PKSK 2023 Mek Ara!! | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Mar 9, 2023

PKSK 2023 Mek Ara!!

 Salam Hari Khamis buat Semua.

Ni kisah throwback febuari 2023. 8hb feb 2023.
Mek Ara attend Pksk di Intergomb.
Sesi pertama 7.30 - 10.45 pagi.
10.27 dah kuar.
Bangun jam 5 lebih.
Siap lebih kurang, sarap roti bakar kami buat and teh o panas.
Jam 6 lebih, dah gerak naik motor dengan Babahnya dari Sg Tua ni ke Gombak.
Rezeki Mek ara juga Babahnya handle kali ni.
Dulu masa abg long,ibu yang uruskan.
Apa yang penting kerjasama.🥰
Sampai kat sana, Babah cerita dia urus sendiri.
Tengok dari jauh je ,snap gambar sekeping dua.pastu pegi.
😅😅
Atrikulasi pilihan - Gejala Media Sosial Terhadap Remaja.
(Siap cerita yang kebaikan pembelajaran dalam talian macam youtube. Lepas tu keburukan tiktok kerana trend merbahaya - prank siram air panas.
Kami tanya tak berat ke topik tu? Di just cakap, itu je yang ada idea nak tulis 🙄🙄).
- set dia hanya dapat 3 soalan math.
- banyak soalan pengetahuan am dan sejarah.
- english dan sains katanya banyak soalan dari silibus tahun 5 dan 6.
Apapun kata dia, lega dapat jawab hasil buat latihan2 upsr tahun - tahun sebelum dan sejarah tahun 5 dan 6.
Sangat - sangat membantu.
Jujur,kami tak pergi pun sebarang bengkel atau seminar yang mahal - mahal tu.
Tuisyen pun tak kali ni.sekadar beli buku latihan murah - murah and guide mek study.
Ada naik turun tapi istiqamah tu penting.
Manj jadda wa jadda.
Mudahan Mek ara dapat sama sbpi dgn abg long atau yang satu negeri. (INSTAR/INTEK/INSOFT)
Amin.
Bittaufiq wannajah untuk anak - anak sesi berikutnya ye.
🌹🌹

ps: dup dap, result keluar jumaat ni 17hb. mudahan ada rezeki buat Mek Ara






2 comments:

  1. InsyaAllah ada rezeki untuk Ara...moga sentiasa berjaya cemerlang dunia akhirat...doakan Pia hari ni keputusan UPKK,maknya yang berdebar lebih ni huhu

    ReplyDelete

komen jer...

Para Sarip and Saripah Janjang