Assalamulaikum
selamat bersiaran semula
kali ni nak rajin kot berblog semula
sekadar buat terapi dan mencari ketenangan.
yelah
blog sekarang dah tak relevant.
so kurang sikit orang komen yang menyakitkan hati dan jugding kalau di mukabuku dan twitterland.
oh ye, khamis lepas kami buat mee honn sup bod0 ni je.
aih..
kasar nau tapi bodo tu maksudnya kosong or takdelah meriah.
resepinya pun mudah:
Bahan - Bahan:
Bahan Kuah Rebusan:
300 - 400 gram daging, dicincang atau dipotong ikut suka
2 inci halia - hiris halus
10 ulas bawang putih - hiris halus
1 sudu besar lada sulah
5 sekawan
1 labu bawang besar - belah 4
Bahan Celur :
Meeohon Secukupnya
Chili Oil
Sayur - sayuran ikut suka (kami petik dari pasu je)
Cara - Caranya:
Rebuskan semua bahan rebusan dengan api perlahan.
Sampai daging empuk.
serasikan garam gula kalau suka
Untuk Hidangan :
Celurkan Mee Hoon dan Sayur ikut suka
Hidangkan dengan chili oil kalau korang ada.
Siap!
Btw, kenapa kami kata sayur dari kebun pasu.
ni haa.. kay bawah ni.
sambil belek - belek
sambil tanam
tuailah sesekali
tak banyak tapi cukuplah buat masak
sayur mayur bukan murah sekarang
Itu bihun cerdik pandai tu...hehehe...suka tengok kebun tu...meriah...segar2 tanaman
ReplyDeleteNanti boleh tukar-tukar pasu sayur ahaks!
ReplyDeletesalam dear..alhamdulillah..aku & anak2 sihat2 je. harap kau & family pun sihat2 juga...
ReplyDeleteni bukan mee hoon bodow ni..nampak cedap je..
suka tgk gardening ni..elok je jadi
ko pun take care, stay safe key!
kalau ammi bila ada daging dah jadi bihun pandai. selalu kalau buat mihun sup bodo kat rumah...tumbuk bawang merah + bwang putih + lada hitam masuk air/ kiub ayam pastu masuk mihun pecah telur. bodoh tak?
ReplyDelete