Salam Guys..
Hari ni baru adelah kot mood sikit - sikit.
ni kes bendera jepun la..
adoi..
up side down
as usual, entry resepi punyalah banyk dalam draft.
but then nak updatenya kemain lagi
tu belum lagi nak BW korang
mintak maaf banyak - banyak la pada korang yang selalu singga..
rajin tinggalkan komen
even blog kami bukanlah blog orang yang femes ames..
tpi dengan kunjungan korang la.dgn komen2 korang la blog ni meriah sikit..
ahhahaha
meh - meh nak share resepi cake lagi dengan korang
aku ni bkn la antu cake sangat tapi buat kerana minat, suke, sbb anak - anak mintak buatkan..
tapi lebih specifik kepada anak - anak nak makan sebenarnya.
Peach Snow Cheesecake
Sponge Cake:
1 1/4 cawan tepung naik sendiri (self rising flour)
3 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula castor
4 biji telur
2 sudu besar Ovalette
1 sudu besar essen vanila
70gram marjerin/mentega cair
1 biji buah peach dipotong dadu
Filing dan Topping:
250gram creamcheese
2/3 tin susu pekat manis
sedikit perahan lemon
100gram keju cheddar parut
sedikit hirisan buah peach untuk hiasan
Cara - cara:
satukan kesemua bahan kecuali mentega/marjerin cair dan buah peach
putar sampai warnanya memutih
kemudian masukkan mentega/marjerin cair tadi dan putar lagi sehingga kembang dan gebu
tuang batter ke dalam loyang pembakar size 9 inci dan taburkan buah peach yang dipotong dadu
bakar pada suhu 150 degree celsius selama 1 jam atau cake bersih bila dicucuk pada bahagian tengah
setelah cake masak, sejukkan.
kemudian pukul creamcheese dgn susu dan sedikit perahan lemon
belah cake kepada 2 bahagian
kemudian lepa dengan creamcheese dan jugak taburkan keju cheddar serta hiasi dengan hirisan buah peach
selamat mencuba!!
nampak perkataan cheesecake
ReplyDeletelaju2 click haha
suka makan tp xpandai masak
nak cuba tp seru blom sampai haha
mengada sungguh
makin lama makin meriah hasil2 resipi ayu...best3x..kite mmg tak retilah wat sndiri..manjang beli siap or oder jek..hukhuk
ReplyDelete