Girls Day Outing 21hb Nov 2021 | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Nov 23, 2021

Girls Day Outing 21hb Nov 2021




Catatan Lontar Belakang 21hb November 2021:

Girls Day Outing.
Semalam hari yang panjang.
Berliku dan banyak ujian pula nak tunaikan hasrat anak dara nan seorang ini.
Cuma boleh ucapkan syukur bahawa punya anak dara yang 'Hati kau keras roy' ni..
Tapi tak pernah bersungut bila kereta selalu problem tengah jalan.
Sejenis bila kena perli miskin tak mampu beli buku dengan somebody, tapi dia chill letak prinsip bahawasanya ilmu tinggi pun tak mampu beli adab seseorang.
Sejenis tak hipokrit.
Sejenis boleh tolak ansur bila yang dimintak tak dapat pada saat dan ketika itu.
Sejenis hari ni gaduh esok dah boleh rilek.
Sejenis yang daku pun tak tahu dia ni jiwa laki ke perempuan.
Ada masa switch on.
Ada masa switch off.
Ini sekadar coretan buat anak.
Bukan memuja memuji.
Setiap kita diberi ujian dalam mendidik anak - anak.
Ada yang sempurna akhlak dan ibadat. Tapi kureng tang akademik dan kemahiran hidup.
Begitu sebaliknya.
Setiap anak itu berbeza.
Tidak kisahlah satu ke..dua ke.. atau lebih.
Tak usah banding.
Nanti kau yang sakit.
Amanah ini besar nak dijaga sebab kat akhirat nanti besar kecil halal haram apa yang diberi pada anak.
Itulah yang ditanya.
Sekian nyanyahan dari daku.
Tetiba ada lagu Didi and Friend dalam kepala:
Mengantuk mengantuk nak tido mana
Mengantuk memgantuk tolonglah saya
πŸ™„πŸ™„πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…


 

4 comments:

  1. Kawan gaduh, kawan main ibulah ni hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ina
      Ni hari hati bergaduh.
      Rasa nak cili je mulut dia.

      Delete
  2. sama macam anak dara ammi...sejenis yg tanya sekali kalau tak dapat dia redho..

    tanya abahnya nak keluar dengan kawan, abah tak pagi dia redho. tak buat muka. Kalau ammi confirm dah merajuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita mak mak ni mmg sentap kalau tak dpt.
      Yelah.
      Itulah me time kita kan

      Delete

komen jer...

Para Sarip and Saripah Janjang