Salam Alaik
Bersiaran lagi hari ini
Jumaat Barokah
ramai orang masih cuti lagi.
kot?
inikan raya.
oklah.
ini hari mahu kongsi resepi ayam bakar sejenis campak - campak je mesti jadi.
janji duitnya ade.
ahhaha malu apa bossku?!
bahan - bahan:
ayam 1 ekor.dibersihkan isinya.
2 biji lemon, dihiris ikut suka
3 batang lobak merah. dipotong memanjang
2 biji kentang, potong dadu
serbuk lada hitam 3 sudu besar
serbuk lada putih 3 sudu besar
mixed herbs 2 sudu besar
serbuk paprika 1 sudu besar
serbuk pati ayam knorr 1 sudu besar
halia 2 inci. dicincang halus
mentega 1 buku
bawang putih 5 ulas
garam 1 sudu kecil
gula 2 sudu besar
cara - cara:
gaulkan ayam dengan kesemua bahan - bahan tadi
perap selama 1 - 2 jam.
nak lagi sedap perap semalaman.
lepas dah perap
bakar la selama 45 minit ke 1 jam
pada suhu 180 - 200 degree celcius
bergantung dengan size ayam anda.
selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment
komen jer...