Throwback 29hb April 2022 : Catatan Perjalanan Amik Abang Long di Pekan, Pahang | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

May 19, 2022

Throwback 29hb April 2022 : Catatan Perjalanan Amik Abang Long di Pekan, Pahang



Dari Batu Caves 6.55 pagi - 11.05 pagi tiba di SBPI TUN ABDUL RAZAK.
Berhenti sekali sahaja kat Lentang sebab pilot ngantuk.
Lepas tu smooth sailing membelah lebuhraya.takde stop stop dah.
Sampai je..
Tak cam mana satu abang long.
Dia lambai - lambai tangan barulah nampak.
Dah susut dh budak tong gas ni.



Tapi tak menahan berbotol - botol air 100 plus and bertin - tin air soya + kelapa muda dia hangkut balik.
Luggage pun 1 je dia bawak.
Tapi beg buku sekolah ya ampun.
Beratnya.
Tapi dia cakap okay je sebab ada banyak homework, pastu kena buat mind map atas mahjong paper tuk geografi presentation nanti.
Dia cakap tak kuasa nak kena denda kalau tak siap homework.


Kawan - kawan dia ramai abang - abang senior f4 and f5.
Yelah.masa register last year, abam - abam tu la yg tolong angkut barang - barang dia. So dh jadi kawan baik nampak?!😏
Siap salam - salam.
Siap berbalas pesan: jaga diri aqil,selamat hari raya,maaf zahir batin.
Adehh..dah lama plak ibu tunggu dia abis salam semua abam - abam kesayangan dia and bff sekelas.
Siap lambai - lambai dengan girls 2 - 3 org berbalas - balas. 🙄🙄🙄
Siap cakap: ibu,tu kawan je tau. Diaorg selalu tegur - tegur aqil and ajak borak dalam kelas. 😳😳



Dalam kereta membebel - bebel cerita aktiviti sekolah.
Cerita yang dia dh paham pasal algebra sebab banyak tanya cikgu and buat latihan hari - hari.
Muka tak boleh blah macam relief ngat.
Yoooolah.🤣🤣
Sempat juga amik gambar kelas ramai - ramai and gambar 1 batch dia.
Seronok tengok dia sekolah.
Kurus pun kurus dh badan.
Belajar pun fokus.


xoxo

No comments:

Post a Comment

komen jer...

Para Sarip and Saripah Janjang