Baru je komen mengomen dengan kak Suhaini Binti Saperan pasal pokok lobak putih yang daunnya macam sawi.
Dah pulak menuai pucuk labu ni dengan terung,bendi,daun limau purut,daun kunyit,serai dan daun kari.
Ada yang tanam sendiri ada,yang dapat dari mak kami dan sambung bela.
Yang pasti yang tanam sendiri:
Labu kuning tu, bendi dan serai.
Kami keringkan,kemudian tanam terus dalam 3 biji pasu sederhana.
Serai pun tanam terus dalam pasu, cucuk terus dari batang serai yang ada sedikit akarnya.
Bendi ni pun tanam sendiri. Benih dari kedai rm2/ Giant.
Masa nak petik pucuk labu tu, melintas tupai dari atas rumah.
Memula ingatkan musang. Tapi bukan.
Dah macam chipmunk pula.
Pokok limau kasturi dengan limau purut banyak berbuah tu
Jap lagi lah petik.
Karang kena kenduri pula semua.
Sama - sama kita rasa ye tupai.
Jangan rembat semua...
Ahahha.
( update: dah petik.)
Seronoknya tanam- tanam..SA ada beli 5 batang anak pokok terung pelbagai jenis...lepas tu dah alihkan dalam polybag yang besar..esok nak amik gambar la..hahahaha
ReplyDeletei sukaaaaa la tgk org tanam mcm2..my mini garden tu tak delah pokok labu or bendi..serai dan kunyit pun dh mati...so now tinggal cili, kari, pandan, limau kasturi, limau purut jer, nanas baru tanam, sbb ari tu beli nanas then tanam teruslah pucuk dia tu
ReplyDeleteseronok tengok kebun tepi rumah menghijau dan meriah hasilnya. Alhamdulillah..
ReplyDeleteHebat ayu menanam..cantik2x hasilnya..kita serai pon beli kat kedai je 😂
ReplyDelete