Suatu Masa Dahulu | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Dec 21, 2016

Suatu Masa Dahulu

No automatic alt text available.

Salam Alaik
zaman aktif niaga kek..
zaman yang rainbow cake dengan red velvet cake tengah femes.
alhamdulillah, Allah lorongkan rezeki dan peluang masa tu kerana anak2.
masa tu semangat nak berniaga kuat kerana hilang satu punca pendapatan dalam keluarga kecil kami ni selama 1 - 2 tahun.
our "breadwinner" bertahan dengan pekerjaan yang hanya mampu bulan tu bayar sewa rumah sahaja.
tersenyum sendiri bila teringat jatuh bangun kami suami isteri kala tu.
hanya Allah sahaja yang tahu peritnya.
tak sangka boleh bertahan tanpa bantuan sesiapa.
mujur juga masa tu kereta yang bergerak tak ditarik bank.
Mujur ada motor usang buat mencari pekerjaan baru yang lebih baik oleh 'org umah'
Allah, Allah..
betapa kuasa Allah yang Maha Berkehendak dan Merancang.
Mujur kami bertahan dengan pekerjaan sekarang.
Tapi kesabaran ini terbayar sedikit demi sedikit
Takdelah kaya sekarang ni, masih tak mampu nak beli rumah.
Masih tak mampu nak melancong dalam negara pun
Masih tak mampu nak makan kat fancy restaurant
Masih tak mampu nak bermewah - mewah dan bermegah - megah dengan perhiasan atau dengan barangan terkini.
Hutang pun masih banyak kerana kegagalan kewangan masa lampau
Akan tetapi masih boleh ada beras dan lauk dan tempat berteduh, anak - anak bersekolah di sekolah yang baik.
Ada kawan - kawan yang baik dalam lingkungan pekerjaan, yang banyak membantu serba sedikit dalam urusan persekolah anak - anak.
Dalam lingkungan sosial itu lumrah kerana ada pasang surutnya, sebab status quo tu yang buat kita akan dijauhi dengan orang - orang yang hanya mahu keseronokan dalam pergaulan.
Sekarang ni memang tak menjual, sebab frasa sekarang menuntut lebihkan perhatian pada pengajian dan perkembangan anak - anak.
Masih juga ambil tempahan tapi bukan yang aktif / urgent.
Cuma selalu berdoa supaya kesihatan sekarang bertambah baik dan juga moga ada rezeki lebih dimana - mana yang hijabnya Allah tutupkan dahulu supaya dapat dikongsikan dengan yang lebih berhak.
Maaflah kalau celoteh terlalu panjang.
FB ni ada bagus bila kala kita tergelincir dalam menjalani hidup kita, kita rewind balik.. kita refresh masa kita takde sesiapa, tak punya sesiapa, dan kita bukan sesiapa pada mata dunia, pada mata manusia..apatahlagi pada sisi Allah.

5 comments:

  1. kenangan suatu masa dlu menjual kn..aku pn rindu nk membuat kek cawan..dlu buat suka2 je tp bila ada nk order, buat juga la...tp sbb dh bz ngan kj..xdpt truskan lg...eh nk cuti2 try buka traveloka...time ada promo bole dpt murah juga...aku ada update kt blog psl traveloka..try la...dkt2 je pn ok..janji ada pool hehe

    ReplyDelete
  2. haish.. sedapnya sis kek tu... akak mmg suka makan kek... InsyaaAllah semoga sis dimurahkan rezeki sentiasa di masa hadapan...

    ReplyDelete
  3. Pengalaman memang guru paling best-lah. Pembelajaran terbaik.
    Tempat bercermin macam wajah, mana-mana yang kurang tinggal poles lagi supaya lebih cunm

    ReplyDelete
  4. takpe makde, akan ada sinar di balik semua kegelapan tu kan
    kurang-kurang makde ada pakde ada anak2
    rezeki jugak tu
    hehe...ameen
    tie doakan yang thorbaik

    ReplyDelete

komen jer...

Para Sarip and Saripah Janjang