- Isnin dah nak masuk serama balik
- Setiap hari dia jadi bahan bebelanku dan perisai amarahku.
- Hari ni selesai puasa 6 dia. JENUH WEI NAK 1 HARI 1 RESEPI ALA - ALA KHAIRUL MING!
- Menu yang dia masak sambil kena amuk denganku sebab asyik tanya betul ke tak: BUTTERCHICKEN, SALTED EGG CHICKEN, MASAK PINDANG SIAKAP EKOR..
- Mujur ibu kau tanam daun kari. Sedap ye kau masak guna menatang tu.
- kenapa menaip macam marah? Sebab daku gagal kecilkan bahu baju melayu abg long.aahah. benak sungguh sekali dah tengok video berkali. Arhhh! Fedap!
Esok katanya nak cari kasut dan alatan menulis.
Mujur ada duit biasiswa sukan peram tahun lepas.
Lepaslah buat lanje keperluan asrama kali ni yang besar - besar.
Cuma boleh ucap terima kasih dalam doa buat Muallimah Rozielah dan Instar kerana mengusahakan.
Benda bukan senang nak dapat.
Semuanya datang dengan tanggungjawab.
Mudahan mengalir pahala pembayar cukai dalam penjanaan biasiswa tersebut.
Tu jelah nak bebel.
Sebenarnya baru tengok apa abg long beli tadi.
Toiletteries,selipar baru size kaki anak gajah
Dengan liquid detergent.
Tanya berapa banyak hangus?
Dia cakap: abg long jimat2 je ibu.nak kena beli buku kerja sekolah nanti.
( baru kau tahu urus belanja guna duit sendiri. Kalau tak semua main order.)
Ok dah habis menyayah.
Catatan buat kenangan je.
Nanti kalau panjang umur,boleh buat membahan anak - anak.
begitu la ragam anak2 dok asrama kan..
ReplyDeletemoga yg baik2 saja utk abg long yer.. aamiin
amin dengan doanya Dear. jujur, memang tak bersedia nak melepaskan. tapi kalau Allah kata kun faya kun. jadilah ia.
Delete