Doa Yang Baik - Baik Selalu Dalam Kehidupan | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Jan 31, 2022

Doa Yang Baik - Baik Selalu Dalam Kehidupan


Selamat pagi 31hb januari 2022
Selamat hari Isnin.
Hari bekerja buat pemakan gaji seperti saya.
Hari - hari biasa penuh liku kehidupan buat abam panda sebelah saya: collection last week tak sampai rm200. Reason: orang dh mula balik kampung, orang dh mula catu makan/berjimat kerana ekonomi dan politik tak stabil.
So..rezeki masing - masing.
Yang tak tahu dengan situasi dan sistem , mohon berhenti bercakap tentang perkara yang kalian tak tahu.

Oh ye.
Mujur ada kerja tetap buat saya untuk bantu abam panda dan sekolah anak - anak.
Mujur ada motor buat bergerak.
Mujur ada kereta saga buruk kadang boleh start kadang tak boleh.
Mujur lalu melintang patah.
Hadapi dengan tenang.
Hari ni tak makan.esok ada makanan.apa ade hal

Buat yang masih dan sedang bergelut dengan kehidupan
Tabahlah.
Bahagia itu bukan percuma.
Syurga itu bukan percuma.
Yakinlah.
Setiap yang kita hadapi itu ada ganjaran yang menanti.

Hari ini gagal.
Esok cuba lagi dan lagi.

Eh eh.
Kenapa bersemangat sangat ni?
Tataulah.
Maybe sebab esok cuti raya kot?
😆😆🤣😆😆😆😉

Ps: ujian dalam perkahwinan:

Setia dan kuatnya isteri bila diuji dengan suami tak punya apa - apa.
Setia dan sabarya suami bila diuji dengan isteri sakit.

#doaselaluyangbaikbaikdalamkehidupan

No comments:

Post a Comment

komen jer...

Para Sarip and Saripah Janjang