Selamat Datang 2024: Rasminya Sebagai Tc. Ida Rahayu ( Certified Technician In Aerospace and Aviation Technology) by Malaysia Board Of Technology (MBOT) | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Jan 2, 2024

Selamat Datang 2024: Rasminya Sebagai Tc. Ida Rahayu ( Certified Technician In Aerospace and Aviation Technology) by Malaysia Board Of Technology (MBOT)


Selamat Datang 2024:
Rasminya Sebagai Tc. Ida Rahayu ( Certified Technician In Aerospace and Aviation Technology) by Malaysia Board Of Technology (MBOT)

Maaf bukan bragging.
Maaf bukan menunjuk.
Maaf bukan berlagak.

2023 adalah tahun yang penuh liku dan dugaan yang tak terbilang.
Diuji dengan masalah kewangan dan diuji dengan mereka yang memanipulasi kekurangan dan kelemahan diri ini.
Tak mampu menulis mendalam kisahnya sebab biarlah Allah swt sahaja yang mengadili.
Diuji juga hampir gagal dengan kesihatan mental dan kesihatan diri.

Jujur,asbab yang terjadi.
Circle makin kecil.
Kenal siapa kawan dan lawan.
Siapa yang benar - benar membantu tanpa perlukan penghargaan dan pengiktirafan.
Mungkin ramai yang tertanya kenapa dan mengapa.
Kami pilih diam,sabar dan menjauh.
Kami pilih untuk tidak bertuhankan usaha kerana usaha yang tanpa doa dan tawakal serta percaya bahawa rezeki dan takdir setiap orang tak sama;bukanlah kerana usaha ,usaha ,usaha ,pasti berjaya macam dia;atau kerana usaha pasti kaya dan berharta macam dia;kerana usaha memang boleh berjaya.
Itu silapnya bila terlalu yakin rezeki itu milik kita kerana usaha kita.
Sampai lupa rezeki Allah yang pegang.bukan manusia.bukan usaha semata.

Sekeping sijil pengiktirafan ini untuk :

1. Kata - kata hinaan: She's know nothing about aviation/aerospace,bertahun - tahun lamanya dari mereka yang sombong dengan ilmu mereka.

2. Penghargaan buat semua instructor semasa belajar di Northrop. Jujur,saya memang tak sehebat rakan seperjuangan yang sudah ada lesen jurutera pesawat. Namun sekeping sijil baikpulih badan dan enjin pesawat 20 tahun lepas bukanlah sekadar sijil yang sia - sia. Tapi buat pengukuh kemahiran diri yang sudah berjuang dalam memberi semula kepada anak bangsa.

3. Aturan dari Allah swt kala usaha mencuba transisi dari gred pekerjaan sekarang yang gagal lolos,Allah swt gantikan dengan pengiktirafan ini. Allah sahaja yang tahu terbaik buat kita.

4. Sekadar buat mak abah tahu, Along masih belajar meningkatkan kemahiran dan kebolehan diri . Supaya setiap hari lebih baik dengan caranya yang tersendiri. Kerana,jalan hidup dan perjuangannya masih panjang.

Coretan ini juga sebagai pembakar semangat buat mereka yang benar - benar jatuh dan sakitnya bila berada di tempat paling bawah seperti saya: tak berharta, tak berpelajaran tinggi, yang masih selalu catu makan,catu segala - galanya demi keluarga, atau hiba dan kecewa dipandang hina oleh 'orang - orang beragama / tak beragama yang pandang harta dan pangkat', selalu disalah - erti dan dibenci kerana tak mampu duduk sama tinggi dan sama rendah seperti mereka, dipandang remeh dan temeh atas buah - fikiran dan pendapat kerana 'bukan sesiapa' pada mata dan pandangan mereka.

Bangkitlah selalu.
Pegang sesuatu dalam hidup ini yang baik - baik agar timbangan kita jelas di sana , agar baldi kita tak bocor sana - sini di sana.
Allah swt mahu kita yakin dan berpaling teguh pada Dia sahaja.

Coretan ini juga saya ingin berpesan buat mereka yang memanupulasi,berbuat helah dan berbuat onar dan ulah dalam hidup orang lain demi mengejar kehebatan dan kesenangan hidup sendiri:

'Setiap Perkara Ada Harganya.'

Ps: seandainya coretan menjentik rasa, berhentilah berprasangka dan menyimpan curiga. Seandainya kita tahu nilai kita, kita tahu juga sejauh mana ia.

 

7 comments:

  1. Insya-Allah.. Penat jerih itu akan terbalas... Tahniah sis di atas sijil tauliah itu...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..congratulations!! you deserved it!! moga terus maju & terus success..peduli kan org nak ckp apa...sbb diaorang takkan berenti ckp mcm2...

    ReplyDelete
  3. Congrats Ayu!! well done! anyway happy new year, moga yg baik2 ajer utk kita semua..aamiin

    ReplyDelete
  4. Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.

    Yang benar,
    Permaisuri Cuya.

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2024/01/giveaway-sampul-raya-rare-2024.html?m=1

    ReplyDelete
  5. Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.

    Yang benar,
    Permaisuri Cuya.

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2024/01/giveaway-sampul-raya-rare-2024.html?m=1

    ReplyDelete

komen jer...

Para Sarip and Saripah Janjang