Makan Kat Serai @ KL East Mall | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Dec 7, 2021

Makan Kat Serai @ KL East Mall

salam guys.
ini entry trowback sebenarnya.
beberapa jumaat yang lepas, sebab nak pegi ambil eo dari kawan kami..
terpaksalah jumpa di sini.
alang - alang tu.
cubalah nak merasa makan kat sini.
nama kampung tapi to be frank..
harga memang harga kayangan



yang ni namanya Serai Platter.
Harga : rm32
dalam ni ada nasi serai, asam pedas ekor lembu, ayam goreng berempah, sotong goreng madu,acar.
memang sedap tapi harga.
ahaha.ya ampun
ni bukan aku punya.tapi kawan aku yang punya.




yang ni baru aku punya.
namanya: Middle Eastern Medley 
ada nasi arab / philaf
lamb shank
dengan condiment 2 tu.
senang citer nasi arab kambing la.
harga: RM60



tu jelah nak cerita
belum masuk air lagi.
air dia sedap
tapi lupa nak ambil gambar.
gile kejang bayar bil.

memang takleh selalu.
unless keturunan have - have boleh la selalu.
kih kih kih.
apapun. syukur alhamdulillah.
rezeki dari Allah swt.







 

6 comments:

Puan Hazel said...

Fuhh, kayangan betul harganya.
Sesekali boleh le layan ye :)

Mrs. A said...

Middle eastern medley tu RM60 sedap sangat ke? huhuhuu
Harga tak menahan

mrhanafi.com said...

nikmat betul dapat makan yang sedap begini

Azhafizah MN said...

Menu menyelerakan betul tapi harga dia betul betul harga kayangan walaupun nama kampungan. Sesekali bolehlah kan. Bocor poket kalau selalu. huhu...

Ammi said...

haha hambikkkkkk..lunch RM60 lom campur air.

kalau lunch ayam goreng kunyit leh buat makan 10 hari haha

NA said...

Ada juga dapat cuba sekali. Alhamdulillah boleh tahu sedap ke tidak.
Tq follow. Saya dah follow balik.

Para Sarip and Saripah Janjang