Kisah 3 Jam Lebih Yang Panjang,4hb April 2022.
1. Jam 11.42 pagi sampai di INSTAR. Buat RTK. Alhamdulillah.Negative dan proceed pendaftaran asrama.
2. Selepas daftar, unloading semua barang - barang abang long.
Menolak dan angkat satu persatu barang - barang dari bawah hingga tingkat 3. Dengan puasanya dan buat sendiri sebab kawan - kawan pun terpaksa angkat sendiri. Mujur pakai T Shirt berkolar dan kasut sukan. Tengok kawan - kawan F2 lain pakai baju batik dan kasut kulit. Lagi pishangg rasanya kalau abang long pakai gitu.
3. Jam 2.30 petang,baru selesai letak barang. Sambung pula ke koperasi dan bilik spbt. Akhirnya jam 3.15 petang selesai.
Nak tolong tak boleh.
SOP pun tak bagi ibubapa naik ke asrama.
Mampu bagi semangat tuk dia angkat and uruskan.
Kalau bukan bulan ramadhan.laju je keje.
Takpelah.merantau menuntut ilmu ni Allah banyak bagi ujian dan pengalaman.
Macam pagi tu sebelum hantar, kereta sewa meragam tak boleh unlock dan alarm berbunyi - bunyi.
Pendek kata. Kali ni nak hantar abang long, Allah bagi ujian kenderaan tu tak sudah. Senyum sendiri sebab kami tahu, rezeki abang long ni didatangi dengan pelbagai ujian. Kemudian Allah bagi rezeki tak terduga.
Buat anak - anak asrama lain.
Acik doakan kalian selalu kuat dan sabar.
Dipermudahkan urusan.
Dan cemerlang dalam pembelajaran kalian.
Buat acik - acik lain yang kirim - kirim belanja sekolah abang long. Insyaa allah acik ayu lunaskan semua belanja abang long di asrama.
Moga terus mengalir pahala yang memberi dalam setiap langkah dia dalam menuntut ilmu setiap waktu.
ulang alik tingkat 3 naik turun bawa 2 luggages, 2 container besar, 2 beg sekolah, and 1 baldi.
lencun. rehat jap
ni last sebelum lambai - lambai dia naik asrama.
Dewan Gemilang InSTAR
buat RTK kat sini.
last peluk dari Babah. even orang tua ni barannya kuat. cengeng juga bila anak balik asrama
masa memula unloading.
baju sekolah, baju melayu putih, baju melayu untuk prep, semua gosok siap - siap.
lepak tepi longkang. time ni ade 2 container besar tak bawak naik lagi.
ulang alik dari tingkat 3.
puasa - puasa plak tu
masa ranciak membawa...
jumpa lagi dalam 2 minggu Abang Long.
mudah - mudaha cemerlang dalam agama dan akademik serta terpelihara adab pekertimu.
amin
Besar ujian, besar ganjarannya nanti :)
ReplyDelete