angkat bendera huhuh
sedapnya
ReplyDeleteBOLEH BUAT NI KAKAK...NAMPAK OK JUGAK..BAHAN BANYAK ADA KAT UMAH
ReplyDeletefulammakkk.. boleh cuba neh!
ReplyDeletethanks beb~ sbb rajin kongsi resipi~
adehhh..merembes air liur akuuuu..
ReplyDeletenampak sedap.. boleh cuba ni.
ReplyDeletenapak best jer ni...leh la try
ReplyDeleteyumyyyyy menyelerakan ...
ReplyDelete