Throwback 1st Jan 2023
SMO BOOKSTORE
(L3-35, Level 3, East Coast Mall,, Jalan Putra Square 6,Putra Square,, Kuantan, 25200 Kuantan, Pahang)
alhamdulilah.
Adik - beradik berdua tu hobi tak high maintenance / high tech gadget.
Mereka berdua pencinta buku sekarang.
Dulu ibu dia hantu buku ,komik and manga.
Merayau and merayap asal ada BBW atau Pesta Buku.
Sekarang sudah B40 sipi - sipi M40, semuanya kena catu - catu.
Dulu baca buku untuk belajar tatabahasa dan merumuskan karangan.
Sekarang baca buku untuk cetusan idea bagi penulisan karangan fantasi/ fiksyen/ pengalaman ; trauma/sedih/gembira serta meningkatkan perbendaharaan kata.
- serious rasa janggal bila mek ara tegur begini:
dah merengek tu tak perlulah mendesah. Dan macam bunyi kambing kena cekik.
WHAT?!!
- si abang pula masih dengan komik dan perasan mula suka ayat - ayat pujangga/puisi.
Amboi. Keremajaan telah tiba.
Macam Tora Telah Datang Lagi!!
Oh ye.
Membership dapat potongan 10% untuk semua barangan dan bahan - bahan bacaan.
Berbaloi untuk setiap pembelian.
Kalau di kedai buku lain,ada sesetengahnya hanya buku latihan sahaja dapat potongan.novel semua takde potongan.
Dalam smo ni juga ada sudut permainan kanak - kanak.
Andaikata perlukan masa menelaah barang dan buku dan ada anak kecil, bolehlah bawa mereka bermain di sudut tersebut.
Oh ye lagi satu.
Kalau berbelanja di Negeri Pahang setiap hari sabtu,ahad dan cuti umum..
Sila bawa beg shopping sendiri.
Tiada beg plastik untuk hari tersebut.
Bayar pun mereka takkan terima.
Kami?
Suka je.
Kurang pencemaran dan sampah merata.
No comments:
Post a Comment
komen jer...