Aku Bukan Menolak Kebaikan Tapi biarlah Jelas hukum dan nasnya = Jangan Cepat Menerima dan menelan dan sewenangnya menjatuhkan hukum! | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Sep 30, 2010

Aku Bukan Menolak Kebaikan Tapi biarlah Jelas hukum dan nasnya = Jangan Cepat Menerima dan menelan dan sewenangnya menjatuhkan hukum!

salam guys..
dalam tak sihat - sihat dan tak bape nak blogwalking blog korang nih..
aku terjumpa dan terbaca pasal hukum ikat tudung/ pin ke belakang tu menyerupai paderi kristian..haramlah,dan sebagainya..

astaghfirullah..
aku kesal dgn orang yg menulis artikel ni sebab ade hamba Allah memberi respon bahawa artikel ni dahlah ditulis oleh org yg belum tentu lagi sahih dan dalamnya ilmu agamanya atau bertauliah untuk menulis tentang perkara - perkara sebegini,sudah tu mengambil gambar salah seorang saudaranya sebagai rujukan,
sedangkan saudaranya itu sedang mengalami kesedihan dan kehilangan.
sudahlah gambar pengantin perempuan tu dicopy paste dan dierasekan mukanya tanpa keizinan si pemilik,
bahkan dijadikan sebagai bahan bukti contoh yang tidak baik.


aku jadi sakit hati juga sebab kenapa artikel sebegini wujud?
siapa yg menulis?
apa tujuan si penulis menulis?
nak tunjuk pandai?
nak mencetuskan provokasi?
guna akal atau tidak si penulis?
dari sumber dan rujukan mana si penulis ini ambil sehingga sewenangnya meletakkan hukum?
berhemahkah si penulis bila berbuat demikian?
sudahlah mencuri gambar orang lain,selepas itu sesuka hati menulis artikel untuk jadi bahan rujukan kebaikan kononnya..sedangkan penulis sendiri mencuri..

setahu dan sepahaman aku..
memang haram jika meniru sesuatu yang menonjolkan aurat dan buat penambahan mcm rambut/sanggul palsu dan jugak bulu mata palsu.
kenapa hanya dengan menambah sedikit ikatan di belakang untuk mengemaskan tudung tu  sedikit,sudah dichop sebagai meniru .

guys..
sudah - sudahlah buat n3 dari forward email yg tak bermanfaat macam ni..
cari rujukan dahaulu sebelum buat n3 begini.
daku faham kalian memang ingin berkongsi kebaikan..
tapi biarlah yang jelas.

lagipun..
penulisan dalam blog ni melambangkan diri kita..
jangan mengikut - ikut...

lagi satu...
jangan mudah memanggil sesuka hati yg non muslim tu kafir...
itu mencemuh namanya..
korang tahu tak,berdosa jika kita panggil org yg bukan seagama dengan kita itu kafir sedangkan kita sendiri tidak pernah berdakwah pada mereka,dan jarang menunjukkan ciri - ciri seorang penganut islam yang baik di hadapan mereka.
dan jangan sesuka hati mendabik  dada mengaku kita ni islam sejati sedangkan kita sendiri tunggang langgang.


sorilah kalau ada yang terasa tapi aku mesti cakap jugak sebab dalam fb pun berlambak - lambak benda fraud macam ni..
tu belum lagi pasal video turunnya malaikat dekat - dekat kaabah aritu..
tengok title pun aku dah tahu menipu.
nilah jadinya bila kurangnya pengetahuan dan rujukan.
main terima jer...

aku pun bukannya baik pun dan alim,tapi berpada - padalah..
dari direct terus buat n3 hukum - hukum ni..
baik buat n3 fardhu ain dan fardhu kifayah yang paling basic.
tak payahlah citer pasal zihar ker qisas ker..
tapi citerlah pasal perkara - perkara yang membatalkan wudhuk ker..
perkara - perkara yang membatalkan solat ker
rukun iman ker rukun islam ker...
tu lagi bagus sebab kita mengulangkaji..

dah  abis dah..
jangan terasa sebab aku tak maksudkan sesesapa tau!
jangan main sentimen dan jugak buat provokasi dengan n3 aku ni.
malas nak radikal - radikal lagi..
sekian.

3 comments:

  1. sememangnya non muslim itu adalah kafir... mmg dah nama bukan islam mmg laaa kafir. no compromise pun untuk itu. tapi, tak sedap kan bahasa tu. even kita sebut kafir tu pada yang hak nya pun kedengaran kasar. inikan pula kalau orang islam mudah-mudah dilabelkan begitu.

    pasal gambar pemakaian tudung tu, aku pun tak berapa suka disebar-sebarkan.. macam yang ko kata laaaa, pa tujuan? nak tunjuk pandai ke apa... dakwah banyak cara lain kan........

    btw, aku tak berapa suka juga butang ke belakang, rimas.. tapi, kadang2 pin kan jugak (nak nampak kemas)

    ReplyDelete
  2. sokong N3 ko.. mmg bende camgini pon ade yg nk buat kontroversi, mmg btui tujuan utama kita pin tudung kat blakang tu tuk kemaskan lagi tudung tu, tak penah pikiq pon yg sister agama kristian pon pakai camgini, jadi mcm mana nk tiru, yg pasti niat kita bertudung hanya Allah saja yg tahu..

    maaf andai sy salah..

    ReplyDelete
  3. yup.. aku memang setuju dgn entry ni.. aku nak tulis cenggini tapi aku takut .. ko memang berani.. aku salute la.. ye la aku ni kan mcm ni kang aku tulis orang ckp aku ni dahlah tak bertudung.. memandai2 jek.. tapi betul ckp ko jgn sedap meletakkan hukum pada orang... kadang2 biler aku pakai tudung tak terniat pun nak ikut mcm SISTER.. cuma nak nampak kemas & cun jek.. hehhe.. ape2 pun aku memang suka entry ni..

    ReplyDelete

komen jer...

Para Sarip and Saripah Janjang